Aiden meletakkan duffel bag di atas lantai di sisi katil. Pintu di dalam bilik yang menuju ke balkoni menghadap pemandangan Laut Cina Selatan itu dibuka luas, membiarkan angin laut malam menerobos masuk ke segenap ruang bilik. Tshirt tanpa kolar polos yang tersarung di tubuh ditanggalkan sebelum tubuh dihempaskan ke atas katil.
It has been such a long day.
Belum pun 12 jam selepas kali terakhir bertemu dengan Aurora di rooftop, minda Aiden kembali menerawang ke Aurora. Menyesal kerana dia terlupa untuk meminta nombor telefon Aurora. Kalau nak bertanya dengan Pitt, Aiden segan pula. Sudah pasti Pitt akan mengusiknya. Sepuluh tahun akan datang pun perkara itu boleh dijadikan bahan Pitt untuk mengusiknya nanti.
Tiba-tiba Aiden mempunyai akal. Pantas dia bangkit semula dan menyelongkar sling bag Hermes dan mengeluarkan komputer riba miliknya. Tubuhnya dihempaskan semula ke atas katil sebelum dia meniarap dan menghidupkan komputer riba. Jemarinya lincah menari pada papan kekunci, laman facespace dibuka sebelum nama 'Aurora Irina' ditaip.
Bibir Aiden menguntum senyum saat matanya melihat gambar pada profil yang bernama 'Aurora Irina Ferhad' yang terpapar di skrin. Butang 'Add as Friend' ditekan.
Now we just wait.
"Kau ikut tak malam ni?" suara Faiq yang baru sahaja menapak masuk ke biliknya membuatkan Aiden sedikit terkejut. Pantas komputer riba ditutup dan diletakkan ke tepi. Tidak mahu Faiq tahu apa yang dia sedang lakukan. Gerak-geri Aiden yang mencurigakan itu membuatkan Faiq menjungkitkan keningnya.
"Nak ke mana?" tanya Aiden, cuba mengalih perhatian Faiq. Tubuh yang sejak semalam belum cukup rehat masih terasa agak penat setelah cuma dapat melelapkan mata selama empat jam sahaja. Namun untuk terperap sahaja di rumah percutian Mark itu, terasa bosan pula. Tambahan perut pun sudah berkeroncong minta diisi.
"Ada parti kat Damai Central malam ni. Kau nak pergi tak? Sebab Mark dengan aku nak pergi," jawab Faiq. Aiden mula berkira-kira jika benar dia mahu keluar atau tidak malam itu.
"Pukul berapa korang nak pergi ni?"
"9.30, 10 macam tu? Boleh supper dulu kat Escobar," cadang Faiq. Akhirnya Aiden bersetuju.
Setengah jam kemudian, Aiden, Mark dan Faiq menapak menuju ke Damai Central dan menapak menuju ke Escobar, sebuah bar dan bistro yang terletak di dalam kawasan Damai Central. Suasana di sekitar pintu masuk Escobar mulai ramai dengan pengunjung, kebetulan juga ada beach bubble party malam itu. Mark menunjukkan tiga keping pas VIP kepada sekuriti di pintu masuk sebelum membenarkan mereka bertiga terus menuju ke kawasan VIP di balkoni bar itu.
Selesai mengalas perut, Aiden bangkit dari tempat duduk dan menuju ke tepi balkoni dengan sebotol Heineken di tangan. Di bibirnya terselit sebatang Marlboro Light. Tubuhnya disandarkan pada balkoni seraya rokok dinyalakan. Matanya meliar ke segenap ruang Escobar yang disimbahi lampu strobe dan laser berwarna warni. Bunyi muzik EDM berkumandang nyaring memenuhi ruang. Sempat Aiden melemparkan pandangan ke ruang bawah balkoni, mahu melihat jika ada wajah yang menarik minatnya.
Lamunan Aiden terhenti tatkala bahunya dilanggar secara tidak sengaja oleh seorang gadis yang kelihatan sungguh seksi dan menggoda mengenakan bikini top Marysia yang dipadankan dengan denim shorts Saint Laurent berwarna putih, menampakkan susuk tubuh terbentuk milik gadis itu. Gadis yang berketinggian separas bahu Aiden dengan rambut separas pinggang berwarna coklat yang dibiarkan lepas itu mendongak, matanya bertentangan dengan Aiden.
Aurora!
"Whoa, sorry about that! Eh, Id!" sapa Aurora penuh mesra. Ringan sahaja tangan Aurora menggengam lengan Aiden untuk mengelakkan dirinya dari terjatuh saat terlanggar tubuh Aiden yang tegap itu. Aiden memandang Aurora dengan satu senyuman. Nyatanya Aurora sudah sedikit tipsy dan telahan Aiden itu tepat saat melihat segelas cocktail yang isinya hampir habis di dalam tangan Aurora.
"Hai, Rory. Awal start nampak? Sorang je?" balas Aiden. Senyuman Aiden termati saat Aurora menggeleng, tangan Aurora melambai ke arah seorang lelaki yang tinggi lampai berwajah asing, berpenampilan seperti seorang frat boy, berdiri tidak jauh dari mereka.
"So sorry to be rude. This is Marcus, my Australian friend. This is Id, my friend from Malaysia," perkenal Aurora sambil tertawa. Entah apa yang lucu, Aurora sendiri kurang pasti.
She is sooooooooooo tipsy right now. Hiks!
Aiden tersenyum kelat. Tangan Marcus yang dihulurkan untuk berjabat hanya disambut dengan selamba. Timbul satu perasaan cemburu di sudut hati Aiden. Mood Aiden terus bertukar menjadi suram.
Belum sempat Aiden untuk berkata apa-apa lagi kepada Aurora, dia terkejut saat lengannya dipaut lembut oleh seseorang. Aiden menoleh ke sisi. Eh!
"Id! You kat sini rupanya!" sapa Ilys Saira sambil melentokkan kepalanya ke bahu Aiden. Matanya dijelingkan ke arah Aurora dan Marcus. Saat Aiden menoleh semula untuk menghadap Aurora, Aurora sudahpun hilang dari pandangan.
~~
Aurora melabuhkan punggung di atas salah satu anak tangga yang menuju ke pantai dari ruang legar Damai Central itu. Sebatang joint diselitkan ke celah bibir dan dinyalakan. Asap ditarik dalam dan dihembuskan semula. Rambutnya yang terurai dikuak ke belakang, membiarkan angin pantai malam yang sepoi-sepoi itu meniup rambutnya. Dia perlu lari sejenak dari hiruk pikuk parti yang sedang rancak.
"Can I bum one?" ujar satu suara, membuatkan Aurora terkejut. Aurora menoleh ke kiri, melihat kelibat Aiden melabuhkan punggung di sebelahnya, rapat. Aurora mengeluarkan cigarette case dari cross body bag Tory Burch miliknya dan dihulurkan kepada Aiden.
"So, mana kawan Australian awak tu?" tanya Aiden, suaranya perlahan dan mendatar. Pandangan Aiden dilemparkan ke arah deruan ombak yang sedang memukul pantai.
"He's vomiting his throat off. Tolerence rendah, tak biasa cara orang kita party," balas Aurora tertawa kecil. Kata-kata Aurora itu turut membuatkan Aiden tertawa kecil.
Mereka berdua terdiam seketika, membiarkan ruang hening, hanya dipenuhi dengan bunyi deruan ombak yang berderai ke pantai. Masing-masing hanyut dalam lamunan sendiri. Tiba-tiba Aiden merasakan Aurora mendekatkan sedikit tubuhnya kepada Aiden. Aiden menjeling ke arah Aurora yang berpeluk tubuh.
"Kenapa, sejuk?" tanya Aiden, menoleh ke arah Aurora.
Tanpa menunggu jawapan dari Aurora, Aiden pantas menanggalkan kemeja lengan pendek plaid berwarna biru tua Ralph Lauren yang melapisi tshirt tanpa kolar kosong Armani yang dikenakannya. Lantas kemeja disarungkan ke bahu Aurora. Aurora menoleh, merenung wajah Aiden, membiarkan anak matanya dengan anak mata Aiden berlaga.
"Thanks, Id," ucap Aurora perlahan, menarik rapat kemeja Aiden ke tubuhnya. Dia dapat menghidu haruman Tom Ford yang sentiasa dipakai oleh Aiden pada kemeja itu. Sungguh seksi dan menggoda.
"Saya ada add awak kat facespace tadi. Patut pun awak belum approve, tengah busy rupanya," kata Aiden, memecah keheningan di antara mereka. Aurora menjungkitkan keningnya.
Amboi! Sempat pula stalk kat social media.
"Saya tak bukak lagi facespace. Nantilah saya approve," jawab Aurora. Dia sebenarnya masih agak kekok untuk berbual dengan selesa bersama Aiden. Almaklumlah, mereka berdua baru sahaja kenal. Baru sahaja mula bercakap pagi tadi. Lagipun, Aurora bukanlah seorang yang peramah dan mudah dekat dengan sesiapa.
"Well, saya ingat kalau tak berkesempatan nak jumpa awak, saya nak mesej awak di facespace. But since you're here now, boleh saya minta nombor awak?" ucap Aiden memberanikan diri. Telefon bimbitnya pun sudah dikeluarkan dari seluar pendek Off-White yang dikenakannya, jemarinya sudah bersedia untuk menyimpan nombor telefon Aurora di dalam memori telefon bimbit.
"Yo, Rory! We gotta go, girl!" terdengar suara Marcus separuh menjerit memanggil Aurora di belakang mereka. Aurora menoleh. Aiden mengetap gigi.
Ah! Potong betul lah mamat ni! Baru nak mintak nombor kot!
Aurora pantas bangkit, tangannya mula menanggalkan kemeja Aiden yang tersarung di tubuhnya. Namun, pantas tangan Aiden menghalang.
"Awak pakai dulu, nanti kita jumpa lagi, awak bagi balik," ujarnya.
"Kalau kita tak jumpa?" duga Aurora.
"Kita akan jumpa lagi. Saya janji," ujar Aiden, tersenyum nakal, sebelum membiarkan Aurora melangkah pergi bersama Marcus.
YOU ARE READING
CIKLET: Jika Kau Mahu
RomanceSejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah pula dia bertemu dengan seorang gadis yang langsung tidak terkesan dengan auranya yang mengancam dan...