Duapuluhsatu

224 4 0
                                    

Lantas mengapa ku masih menaruh hati

Padahal kutahu kau telah terikat janji

Keliru ataukan bukan tak tahu

Lupakanmu, tapi aku tak mau

Pantaskah aku menyimpan rasa cemburu

Padahal bukan aku yang memilikimu

Sanggup sampai kapankah aku tak tahu

Akankah akal sihat menyedarkanku. 

All your friends know that I've been crushing. 

I been going crazy knowing he gets all your loving. 

I'm sick of being just a friend

That's not how I want this to end. 

Had to get it off my chest baby

I just think that you're the best baby

If you let me I'm never gonna leave you lonely

I swear. 

: Lantas, Juicy Luicy/the best, gianni & kyle.

"Hey Rory!" sapa Henry mesra seraya mengambil tempat duduk di kerusi bertentangan dengan Aurora di coffee house Pullman. Niatnya tadi mahu keluar, namun saat melintasi lobi, matanya terpandang akan Aurora yang sedang duduk sendirian, lantas arahnya dituju ke situ sahaja. 

Sudah sebulan Henry berada di Malaysia. Ertinya, sudah sebulan juga dia tinggal di Pullman sementara menunggu apartmennya siap untuk berpindah. Tidak menyangka yang Aurora juga rupanya tinggal di situ. Oleh kerana suite didiami Aurora lebih besar berbanding biliknya, Henry lebih meluangkan lebih masa di suite Aurora atas pelawaan Aurora juga. Kerana itu jugalah mereka berdua menjadi akrab, seperti sudah lama kenal pula. 

Aurora menguntum senyuman yang lebar saat melihat raut wajah kacak di hadapannya itu. "Hey Hez. Nak ke mana?" tanya Aurora, melihat Henry kelihatan segak mengenakan jeans Tommy Hilfiger yang dipadankan dengan kemeja berlengan panjang yang berlipat sehingga ke siku. 

"Ingat nak keluar tadi, tapi tengok awak kat sini sorang, singgah lah sekejap. Sorang je?" 

"Yearp," balas Aurora pendek seraya menghirup secawan latte di hadapannya. Matanya merenung wajah Henry yang disimbahi cahaya matahari dari skylight ruang lobi Pullman itu. Dengan hidung yang mancung, rambut coklat cair yang sedikit panjang dan dibiarkan jatuh ke dahi, seulas bibir merah jambu yang menggiurkan, Henry kelihatan sungguh kacak. Tambahan pula dengan ketinggian yang lebih dari enam kaki itu, pasti sahaja Henry kelihatan seperti seorang model. 

Mujur sahaja Aurora sudah berpunya, kalau tidak, mungkin sahaja Henry jadi mangsa seterusnya! Tipulah jika Aurora tidak rasa tertarik dengan Henry. Personaliti Henry yang terlalu mudah untuk disukai, tambahan pula dengan rupa yang sebegitu, hati gadis mana yang tidak cair? 

"Rory, tengok apa tu?" tegur Henry, mematikan lamunan Aurora. Aurora membalas dengan satu senyuman nipis dan menggeleng. 

"Saya nak beli baju sikit ni, I'm out of shirts. Nak ikut tak? Boleh tolong saya pilih," pelawa Henry. Di hatinya benar-benar berharap yang Aurora akan bersetuju dengan pelawaannya. Apa sahaja alasan agar dapat meluangkan masa bersama Aurora. Aurora mungkin tidak dapat dimiliki sekarang, kerana Aurora milik Aiden. Namun tidak salah jika dia mencuri waktu untuk bersama dengan Aurora, walaupun hanya dapat mengkagumi Aurora tanpa memiliki gadis itu. 

"Shopping?" tanya Aurora, ada nada teruja di suaranya. Matanya tiba-tiba membundar dan seakan bersinar, membuatkan Henry tergelak kecil. "Awak ni memang tak boleh dengar shopping sikit kan?" usik Henry. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now