HENRY DEAN: Any news about Id?
AURORA IRINA: Still no.
HENRY DEAN: Ok. Kalau ada berita, awak update saya okay sayang? Take care.
AURORA IRINA: Ok. Will do. You take care too sayang.
Aurora meletakkan semula telefon bimbitnya ke atas meja sisi katil sebelum rambutnya yang dibiarkan tidak berikat dikuak ke belakang. Bibirnya digigit lembut, berfikir buat sejenak.
Sudah dua minggu Aiden menghilangkan diri tanpa berita. Aurora sendiri hairan, kenapa Aiden tiba-tiba pergi menghilangkan diri tanpa berita langsung setelah majlis di Magenta dua minggu lepas. Kedua orang tua Aiden, bersama dengan Aurora, Pitt, Mark, Faiq dan sudah semestinya Henry juga giat mencari ke mana Aiden telah pergi. Semua tempat yang mereka sangka Aiden akan pergi, Aiden tetap tidak ada di situ. Kereta Aiden juga ditinggalkan di rumah menjadikan usaha mencari Aiden lebih payah. Hendak menghubungi Aiden pun sesuatu yang tidak mungkin kerana sejak menghilangkan diri, telefon bimbit Aiden pun dimatikan.
Tuan Malik, Papa Aiden juga terkejut kerana sebelum Aiden menghilangkan diri, Aiden telah memberikan notis berhenti kerja 24 jam. Tanpa memberikan alasan yang kukuh, Aiden langsung tidak mahu memberitahu kenapa dia mahu berhenti kerja walaupun kepada Papanya sendiri. Notis pun cuma dihantar melalui emel.
Pada mulanya, Aurora berniat untuk berterus terang kepada Daddy dan Mommynya tentang keputusannya untuk memutuskan tali pertunangan dengan Aiden. Namun sejak kehilangan Aiden, niatnya itu terpaksa dibatalkan buat sementara waktu. Aurora tidak mahu mengeruhkan keadaan. Semuanya hairan kerana Aurora sebagai tunang pun tidak tahu ke mana perginya Aiden.
Aurora menghembuskan nafasnya perlahan sebelum melihat jam tangan Rolex di pergelangan tangannya sekilas. Pukul 2.30 petang di hari Sabtu. Mungkin dia boleh mengambil kesempatan untuk singgah ke apartmen Aiden dan melihat jika hari itu Aiden ada singgah.
Itulah rutin Aurora selama dua minggu itu. Setiap hari, selepas pulang dari kerja, dia akan singgah ke apartmen bujan Aiden untuk melihat jika ada kelibat Aiden atau tanda-tanda Aiden ada ke situ, namun setiap kali, dia hampa. Setiap kali juga Aurora berharap yang akhirnya, Aiden akan muncul. Sungguhpun dia tidak punya perasaan cinta terhadap Aiden, dia tidaklah sekejam itu untuk terus meninggalkan dan melupakan Aiden begitu sahaja. Dia masih perihatin terhadap Aiden, dia masih sayangkan Aiden, walaupun bukan sebagai seorang kekasih. Hakikatnya, suatu masa dahulu, dia dan Aiden punya satu hubungan yang istimewa.
Kunci kereta Nissan GT-R yang diletakkan di atas meja dicapai, sebelum dia menapak menuruni tangga.
"Rory nak ke mana?" tanya Puan Ariana yang kebetulan berada di dapur saat Aurora melalui ruang dapur untuk menuju ke garaj dari pintu dapur.
"Nak check apartmen Id, Mommy," balas Aurora. Puan Ariana melemparkan senyuman nipis. Dia pun turut risau dengan kehilangan Aiden.
"Apa-apa bagitau Mommy ya?" pesan Puan Ariana lembut. Aurora angguk lalu menghilang ke ruang garaj.
Nissan GT-R berwarna hitam mula meluncur laju membelah jalanraya menuju ke apartmen bujang Aiden di tengah bandar Kuching itu. Mujur sahaja Aurora masih punya kunci yang sengaja ditinggalkan Aiden kepadanya walaupun Aurora telah memberikan semula kunci saat terjumpa Aiden bersama dengan Ilys Saira dahulu.
Aurora menguak pintu apartmen itu. Setiap kali pintu itu terkuak, segala memori pahit hari itu kembali segar di ingatan. Terasa hatinya dicucuk dengan sebilah pisau, namun digagahkan jua dirinya untuk menapak masuk. Pintu ditutup perlahan sebelum dia menuju ke pintu balkoni. Langsir blackout dikuak seluasnya, membiarkan cahaya matahari menerobos masuk, sebelum pintu balkoni dibuka seluas-luasnya.
YOU ARE READING
CIKLET: Jika Kau Mahu
Storie d'amoreSejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah pula dia bertemu dengan seorang gadis yang langsung tidak terkesan dengan auranya yang mengancam dan...