Tania menarik nafasnya dalam sebelum dia mengetuk pintu apartmen bujang milik Henry. Agak lama juga dia tercangak di hadapan pintu berwarna putih itu sebelum pintu itu dibuka. Terlihat wajah Henry yang sedang tersenyum ceria.
"Happy nya?" tegur Tania seraya melangkah masuk. Terdengar bunyi alunan muzik latin bergema di dalam ruang penthouse apartmen dengan rekaan loft itu. Henry mengikut langkah Tania tidak jauh di belakang gadis itu.
"Hez! Siapa tu?" terdengar satu suara perempuan bertanya dari dapur membuatkan Tania mengerutkan dahinya. Wajahnya dipaling agar menghadap Henry, Henry sekadar tersenyum kecil.
"Rory ada kat sini. Tadi Id ada but he had to leave," jelas Henry perlahan, mengikut langkah Tania yang menapak laju ke dapur.
Saat dia sudah berada di dapur, terlihat susuk Aurora yang mengenakan skinny jeans biru lusuh yang dipadankan dengan tshirt putih polos yang longgar di tubuh sedang duduk di breakfast bar. Rambut Aurora yang lepas bebas sedikit tidak terurus, walaupun begitu, Aurora tetap kelihatan anggun.
"Hai Rory," tegur Tania membuatkan Aurora sedikit terkejut dan memusingkan kerusi tinggi ke belakang. Bibirnya menguntum senyum.
"Oh, hai Tania. Ingatkan siapa tadi. Nak minum apa-apa?" tanya Aurora, berjalan menuju ke peti sejuk.
Eh? Macam dah biasa pulak kat rumah Henry. Detik Tania di dalam hati.
"It's okay. I ingat nak ajak you lunch," ujar Tania, mengerling wajah Henry yang berdiri tidak jauh dari situ.
"Alamak, Rory macam mana?" pertanyaan Henry itu membuatkan darah Tania sedikit mendidih. Kenapa kena titikberatkan Aurora juga pada waktu sebegini??
"Takpe. You guys go. I contact Id, tengok dia kat mana. I'll lock up when I leave," ujar Aurora tersenyum nipis.
"Eh, you sure okay kat sini sorang?"
"Hez, please. Saya ada kunci rumah awak. And kalau Id tak dapat di contact, I'll just stay here for a bit, if you don't mind?"
"Henry?" kali ini Tania pula yang bersuara. Sempat dia mengerling jam tangan. Perut sudahpun berkeroncong sejak tadi. Tapi dia terpaksa menghadap babak drama pula.
"Okey. Anything just call me okay Rory? I'll be driving," pesan Henry sebelum dia melangkah menuju ke pintu, diikuti Tania.
~~
Henry menapak ke dalam apartmennya yang gelap gelita pada pukul lapan malam. Seharian bersama Tania, mula-mula dengan makan tengah hari, tetapi selepas itu, Tania meminta Henry untuk shopping pula. Maka habis begitu sahaja masa.Night stand di sisi sofa sahaja yang terpasang membuatkan ruang tamu apartmen itu malap. Henry mengerutkan dahi saat tersedar ada sekujur tubuh yang lena di atas sofa. Lantas kakinya di tuju ke sofa.
Rory.
Henry mengambil sehelai Hermes throw blanket yang disidaikan di belakang kerusi untuk menyelimuti Aurora. Satu senyuman nipis terpalit di bibir Henry, rambut Aurora dibelai lembut. Perasaan di hati Henry kembali berkecamuk, seperti hendak pecah rasa hatinya.
Getaran dari telefon bimbit di dalam poket seluar jeans mengalihkan perhatian Henry. Pantas dikorek poket dan dikeluarkan telefon bimbit. Tertera nama 'TANIA' pada skrin. Pantas di angkat.
"Is my keys upstairs? I rasa I terlupa kunci I," terdengar suara Tania di hujung talian. Mata Henry melilau ke segenap ruang apartmen dan terlihat pada segugus kunci di atas meja kopi di hadapannya.
"Ya, ada sini."
"I naik atas ambik okey?" belum sempat Henry membalas, talian sudah diputuskan.
YOU ARE READING
CIKLET: Jika Kau Mahu
عاطفيةSejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah pula dia bertemu dengan seorang gadis yang langsung tidak terkesan dengan auranya yang mengancam dan...