"Good morning Baby Girl," suara garau itu membuatkan Aurora membuka kelopak matanya pantas. Bibirnya menguntum senyuman yang lebar saat melihat Aiden berbaring di sebelahnya, hanya mengenakan sweatpants panjang berwarna kelabu, tubuhnya yang berotot langsung tidak berbaju. Aurora membiarkan Aiden mengelus pipinya lembut.
"Saya dah belikan breakfast untuk kita," sambung Aiden lagi membuatkan Aurora mengerutkan wajahnya. Breakfast?
"Awal awak keluar hari ni?" tanya Aurora dengan suara yang sedikit serak. Hairan Aiden sudah muncul di suitenya di awal pagi sebegitu.
"Baby, dah pukul 10 dah ni okey? Saya ke gym dengan Henry pagi tadi pukul 8. Balik je gym terus ke sini. I missed you last night."
"How was dinner with the parents?"
Jemari Aiden yang sedang membelai lembut helaian rambut Aurora tiba-tiba berhenti. Satu keluhan berat dilepaskan. Ada perkara tentang pertemuannya dengan kedua ibu bapanya semalam mahu diutarakan kepada Aurora.
"I don't want to talk about it now. Saya nak tumpukan perhatian sepenuhnya dengan awak for the time being, boleh? So, you want to shower first or breakfast first?"
"Um, shower first."
"Alright, up then!" ujar Aiden, membuka duvet sebelum dia bangkit dari katil, tangannya dihulurkan ke arah Aurora.
"Apa ni?"
"Save water, shower together," ujar Aiden dengan nada berseloroh, ada senyuman nakal di wajahnya membuatkan Aurora tergelak kecil. Huluran Aiden disambut, lantas tubuh Aurora yang mengenakan camisole sutera dan lace ditarik rapat ke dalam pelukan.
"I miss you. I'm sorry I haven't been around much," bisik Aiden. Aurora sekadar senyum. Dia tahu semenjak ini, Aiden agak sibuk menguruskan perihal tempatnya di syarikat milik keluarganya. Semester yang berakhir itu menandakan, Aiden akan mendapat segulung ijazah, bererti dia akan mula bekerja. Tidak banyak yang Aiden mahu bercerita dengan Aurora tentang itu, maka hanya itulah yang Aurora tahu. Menurut Aiden, saat dia pulang dan bersama dengan Aurora, dia mahu tinggalkan semua itu dan fokus pada Aurora sahaja. Tidak mahu stress.
"It's okay, Sayang. I will always be here," balas Aurora, membuatkan Aiden tersenyum.
"I love you, Baby Girl," kata-kata Aiden itu membuatkan Aurora terpana. Sungguh belum pernah Aiden mengutarakan kata-kata sebegitu kepada Aurora. Ini adalah kali pertama dan Aurora langsung tidak menyangka. Tapi untuk mengungkapnya semula kepada Aiden, Aurora belum bersedia, kerana dia sendiri masih belum pasti adakah benar Aiden dicintainya?
"Can we just stay in today? Malaslah nak pergi mana-mana," ujar Aurora cuba untuk mengubah topik. Selebihnya, dia mahu menghabiskan sebanyak masa yang boleh bersama Aiden buat masa ini. Sebelum Aiden mulai sibuk dengan dunia pekerjaan, sebelum dirinya sendiri sibuk dengan semester baru yang bakal menjelang.
Semester baru yang mungkin bakal berbeza dengan semester yang lain.
"Sure, Baby. Anything for you," ucap Aiden sebelum mengucup lembut bibir Aurora sebelum mencempung Aurora ke bilik air.
~~
Selesai sahaja workout, Aiden dan Henry meluangkan masa sebentar di dalam sauna untuk merehatkan dan meregangkan otot. Mujur sahaja masih di awal pagi, jadi tidak ramai orang yang berkunjung di gym persendirian itu. Sauna juga kosong, hanya mereka berdua, memberikan ruang privasi untuk mereka."Hez, aku ada sesuatu yang aku nak tanya pendapat kau sikit lah," ujar Aiden membuka bicara, belakangnya disandarkan pada dinding sauna. Matanya merenung ke arah Henry yang duduk di seberang sana, dengan mata yang tertutup dengan tuala kecil.
"Hmm?"
"Semalam aku dinner dengan parents aku, and ada something yang buat aku runsing."
"Apa?"
"Parents aku nak aku tunang dengan Ilys."
Saat terdengar ayat itu, pantas tangan Henry mengalihkan tuala pada matanya. Pandangannya yang terbeliak diarahkan ke wajah Aiden yang kelihatan sedikit kelat.
"Habistu, Rory macam mana?"
"Aku tak cakap pun dengan parents aku yang aku setuju. Aku mintak masa je untuk aku fikir. They know about Rory too. Ilys bagitau parents aku."
Henry tepuk dahi. Masak!
Bukannya Henry tidak tahu, sejak di bangku sekolah menengah lagi sudah kedua ibu bapa Aiden mahu menjodohkan dia dengan Ilys Saira. Sejak itu jugalah Aiden terpaksa melayan kerena Ilys Saira walaupun dia tidak betah. Mahu tidak mahu, kalau tidak mahu dibebel, Aiden terpaksa menurut. Kerana itu jugalah Aiden bersilih ganti girlfriend namun tidak pernah sekalipun dia serius dengan Ilys Saira ataupun membuat Ilys Saira menjadi girlfriendnya. Bagi Aiden, Ilys Saira cumalah seorang peneman.
"So, kau nak buat apa dengan Rory?"
"Aku peninglah, Hez. Aku tak boleh nak lepaskan Rory. Tapi aku tahu, kalau dia tahu hal ni, memang dia takkan fikir dua kali untuk end everything. All I want is her, Hez," luah Aiden dengan satu keluhan berat.
Henry mengulum lidahnya. Ternyata dia juga dalam keadaan serba salah. Kerana ada satu hal yang hanya dia yang tahu setakat ini tentang Aurora. Sesuatu yang Aurora mahu memberitahu Aiden, namun dia masih belum bersedia lagi.
"Apa aku patut buat Hez?"
"Berat masalah kau ni, Id. Honestly, aku tak tahu nak cakap apa. Tapi, kau cuba talk to Rory about it?"
"Aku akan kehilangan dia kalau aku bagitau pasal Ilys, Hez. Kalau dia tahu, she won't turn back. And I don't want that."
"Then kau kena settle dengan parents kau, dengan Ilys. Tu je."
~~
"Henry," teguran itu membuatkan Henry tersedar dari lamunannya yang panjang. Sejak tadi dia duduk di Bing! menikmati secawan kopi sementara menunggu Tania. Entah mengapa Tania mengajaknya berjumpa di situ hari itu. Saat Tania menelefon pun suara gadis itu kedengaran amat serius. Terlihat Tania mengambil tempat duduk di kerusi berhadapan dengannya.
"What do you want to drink?" tanya Henry lembut, memandang wajah Tania. Namun Tania sekadar menggeleng. Raut wajah Tania kelat.
"All I want is to talk, Henry," ujar Tania serius. Henry mengerutkan dahinya.
"Kenapa ni?"
"We need to break up."
Sepi. Ekspresi wajah Henry kosong.
"Boleh I tahu kenapa?"
Tania mendengus dan senyum sinis. "Kenapa? Henry, please. I tak clueless tau!"
Henry kerut keningnya kali ini.
"Henry, I tak boleh kalau you layan I macam second class citizen next to Rory. I nampak cara you dengan dia. You prioritise dia lebih dari I sebagai girlfriend you. I tak faham kenapa you nak sangat I jadi girlfriend you. So this is it, this is me ending it."
Tanpa menunggu Henry untuk berkata apa-apa lagi, Tania terus bangkit dari tempat duduknya dan berlalu tanpa menoleh lagi. Henry sekadar mengikut langkah Tania dengan sorot matanya.
Kini ku tahu bila cinta tak bertumpu pada status
Semua orang tahu bila kita sepasang kekasih
Namun status tak menjamin cinta.
Kini ku tahu bila cinta tak bertumpu pada lidah
Lidah bisa berkata namun hati tak sejalan.
Kata-kata tak menjamin cinta.
Untuk apa cinta tanpa kejujuran
Untuk apa cinta tanpa perbuatan
Untuk apa cinta tanpa pembuktian
Untuk apa status kita pertahankan
Tak ada ertinya.
: Untuk Apa, Maudy Ayunda
YOU ARE READING
CIKLET: Jika Kau Mahu
RomanceSejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah pula dia bertemu dengan seorang gadis yang langsung tidak terkesan dengan auranya yang mengancam dan...