Henry menarik nafasnya dalam dan menahan nafasnya buat beberapa ketika saat cuping telinganya menangkap bunyi desahan menggoda dan manja di hujung talian milik Aurora. Henry yang sedang hendak menapak menuju ke katilnya, terkaku seketika, tidak mampu bergerak. Jantung Henry berdegup pantas. Henry memejam matanya rapat.
Saat menyedari panggilan itu adalah satu kesilapan, pantas Henry memutuskan talian. Perasaan itu kembali menyelinap ke dalam dirinya. Ingin sahaja Henry membuang perasaan itu jauh, namun setiap kali gagal saat wajah indah itu berada di hadapannya. Wajah yang membuatnya jatuh hati setiap kali ditatap.
Dan saat ini, saat mendengar rengekan dan desahan sebegitu, jiwa Henry semakin bergetar dan bergelora.
Fuck! Apa dah jadi dengan aku ni?
Henry melemparkan telefon bimbitnya di atas katil. Rambut dan wajahnya diraup kasar, cuba untuk menenangkan diri, membuang segala apa yang berbaur di fikiran dan di jiwanya.
Mana mungkin Aurora akan mempunyai perasaan yang sama seperti apa yang dia rasa sekarang terhadapnya. Tidak mungkin jika Aiden tahu dan pandai melayan Aurora. Dan setelah bertahun mengenali Aiden, Henry terlalu pasti yang Aiden sudah pakar tentang hal sebegitu.
Langkah Henry dituju ke tingkap yang menghadap pemandangan bandar Kuching di waktu malam yang disimbahi cahaya lampu di waktu malam. Kepalanya disandarkan pada cermin tingkap, di mindanya bermain sekali lagi bunyi desahan manja milik Aurora yang didengarnya sebentar tadi. Satu keluhan berat dilepaskan.
Henry tahu dia tidak mungkin akan memiliki Aurora selagi Aurora bersama dengan Aiden. Biarlah dirinya menyayangi gadis itu dalam diam, mengkagumi gadis itu secara rahsia, menyintai gadis itu tanpa berkata apa-apa. Biarlah waktu yang ada bersama Aurora menjadi sesuatu waktu yang indah buat Henry sementara dia mampu. Biarlah dia cuma sekadar dapat membayangkan jika suatu hari nanti dia akhirnya mampu meluahkan perasaan yang berbuku di hati kepada Aurora. Berharap agar satu hari nanti, Aurora akan menjadi miliknya.
~~
Henry bersandar pada kerusi empuk jet peribadi milik keluarganya yang dipinjam untuk dia, Aurora, Aiden, Pitt, Mark dan Faiq menuju ke bandar Miri hujung minggu itu. Alang-alang cuti semester sudah bermula, sudah tiba masanya untuk bertukar angin.Sesekali mata Henry yang dihadang oleh kacamata hitam melirik ke arah Aurora yang duduk di kerusi selang tiga tempat di hadapannya. Aurora yang sedang tekun membaca sebuah buku, dengan earphone yang disumbat ke telinga kelihatan sungguh comel dengan ekspresi wajah yang sesekali berkerut. Rambut coklat milik gadis itu yang terurai sesekali menganggu pandangannya pada bait-bait ayat di mukasurat dikuak ke belakang.
Khusyuk Henry terganggu saat melihat Aiden memaut bahu Aurora, sebelum membisikkan sesuatu pada telinga Aurora, membuatkan Aurora tertawa kecil. Sekelumit perasaan cemburu yang timbul di benak Henry cuba dibuang jauh. Bimbang jika ada yang perasan.
Saat mereka sudah sampai di lapangan terbang, dua buah Vellfire hitam sudah menunggu untuk membawa mereka ke rumah keluarga Pitt yang terletak betul-betul di tepi pantai. Pitt yang mempelawa mereka semua untuk ke rumahnya hujung minggu itu, kebetulan sudah lama pula tidak pulang ke kampung halamannya. Lagipun, keluarganya juga sedang berada di Brunei, jadi rumah itu ditinggalkan kosong, cuma ada beberapa orang pembantu sahaja yang berada di situ.
"Korang nak relax, bersihkan diri dulu, silakan. Nak apa-apa, bagitau je housekeeper," pesan Pitt kepada mereka semua saat mereka sudah menginjak masuk ke dalam rumah agam dua tingkat yang terletak di pantai Luak itu.
Jam sudahpun menunjukkan pukul 5 petang saat Henry selesai membersihkan diri dan berehat sebentar. Rasa sayang kerana belum merasa pasir di pantai di belakang rumah Pitt itu. Pantas telefon bimbit dicapai dan dia mulai turun menuju ke pantai.
Bibirnya menguntum senyum saat melihat Aurora sudah duduk di atas pasir, menghadap deruan ombak yang sedang memecah pantai. Rambut Aurora dibiarkan lepas bebas ditiup angin pantai yang sedikit deras. Tubuh Aurora pula sekadar mengenakan dress polos Roberto Cavalli, membuatkan Aurora kelihatan sungguh anggun. Setiap kali melihat Aurora, Henry seperti tidak pernah tidak dapat mengkagumi keindahan seorang gadis seperti Aurora.
"Sorang je?" tegur Henry seraya melabuhkan punggungnya di atas pasir bersebelahan dengan Aurora. Aurora menoleh dan tersenyum lebar ke arah Henry yang kacak mengenakan khaki pendek dan tshirt polos berwarna biru muda. Mata coklat cair milik lelaki itu dihadang oleh sepasang kacamata hitam. Padahal mata coklat cair dengan pandangan yang redup itulah seperti memberi satu ketenangan kepada Aurora setiap kali dia melihat Henry.
"Id tidur. Penat sangat kot," jawab Aurora. Tangannya mengorek cooler box kecil di sebelahnya dan menghulurkan sebotol Corona kepada Henry. Henry jungkit kening dan menyambut huluran Aurora itu. Tidak lama kemudian, terdengar sedikit kekecohan di belakang mereka, terlihat Pitt dan Mark sedang sibuk berbalah mengenai tempat barbeku dan tempat unggun api yang sesuai.
"Kita makan kat pantai malam ni eh you guys," laung Pitt kepada mereka berdua, tangannya sibuk menjinjit beberapa perkakas untuk barbeku. Aurora sekadar mengangkat ibu jarinya.
Saat matahari sudah melabuhkan tirai, ruang pantai itu sudah mulai rancak saat lagu mula dimainkan untuk menghiburkan lagi suasana. Terdengar gelak tawa mereka yang sedang leka menikmati makanan dan minuman yang tersedia di ruang pantai yang luas itu.
"Hez!" terdengar suara Aurora menegur Henry manja saat Henry sengaja menuangkan Hennesey sehingga penuh di dalam gelas yang digenggam Aurora. Sengaja betul mengusik Aurora sebegitu.
"Sengaja tau! Banyak sangat ni!" sambung Aurora, memarahi Henry yang tersengih seperti kerang busuk.
"Okey okey, saya tolong habiskan setengah. Lepastu setengah awak punya. Macam mana?"
Aurora mencebik, namun tetap dihulurkan gelasnya kepada Henry untuk lelaki itu meneguk minuman sehingga separuh tinggal di dalam gelas sebelum dihulurkan semula gelas kepada Aurora. Melihat wajah Henry yang berkerut cuba untuk menelan minuman itu membuatkan Aurora tertawa.
Entah mengapa, Aurora seakan terlupa pada yang lain yang ada di situ malam itu. Leka dengan Henry yang melayannya, mengusiknya, berbual dengannya. Tambahan pula bayang-bayang Aiden langsung tidak nampak sejak tadi.
Saat sebuah lagu berkumandang, wajah Aurora terus bersinar. Dia yang sedang duduk bersila, terus bangkit dan menghulurkan tangannya kepada Henry. Henry mengerutkan dahinya.
"Nak buat apa?"
"Dance with me!"
Henry membeliakkan matanya. "Jomlah!" desak Aurora lagi, kali ini terus mencapai lengan Henry dan ditarik agar lelaki itu berdiri dan mula menari dengannya. Sangka Aurora, Henry akan kaku, namun sangkaannya meleset saat Henry memutarkan tubuhnya dan menarik tubuhnya rapat ke tubuh Henry, mengikut rentak muzik latin yang nyaring itu.
Aurora membiarkan tubuhnya rapat dengan tubuh Henry. Kepalanya didongakkan agar matanya bertentangan dengan anak mata coklat cair milik Henry, seperti menusuk jauh ke dalam hatinya, membuatkan nafas Aurora menderu laju, dadanya berombak. Bahu Henry digenggam lembut saat merasakan pegangan Henry pada pinggangnya bertambah erat.
"Rory," bisik Henry lembut, hampir sahaja bibirnya mengutarakan sesuatu yang bakal membuat dia menyesal.
"Rory!" terdengar pula suara itu melaung dari pintu rumah Pitt, membuatkan pegangan Aurora pada bahu Henry terlerai. Pantas dia menoleh dan melihat Aiden yang sedang berdiri, memandangnya.
YOU ARE READING
CIKLET: Jika Kau Mahu
RomanceSejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah pula dia bertemu dengan seorang gadis yang langsung tidak terkesan dengan auranya yang mengancam dan...