" Hari ni budak second-intake dah start class kan? " tanya Mira.
" Haah. Harap-haraplah ada yang handsome-handsome masuk kelas kita ni " Rifah pula teruja mengharap.
" Kau ni galaklah! " tegur Sarah sebelum yang lainnya turut mengusik Rifah yang suka mencuci mata dengan lelaki bermuka kacak.
Sudah menjadi kebiasaan mereka sementara menunggu pensyarah masuk, mereka akan bergosip terlebih dahulu. Tak bagus betul untuk diikuti.
" Eh, itu budak baru ke? " Mia tiba-tiba menunjuk apabila seorang lelaki yang tidak pernah dilihat masuk ke kelas itu bersama-sama Fariz dan Syafiq yang merupakan rakan sekelas mereka.
" Haahlah. Macam tak pernah nampak aje, " ujar Mira sambil memerhatikan pelajar itu.
" Mana? Tak nampaklah, " Arissa yang kedudukannya agak hujung tidak dapat melihat dengan jelas kerana dihalang oleh beberapa pelajar lelaki lain yang baru masuk.
Pelajar baru itu kemudiannya terus duduk tanpa dapat Arissa lihat wajahnya.
Tidak lama kemudian Cikgu Milah, pensyarah matematik mereka masuk ke dalam kelas menyebabkan semua pelajar mula memandang ke hadapan dan mula untuk fokus.
Namun Arissa masih tidak tenang kerana dia merasakan seolah-olah mengenali pelajar baru itu.
" Ish, tak nampak jelaslah muka budak baru tu," Rifah berbisik. Dia hanya menyalin saja jawapan yang dipamer di hadapan tanpa mengisahkan penerangan pensyarah.
Arissa yang sebelum ini menumpukan tumpuan sepenuhnya semasa kelas juga hilang konsentrasinya dan turut kerap menjeling ke arah pelajar baru itu.
Selepas hampir 10 minit kelas, pelajar itu menoleh ke belakang untuk memberikan kertas kedatangan kepada pelajar di barisan belakang.
" Oh myyy! Dia handsomelah! " Rifah berbisik teruja.
Pada waktu itulah jantung Arissa nak tercabut keluar apabila lelaki itu rupa-rupanya ialah lelaki yang sangat dikenalinya.
[ arissa's ]
Mati aku!Apa dia buat dekat sini?
Macam mana dia boleh wujud dekat univeristi ni?
Lebih dahsyat dalam kelas aku ni?!
Janganlah dia sedar aku dalam ni!
[ no one's ]
Bulat mata Haikal apabila menyedari Arissa merupakan rakan sekelasnya. Arissa hanya berpura-pura tidak menyedarinya.••••
" MACAM mana kau boleh sama kelas dengan aku ni?! " soal Haikal. Mereka memutuskan untuk berjumpa selepas tamatnya waktu kelas pada hari itu.
" Eh, manalah saya tahu! Bukannya saya yang daftarkan awak. Awak tu, dahlah tak beritahu pun awak akan masuk sini juga! " marah Arissa.
" Tak perlu pun, " balas Haikal malas.
Arissa mencebik bengang.
" Kau jangan beritahu sesiapa tau tentang hubungan kita, " ujar Haikal perlahan.
" Awak tak payah cakap pun saya tahulah, " jawab Arissa.
Haikal mencebik, " Okay. Kau buat kerja kau. Aku buat kerja aku. Deal. "
YOU ARE READING
force marriage
Teen Fiction❝ aku tak cintakan kau dan aku taknak kau cintakan aku, faham? ❞ -ˋˏ [ completed, malay ] ˎˊ starteu: 1/3/22 end: 1/3/22 ©miryenyu was @/mehme08 book cover by @-LVANLYEA