Disebabkan tidak mahu perkara yang lebih buruk menimpa papanya yang sememangnya memiliki penyakit jantung, Haikal akhirnya terpaksa menurut juga permintaan papanya itu.
Tanpa kerelaan kedua-dua belah pihak, Arissa dan Haikal akhirnya disatukan.
Semua bagai mimpi apabila segala-galanya berjalan dengan pantas.
Ya. Mimpi yang dia sangat berharap akan sedar dengan kadar segera.
Namun berkali-kali Arissa mencubit pipinya, tetap terasa sakitnya. Ya. Dia tidak bermimpi. Dia kini sudah sah menjadi seorang isteri!
" Yang kau cubit pipi kau sendiri kenapa? " soal Haikal yang muncul dan masuk ke dalam bilik yang kini sudah dihias cantik.
Tersenyum sinis dia melihat hiasan bilik itu. Konon bilik pengantinlah!
" Tak ada apalah, " jawab Arissa kekok. Sejak mereka berdua kian remaja, jarang sekali Arissa dan Haikal bersua muka apatah lagi berborak rancak.
Semuanya kerana sejak mereka berdua melangkah ke alam sekolah menengah mereka masuk ke asrama penuh. Itupun bila cuti sekolah mereka lebih gemar membuat hal masing-masing.
Haikal duduk melunjur sambil bersandar di kepala katil. Dia menyilang tangan memeluk tubuh sambil merenung Arissa.
Arissa yang sedang menyikat rambutnya berasa segan, " Tengok apa? "
" Kau ni tak adalah cantik mana. "
Arissa mendengus, " Ada masalah ke? "
" Kau cintakan aku tak? " soal Haikal tanpa mempedulikan soalan Arissa.
Dahi Arissa berkerut, " Hah? "
" Tak payahlah buat muka terkejut sangat. Aku tanya ni, kau cintakan aku tak? " tanya lelaki itu lagi.
" Err... Sejujurnya sekarang ni tak. Tapi... "
" Bagus! " Haikal pantas memotong. " Dan aku tak nak kau cintakan aku. Faham? "
" Kenapa? " tanya Arissa.
Haikal tersenyum sinis, " Kau tanya 'kenapa'? Jangan kata yang kau ada rancangan nak cuba jatuh cinta dengan aku? "
Muka Arissa tiba-tiba memerah, " Eh, tolonglah! Tak pernah teringin pun. "
" Kau tak nak cari jodoh sebenar kau ke? Kita ni kahwin atas unsur paksaan keluarga. Mungkin kita sebenarnya bukan berjodoh pun tapi dipaksa oleh orang lain. Jadi, aku izinkan kalau kau nak cintai lelaki lain dan kau pun kena relakan aku untuk mencintai perempuan lain. Bila kau dah jumpa lelaki yang kau cinta, aku akan lepaskan kau kalau itu yang kau nak. Faham? "
Arissa diam seketika sebelum bertanya, " Awak ada siapa-siapa yang awak cinta ke? "
Kening Haikal terangkat sebelah, " Sejak bila kau ber 'awak' dengan aku ni? "
Arissa menggigit bibir menahan malu seketika, " Tak adalah. Apapun sekarang kita tetap suami isteri. Saya tak naklah guna aku-kau sebab kedengaran biadap walaupun awak tak terasa hati. "
Haikal kelihatan bingung seketika namun perlahan-lahan mengangguk, " Ah! Apa-apalah. Ikut suka kaulah. Untuk soalan kau tadi sekarang aku memang tengah tak ada siapa-siapa. Tapi siapa tahu nanti, kan? Tapi kalau betul ada pun nanti, mungkin aku cuma perlu madukan kau aje. Atau kalau kau nak, aku boleh lepaskan kau. "
Arissa mengangguk memahami tanpa terasa sentap walau sekelumit tatkala mendengar Haikal berniat untuk memadukannya di masa hadapan.
" Betul juga. Jadi betul ke ni awak izinkan saya kalau saya cintakan lelaki lain? "
" Yup. Suka hati kaulah! " ujar Haikal yakin.
Arissa pula tersenyum lega. Jujurnya dia terasa terbeban jika perlu mencintai lelaki itu. Tidak ada sekelumit rasa cinta pun terhadap lelaki yang sudah dia anggap sebagai abang itu.
" Eh, tapi aku nak tanya sikit. Kau nanti sambung belajar dekat mana? " tanya Haikal.
" Emm... Bulan depan saya daftar dekat Hanlim Multi Arts University. "
" What?! " Pekik Haikal tiba-tiba.
" Ke... kenapa? " tanya Arissa terkejut.
" Err... Tak ada apalah. Dahlah! Aku mengantuk. Kau tidur dekat sofa sana, " arah Haikal.
" Eh, kenapa saya pulak? Awakkan lelaki. Awaklah yang kena tidur sana. "
Haikal memandang Arissa, " Kau nak jadi isteri derhaka ke tak nak dengar arahan aku ni? "
YOU ARE READING
force marriage
Teen Fiction❝ aku tak cintakan kau dan aku taknak kau cintakan aku, faham? ❞ -ˋˏ [ completed, malay ] ˎˊ starteu: 1/3/22 end: 1/3/22 ©miryenyu was @/mehme08 book cover by @-LVANLYEA