Aiden membuka matanya, melilau ke segenap ruang bilik tidur apartmen bujangnya, mengharapkan kali itu, dia akan bangun berteman. Tidak seperti setiap kali jika malamnya berakhir dengan Aurora di sisi. Namun, Aiden hampa saat menyedari ruang katil di sebelahnya kosong, biliknya sepi, apartmennya hening.
Dia ditinggalkan sendirian lagi.
Aiden melemparkan satu keluhan berat lantas bangkit dari pembaringan, duduk di sisi katil buat seketika sebelum dia menapak ke bilik air untuk membersihkan diri. Matanya tertancap pada berus gigi Aurora di dalam sebiji gelas pada sinki. Kerana kehadiran Aurora yang kerap di apartmen itu dan tiada orang lain yang ke situ, Aiden memberitahu Aurora untuk meninggalkan beberapa barangan keperluannya di situ untuk memudahkan Aurora jika dia bermalam di situ.
Sedikit sebanyak, hubungan mereka berdua sudah lebih dari "teman dengan faedah", sudah seperti satu pasangan kekasih. Namun, mereka berdua tetap tidak mahu melepaskan kebebasan kehidupan 'single'.
Tapi, apa salahnya kalau dia jadi girlfriend aku? Detik Aiden di dalam hati. Wajahnya di dalam cermin diperhati sejenak, berfikir sendirian. Pantas dia mandi dan bersiap. Sebelum kunci Porsche Macan Turbo di meja makan dicapai. Kereta dipacu menuju ke Starbucks di pusat bandar sebelum menuju ke Pullman.
Saat menapak ke lobi, Aiden cuma melemparkan senyuman kepada receptionist yang bertugas di desk. Mereka sudah terlalu kenal dengan wajah Aiden yang sangat mudah diingati itu. "Perlu escort ke bilik Cik Rory?" tanya receptionist itu ramah. Aiden tersenyum lebar dan mengangguk, langkahnya mengikut salah seorang concierge yang mula menapak ke lif dan memasukkan kad kunci pada lif sebelum menekan butang untuk ke tingkat bilik Aurora.
Setelah mengucapkan terima kasih dan memberikan tip kepada concierge, Aiden menapak menuju ke pintu bilik suite Aurora. Nafasnya ditarik dalam dan panjang sebelum pintu diketuk beberapa kali.
Aurora sedang bermalasan di atas sofa, melepaskan penat di tubuh yang masih terasa sejak semalam. Dahinya berkerut saat terdengar ketukan pada pintu suitenya. Dia bangkit, berjalan longlai menuju ke pintu, sedikit terpana saat melihat Aiden yang sedang bersandar pada birai pintu, dengan wajah yang mengenakan kacamata hitam, sebiji cawan kertas Starbucks dihulurkan ke pada Aurora. Aurora tersenyum nipis, menyambut huluran itu sebelum menapak masuk, membiarkan Aiden mengikut langkahnya menuju ke sofa semula.
"Kenapa tinggalkan saya seorang lagi? Awak tahu awak tak perlu buat macam tu kan?" ujar Aiden tanpa berbasa basi terlebih dahulu saat dia mengambil tempat duduk di kerusi di sebelah sofa di mana Aurora sedang bersandar malas pada sofa. Aurora kerut dahi lagi.
"I want to wake up to see you next to me, Rory," sambung Aiden lagi, kali ini nada suaranya lembut. Matanya merenung ke arah Aurora.
Aurora menghirup sedikit vanilla latte kegemarannya perlahan. Matanya merenung ke arah Aiden yang sejak tadi tidak lepas memandangnya.
"Id, awak tahu arrangement kita macam mana kan? There are things that I can't do," jawab Aurora lembut, cuba menjelaskan motifnya.
Dia tidak mahu perasaannya terjebak lebih jauh dalam hubungan itu. Dia tahu dengan lelaki seperti Aiden, tidak mungkin ada peluang untuk hubungan yang serius, jadi tidak ada guna untuk membiarkan perasaan yang bukan-bukan bercambah. Walaupun nyatanya saat melihat Aiden bersama dengan perempuan lain semalam, terbit perasaan cemburu. Tidak mahu Aiden menyentuh perempuan lain, dan tidak mahu perempuan lain merasakan betapa manisnya perasaan bersama dengan Aiden.
Perasaan yang mampu menggegarkan dunia.
"Rory, boleh kita lupakan pasal arrangement kita sebelum ini?"
Aurora meluruskan badannya, wajah Aiden direnung dengan kening yang berkerut. Aiden merenungnya dengan satu pandangan yang redup. Pandangan yang tidak pernah Aurora lihat sebelum ini, membuatkan hati Aurora sedikit terusik.
YOU ARE READING
CIKLET: Jika Kau Mahu
RomanceSejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah pula dia bertemu dengan seorang gadis yang langsung tidak terkesan dengan auranya yang mengancam dan...