[17] fell

110 15 3
                                    

" Takutlah nak exam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Takutlah nak exam ni. Banyak lagi subjek tak cover. " keluh Liya.

" Tak apa. Ada lagi masa ni. " ujar Ira.

" Eh, siapa tu? " Rin yang berjalan paling hadapan terhenti apabila melihat seseorang ditarik oleh seorang lelaki.

" Eh, itu Haikal lah! " Zila yang amat mengenali pengarang jantungnya itu pantas mengecam Haikal.

" Dia tarik siapa tu? " Liya sudah mengucap panjang.

" Dia nak buat apa tu? " tanya Ira curiga.

" Hah, itulah jantan you suka sangat, kan Zila? Itu dia nak buat benda tak baiklah tu! "

" Jom tengok weh! " Rin sudah berlari mengikut jejak Haikal tadi.

Tiga rakannya itu juga turut mengikut langkah Rin. Mereka menyorok di belakang dinding dalam jarak tiga meter dari Haikal.

" Kal ! " mereka mendengar suara perempuan yang diheret Haikal tadi memekik.

" Hah, kan betul tu Haikal! " Liyaberbisik sebelum Rin menyikunya supaya senyap.

" Awak nak apa lagi ni? " marah perempuan itu sambil menolak bahu Haikal.

" Kejap, suara tu... " Ira mula mengesan sesuatu.

Haikal memegang tangan perempuan yang menolaknya itu, " Rissa, kau ni kenapa hah? "

Melopong empat sekawan itu mendengar nama yang disebut Haikal dan mereka kemudian mula menyedari perempuan yang berada dengan Haikal itu ialah rakan sebilik mereka sendiri.

" I... itu... itu A... Arissa, kan? " bisik Rin tergagap-gagap.

Haikal merenung mata Arissa, " Kenapa kau tiba-tiba berubah ni? Kenapa tiba-tiba kau kaitkan Zila? Aku tak ada apa-apa dengan dialah! Dia cuma kawan. Itu je! "

Zila tersentak apabila namanya tiba-tiba disebut.

Adakah dia hanya bertepuk sebelah tangan? Tapi... apa kaitannya dengan Arissa ni? Arissa cemburukan dia dengan Haikal?

Tapi kenapa Arissa tak pernah beritahunya? Dan... apa sebenarnya hubungan mereka berdua?

Arissa tersenyum sinis namun matanya sudah mula berkaca, " Hari-hari jumpa bergelak ketawa. Eh, saya sendiri nampaklah hari tu bukan main senyum lebar awak bila jumpa dia dekat MM hari tu! Kalau awak dah ada perempuan yang awak suka, awak lepaskan ajelah saya. Lupa ke janji kita dulu tu? "

" Pergi matilah dengan janji bodoh tu! Kau faham tak yang aku cintakan kau?! " tengking Haikal membuatkan Arissa terdiam dengan rasa terkejut bercampur takut.

Haikal menunduk untuk menenangkan dirinya seketika sebelum dia kembali memandang mata Arissa. Lama dia merenung mata itu sebelum memegang lembut pipi gadis itu.

" Aku minta maaf tengking kau. Aku cuma nak kau tahu, senyum aku yang kau nampak tu adalah senyum kerana aku bahagia dapat jumpa kau. "

" Kau tahu tak betapa gelisahnya aku bila tak nampak kau sehari? Betapa aku rindunya aku nak tengok muka kau setiap saat? "

" Aku akui memang aku rapat dengan Zila tapi kalau kau tanya dia apa yang kitorang borakkan, kebanyakannya adalah pasal kau. "

" Sekurang-kurangnya kalau aku tak nampak kau, biarlah aku tahu apa yang kau buat. Kau sihat ke tak? Kau happy ke tak? "

" Aku tahu yang aku dah larang kau cintakan aku. Tapi ini semua takdir , Rissa. Aku dah jatuh cinta dekat isteri aku sendiri. "

Arissa terkesima.

Haikal tersenyum, " Aku tahu kau pun rasa benda yang sama, kan? Sebab tu kau marah dan cemburu. Betul tak? "

Arissa tidak menjawab sebaliknya menunduk. Air matanya jatuh.

Haikal mengesat pipi Arissa yang dibasahi air mata itu, " Jadi tolong jangan pernah minta lagi aku lepaskan kau sebab aku akan cintakan isteri aku ni sorang aje sampai mati. "

•••

" HOI! Korang buat apa ni?! "

Arissa dan Haikal terkejut apabila tiba-tiba satu suara menyergah sebelum mereka disuluh dengan lampu suluh.

Serentak itu kedengaran satu suara pula menjerit dari arah bertentangan.

" Siapa tu?! " pekik lagi Pakcik Jamal, yang bertugas malam itu.

Tatkala cahaya lampu suluh itu berpindah ke arah suara yang menjerit itu Arissa terkejut melihat empat orang yang amat dikenalinya sedang tersembam di situ.

" Korang... "

 "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
force marriageWhere stories live. Discover now