" Mana tahu kau dah masuk kelab peminat dia kot. " tambah Ira pula.
" Eh, tak adalah! Merepek ajelah korang ni. Tak nak aku dengan budak tak semenggah macam tu. Dahlah, aku nak pergi mandi dulu ya! " Arissa mencapai tuala dan baldinya sebelum melangkah keluar dari bilik.
Tiba di luar dia mengeluh.
Tak pasal-pasal dapat dosa pula kutuk suami sendiri.
" Arissa, tunggu jap! " Zila yang turut menggendong peralatan mandiannya memanggil Arissa yang baru beberapa langkah menuju ke tandas.
" Awal kau mandi hari ni? Selalu malam pun belum tentu mandi. " perli Arissa sambil berjalan beriringan dengan Zila.
" Aku bengang Liya asyik kutuk Haikal tu aje. Sakit hati aku bila boyfriend aku dikutuk sebegitu rupa. " ujar Zila sedih.
" Boyfriend? Perasan je kau ni. " Arissa tersenyum sinis.
" Eh, aku serius ni tau! Aku bagitahu kau sorang aje pasal ni. " ujar Zila serius.
Arissa memberhentikan langkah, " Kau bercinta dengan Haikal ke? "
Zila mengisyaratkan Arissa supaya memperlahankan suara, " Aku cerita dekat kau sorang tau. Haikal sebenarnya suka aku! "
Mata Arissa terbeliak. Say whattt?!
" Dia selalu belanja aku mikshake dengan aiskrim. Tiap-tiap hari dia akan tegur kalau nampak aku. Muka dia selalu ceria aje bila jumpa aku. " cerita Zila .
" Dia... Dia pernah confess ke dekat kau? " tanya Arissa yang sedang cuba bersabar.
Milkshake? Aiskrim? Aku cuma pernah dapat coklat aje tau! Itupun ramyeon aku kena rembat.
Tegur aku? Heh, kadang-kadang tu buat-buat tak nampak lagi ada.
Ceria? Selalu kena maki adalah. Kalau dia nak buat baik dengan aku pun tengoklah mood dia tu okay ke tak.
" Taklah sampai pernah confess. Tapi yalah, bila lelaki buat macam tu apa tujuan dia? Tak ke itu tanda dia suka kita? Perasaan aku kuat mengatakan tak lama lagi mesti dia confess. Kau ingat tak yang aku balik lambat dua hari lepas? " tanya Zila.
" Hah? Jadi? " Arissa teringat yang semalam sudah hampir jam 11 malam barulah Zila pulang.
Sangkanya Zila merewang pergi bilik kawan-kawannya menonton drama Korea sebab Zila memang suka merayau dari satu bilik ke satu bilik lepas tu kadang-kadang pukul satu atau dua pagi baru balik bilik.
Sebelum itu juga puas dia cuba menghubungi Haikal kerana mahu bertanyakan perkembangan kesihatannya namun puluhan panggilan yang dibuat satu pun tidak diangkat.
Takkanlah...
" Malam tadi aku berborak sakan dengan dialah! Dia belanja aku aiskrim Magnum pula tu! Kitorang lepak depan MM borak-borak sampai tak perasan dah pukul 11. Tau-tau nak kena halau dengan guard. Macam-macam benda dia cerita dekat aku. Bila aku pula bercerita seronok dia dengar. " cerita Zila teruja sambil ketawa geli hati.
Arissa terdiam namun dia hanya tersenyum untuk mengaburi mata Zila .
Zila yang sedang dalam keadaan gembira itu melangkah masuk ke dalam tandas dengan hati yang riang.
Jadi adakah masanya akan tiba tak lama lagi? Adakah ini bermakna Haikal sudah menemui gadis yang disukainya? Zila kah orangnya?
Kalau Haikal serius, mungkin dia akan dimadukan atau diceraikan menurut kehendaknya.
Jadi selama ini perubahan emosi Haikal yang menjadi ceria bukan disebabkan Haikal sudah jatuh hati kepadanya namun sebaliknya dia sedang bahagia bersama-sama Zila.
Tapi kenapa hati aku rasa sakit sangat sekarang ni? Kenapa aku nak rasa marah?
Memang sejak awal hubungan aku dan Sunwoo tak ada apa-apa dan kami sudah berjanji tidak akan kisah kalau masing-masing mempunyai perasaan kepada orang lain.
Serabutnya otak!
YOU ARE READING
force marriage
Teen Fiction❝ aku tak cintakan kau dan aku taknak kau cintakan aku, faham? ❞ -ˋˏ [ completed, malay ] ˎˊ starteu: 1/3/22 end: 1/3/22 ©miryenyu was @/mehme08 book cover by @-LVANLYEA