[15] eye contact

113 19 1
                                    

" EH, itu Haikal kan? " ujar Rin sambil menunjuk ke arah dalam Mini Market

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" EH, itu Haikal kan? " ujar Rin sambil menunjuk ke arah dalam Mini Market.

Menjadi tabiat mereka setiap malam ahad selepas makan malam mereka berlima akan merayap ke bakeri yang terletak di sebelah Mini Market untuk membeli aiskrim.

" Hah, Haikal? " Zila mula teruja.

" Eee... Gediklah you ni! " Liya tidak senang melihat kelakuan Zila itu.

" Biarlah. Ira, jom masuk MM, " Zila menarik tangan Ira. Ira yang berbadan kecil itu terpaksa menurut. Sedih mukanya bila niat asal mahu membeli aiskrim di bakeri tidak kesampaian.

Dari jauh, Arissa, Rin dan Liya dapat melihat Zila berpura-pura menarik perhatian  dan Haikal kemudiannya menegur Zila.

Zila ada menunjuk ke arah mereka bertiga yang berada di luar Mini Market itu.

Mata Arissa dan Haikal bertembung tatkala Haikal memandang mereka namun kemudian lelaki itu kembali berbual rancak dengan Zila. Ira yang menjadi mangsa melangkah keluar kembali dari Mini Market itu.

" Bukan main seronok Zila tu bila nampak Haikal. Sampai Ira pun dia lupa. " cerita Ira bengang.

" Diaorang cerita apa? " tanya Rin.

" Entah. Zila cerita yang kita ni baru lepas makanlah. Tadi kita semua makan apalah. Itupun bukan main seronok budak Haikal tu mendengar. " cerita Ira.

" Aku tak suka betullah dengan jantan tu. " Liya yang memang anti lelaki menyampuk.

" Alaaa, biarlah diorang tu. Aku nak baliklah! " Arissa yang tidak tahan rasa cemburu melangkah pergi.

" Eh, kau nak pi mana? Tak nak beli aiskrim ka? " tanya Rin.

" Malas. "

•••

" Hai, sorang je? " Haikal duduk di hadapan Arissa yang sedang leka membuat kerjanya.

Haikal yang kebetulan turut membuat kerja bersendirian di perpustakaan itu sengaja mahu mengusik Arissa yang juga bersendirian.

Pada waktu malam perpustakaan itu memang susah untuk sunyi seperti waktu siang.

Arissa hanya menjeling Haikal tanpa menjawab apa-apa.

Haikal mengerut dahinya, " Amboi, garangnya kau malam ni! Period ke? "

" Awak nak apa? " soal Arissa malas.

" Nak lepas rindu. " Jawab Haikal sambil tersengih.

Arissa memandang Haikal sekilas sebelum membalas, " Pergilah lepas rindu dekat girlfriend awak. "

" Girlfriend? Buat apa nak ada girlfriend kalau ada wife? " usik Haikal.

Arissa memandang sekeliling. Mujur tempatnya ini agak tersorok.

" Dahlah, Kal. Saya tahu awak dah ada orang yang awak suka. Mengikut perjanjian kita, saya boleh pilih untuk awak madukan saya atau lepaskan saya. "

Riak wajah Haikal berubah, " Apa kau cakap ni? Itukan benda dah lama. "

" Lama ke baru ke tapi memang itu yang awak beritahu saya. Kalau awak lupa saya boleh ingatkan. "

" Awak memang ada beri saya pilihan sama ada mahu dimadukan atau dilepaskan kalau awak jumpa perempuan yang awak suka. "

" Jadi kalau awak pilih nak dengan Zila tu saya pilih nak awak lepaskan saya. " ujar Arissa dengan riak yang cuba berlagak tenang.

Haikal terkedu. Dia bingung dengan apa yang dikatakan Arissa. Namun Arissa kemudiannya mengemas buku-bukunya sebelum pantas beredar keluar dari perpustakaan itu.

" Nanti dulu, Rissa! " panggil Haikal yang mengejar Arissa.

Sebaik saja tiba di luar Haikal terus mencapai tangan gadis itu menyebabkan buku-buku Arissa bertaburan jatuh dan menarik perhatian pelajar yang lalu-lalang.

Arissa yang berasa malu dengan situasi itu pantas menutup mukanya dengan hood sweater yang dipakai.

" Apa yang kau cakap ni? Zila? Apa kena mengena dia? " soal Haikal.

Arissa menyentap tangannya sebelum mengutip bukunya dan memasukkannya ke dalam beg. Dia langsung tidak mahu memandang wajah Haikal.

" Hey, I'm talking to you! " Haikal menarik bahu Arissa serentak pipi Haikal pula menerima tamparan daripada Arissa.

" Kalau tak pernah cintakan saya tak payahlah nak kisahkan saya! " tengking Arissa tanpa mempedulikan beberapa orang pelajar yang sudah mula berkerumun dan berbisik sesama mereka.

Haikal terdiam sambil memegang pipinya apatah lagi melihat mata Arissa yang sudah mula berkaca itu.

Arissa menggalas begnya sebelum melangkah pergi namun belum sempat dia melangkah lebih jauh, Alia, rakan sekelasnya muncul.

" Eh, Rissa! Dah nak balik? " tegur Alia yang baru tiba di perpustakaan itu.

" Emm... " jawab Arissa yang tidak mampu mengeluarkan suaranya kerana menahan tangis.

" Eh, you menangis kenapa? " tanya Alia yang perasan mata Arissa yang sudah bergenang itu.

" Saya balik dulu Alia. " ujar Arissa sebelum pantas melangkah pulang ke bloknya.

Alia memandang Haikal yang baru dia sedar ada situ juga, " Eh, Haikal! You yang buat dia menangis ya?! "

Haikal terkejut apabila Alia tiba-tiba memarahinya, " Ma... mana ada! "

 mana ada! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
force marriageWhere stories live. Discover now