Sembilanbelas

249 5 0
                                    

Aurora mengetik kekunci pada komputer ribanya beberapa kali dengan penuh konsentrasi. Suasana hening di waktu pagi di perpustakaan Westwood University itu digunakan sebaik-baiknya untuk menghabiskan tugasan yang perlu dihantar nanti. Sesekali jemarinya berhenti menari di atas kekunci, bibirnya digigit lembut untuk berfikir. Tanpa disedari, dia sedang diperhatikan dari jauh.

"Good morning Baby Girl," sapa Aiden mesra seraya mengucup pipi Aurora saat dia sudah berada di sebelah gadis itu. Sejak tadi dia memerhati gelagat Aurora dari jauh. Kerusi di sebelah Aurora ditarik lantas punggungnya dilabuhkan. Bibirnya menguntum senyum lebar saat melihat Aurora menjeling ke arahnya. Sempat Aurora memandang ke sekeliling, mahu melihat jika ada yang melihat aksi Aiden itu tadi.

"Awak cari apa tengok sana tengok sini tu?" ujar Aiden.

"Nak tengok ada sesiapa tengok tak."

Aiden kerut dahi. "Kenapa nak risau ada orang nampak?"

Aurora gigit bibir. Terlupa seketika status hubungan dia dan Aiden sudah berubah dua bulan lepas. Aurora masih belum dapat membiasakan diri. Lebih-lebih lagi bersama dengan lelaki yang berprofil tinggi di kampus seperti Aiden. Selama ini, Aurora memang tidak mahu dikenali sesiapa di kampus. Biarlah di kampus dia seperti gadis yang lain, tidak perlu dikenali sesiapa. Perkenalan dengan Marcus pun cuma sebentar, itu pun hanya kerana Marcus pelajar pertukaran dari kampus induk di Australia. Lagipun, siapa sahaja di Westwood University itu yang mengenali Marcus. 

Lainlah macam Aiden. Hampir semua orang terutama para gadis-gadis di Westwood itu menggilai Aiden Raziq. Siapa jadi girlfriend Aiden, sudah pasti namanya akan cepat naik nanti. Itu yang Aurora sebenarnya mahu elak. Tidak betah untuk menjadi bualan orang padahal, belum tentu mereka mengenali diri Aurora sebenarnya. 

"Awak takut orang nampak saya cium awak?" tanya Aiden lagi, menduga saat Aurora tidak menjawab persoalannya tadi. Matanya merenung tajam ke arah Aurora yang duduk di sisi, dengan wajah yang tidak bermekap, dan sepasang 'reading glasses' di hidung gadis itu yang mancung. Comel sahaja. Berbeza sungguh dengan Aurora yang Aiden kenali di luar Westwood. 

Patut pun dulu sampai tak kenal dan tak sangka tu orang yang sama, detik Aiden di dalam hati. 

"I don't kiss guys in campus, Id."

Aiden jungkit kening. Nafasnya dihembus perlahan. "You don't kiss guys, ataupun you don't kiss me in campus? Haritu saya nampak dengan Marcus okey je?"

"Tu lain, Id. Marcus bukan awak," bidas Aurora, menjeling Aiden.

"Cium saya kat Paragorn dulu okey je? In public pulak tu. Tak kisah pun siapa nampak?"

"Id, please. Awak tahu apa maksud saya. People know you here."

Aiden menggulingkan matanya. "Saya tak kisah. It's time people know that I have a girlfriend."

"Oh, jadi selama ni, dengan Ilys tu orang tak ingat dia girlfriend awak ya?"

Aiden senyum sinis. "Tell me, Rory. Bila awak jumpa saya dengan dia kat kampus dulu, awak ingat dia girlfriend saya ke? Awak ada nampak saya cium dia, sentuh dia macam ni?" ujar Aiden, sengaja merapatkan wajahnya ke wajah Aurora. Pipi Aurora dielus lembut. Aiden mendekatkan wajahnya agar bibirnya hampir bersentuhan dengan Aurora, namun seulas bibir itu tidak dikucup. Cuma pandangan mereka berdua sahaja yang berlaga. 

"I don't care who's watching. I don't care who knows. You're mine now, Rory," bisik Aiden. Bibir menggiurkan Aurora dilarikan dengan ibu jarinya, seraya dia menggigit bibirnya sendiri, cuba untuk menahan gelora di hati. 

Tubuh dijarakkan semula, jam tangan Audemars Piguet di pergelangan tangan dikerling sekilas. Sebentar lagi Aiden perlu ke kelas.

"Pergi sama ke Macro nanti?" tanya Aiden.

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now