Empatpuluhsatu

190 2 0
                                    

Aurora sedang sibuk mengetik papan kekunci pada komputer kerjanya, menyiapkan beberapa laporan tentang beberapa mesyuarat lepas yang dihadiri yang masih tertangguh. Tidak menang tangan kerana dia juga perlu membantu Mia menyiapkan beberapa lagi kertas kerja. Konsentrasinya sedikit terganggu saat terdengar telefon bimbitnya berbunyi bertalu-talu, menandakan ada pesanan ringkas yang masuk. Telefon bimbit yang diletakkan di hujung satu sudut meja dicapai.

HENRY DEAN: Buat apa tu? Sibuk ke?

HENRY DEAN: Are you ignoring me, Miss Rory?

HENRY DEAN: Miss Rory, your boss needs you to reply to his texts immediately.

Aurora menggulingkan matanya, pantas jemarinya mengetik skrin.

AURORA IRINA: Ya, bos? Saya sibuk siapkan report ni. Esok BOD nak meeting nak tengok progress. Kenapa bos?

HENRY DEAN: Takde. Rindu je.

Aurora menjegilkan matanya saat membaca apa yang dibalas Henry itu. Pantas anak matanya melilau ke hujung ruang pejabat, ke arah bilik Henry. Terlihat Henry sedang tersenyum simpul ke arahnya, sambil berdiri bersandar pada birai pintu pejabat. Henry tidak pernah kelihatan tidak kacak. Hari itu, lelaki itu mengenakan kemeja lengan panjang berwarna biru muda yang dipadankan dengan slacks berwarna coklat gelap. Jika punya mesyuarat, barulah Henry mengenakan neck tie. Tapi tidak hari itu.

AURORA IRINA: Tak ada masa lah nak layan. Sibuk ni. Kejap lagi Mia komplen sebab bos marah buat kerja lambat.

Selang lima minit, pesanan ringkas Aurora tidak berbalas. Matanya terarah ke arah Henry yang sedang berbual dengan Brad, sambil membelek sebuah fail.

Hmm, good! Boleh aku sambung buat kerja.

Baru sahaja Aurora meletakkan semula telefon bimbit ke atas meja, gajet itu berbunyi membuatkan Aurora kerut dahi. Eh?

AIDEN RAZIQ: Siapa kacau awak?

Berderau darah Aurora melihat nama yang tertera pada skrin, jemarinya pantas mengetik beberapa kali skrin. 

AURORA IRINA: Oops! Sorry! Tersalah hantar. Was supposed to send it to Hez tadi. Saya masih kat office ni. We'll talk when I'm done with work?

"Rory, can you get in my office for a sec," ujar Henry dengan suara yang agak tinggi dari hadapan pintu pejabatnya, mencuri perhatian Aurora. Tidak sempat Aurora melihat jika Aiden ada membalas pesanan ringkasnya atau tidak, pantas sahaja dia bangkit dan melangkah menuju ke bilik pejabat Henry. 

"Anything you need me to do?" tanya Aurora kepada Henry sebaik sahaja punggungnya dilabuhkan pada salah sebuah kerusi pada meja kerja Henry. Sementara Henry menutup pintu pejabatnya sebelum melabuhkan punggung di kerusinya. 

"Report dah siap?" 

"Um, dah. Just nak check je before Mia hantar for printing, ready for the meeting esok."

"Good. What are you doing Saturday?"

Aurora jungkit kening. Pandangannya terarah kepada Henry yang duduk di hadapannya, sedang leka membelek fail di atas meja, sedikit pun tidak memandang ke arahnya. 

"Um, I guess I'm free?"

"Okay, keep it that way. I have plans for us," jawab Henry bersahaja. Aurora kerut dahi. "I don't understand? Is it for work?"

Henry melepaskan satu keluhan lembut, fail yang tadi dibelek ditutup perlahan sebelum pandangan redup diarahkan ke wajah Aurora. 

"Not for work, Rory. I want to take you out for a date. Nanti saya jumpa awak kat apartmen okey?" ujar Henry lembut dan perlahan. Aurora tersenyum kecil dan mengangguk. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now