Aurora menguis chicken parmesan di dalam pinggan di hadapannya, sesekali sorot matanya ditujukan ke skrin televisyen, menonton filem yang dipilih oleh Aiden. Setelah menghabiskan masa seharian di luar untuk membeli-belah siang tadi, malam itu mereka berdua memilih untuk makan malam di rumah sahaja.
"Baby Girl, kenapa tak nak balik Malaysia je and buat internship kat sana?" tanya Aiden tiba-tiba, memecah keheningan di antara mereka berdua di ruang tamu apartmen itu.
Aurora menjeling ke arah Aiden yang duduk di sebelahnya. Pinggan yang dipangku sejak tadi diletakkan di atas meja kopi, sebelum dia mencapai minuman di dalam gelas.
"Dah lambat sangat kot kalau nak cari company untuk intern sekarang kat sana."
"Well, you can come work at my company," pelawa Aiden, mengerling ke arah Aurora. Hampir sahaja Aurora terserdak mendengar pelawaan Aiden itu. Lah, sorang lagi ni.
"Well, I hate to break it to you, tapi saya kena tolak offer awak tu. Hez dah offer internship kat company dia. Kat sini."
Aiden jungkit kening. Company Henry?
"Kat sini? Kenapa tak intern kat company dia di Malaysia je?"
Aurora jungkit bahu. "Probably because he's here? Manalah saya tahu, Id. Awak tanyalah dia. Saya terima je offer dia tu. Plus, he's paying me ALOT. Rugilah kalau saya tolak."
Aiden menghirup minuman di dalam tangannya. Matanya merenung tajam ke arah Aurora yang masih menghadap televisyen sejak tadi.
"Rory, marry me?"
Kata-kata Aiden itu membuatkan Aurora mengeluh kecil, tubuhnya dipalingkan agar menghadap Aiden, matanya merenung Aiden tajam.
"Id, kita dah cakap pasal ni kan? Saya tak boleh nak say yes, kalau awak kat sana dan saya kat sini."
"Then, come home!" potong Aiden tegas. Aurora mengetap bibirnya, rambutnya yang ikal dibiarkan lepas itu, diraup ke belakang.
"Kenapa kena tergesa-gesa paksa saya buat keputusan macam ni? Awak jugak yang setuju nak bagi saya masa kan?"
"Rory, I really need you to say yes. Saya tak nak kehilangan awak. And I can't wait for you to decide when to come home just for an answer."
Aurora kerut dahi. Raut wajah Aiden yang serius direnung.
"There is something that I need to tell you, Rory," ucap Aiden perlahan setelah beberapa ketika mendiamkan diri. Wajah Aurora direnung penuh erti.
"Mama saya nak arrange saya untuk bertunang dengan Ilys. Soon. Actually supposed to be this weekend."
Berderau darah Aurora mendengar kata-kata dari bibir Aiden itu. Wajah Aiden direnung dengan mata yang membuntang. Jantung Aurora berdegup kencang. Inilah yang dia tidak mahu. Inilah sebab mengapa dia tidak mahu bersetuju dengan keputusan Aiden untuk meneruskan perhubungan ini walaupun atas dasar 'free pass'. Inilah yang dia maksudkan apa sahaja boleh terjadi saat mereka berjauhan.
"Oh? Sebabtu lah awak tiba-tiba muncul kat sini? Did you say yes?" balas Aurora agak keras. Dadanya berombak, menahan perasaan di dada yang terasa bagai hendak pecah.
"Rory, saya datang ke sini sebab awak."
"Did you say yes, Aiden?"
"I did not, but-"
"But apa?!" desak Aurora separuh menjerit. Entah mengapa darahnya seakan mendidih.
"Sebab tu ke awak tiba-tiba muncul ke sini pastu desak saya untuk terima lamaran awak? So you can avoid your mum and Ilys? Please lah, Aiden. Saya ni bukan pawn on a chess board!"
YOU ARE READING
CIKLET: Jika Kau Mahu
Roman d'amourSejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah pula dia bertemu dengan seorang gadis yang langsung tidak terkesan dengan auranya yang mengancam dan...