Arissa hanya diam malas mahu membalas. Kemudian mereka hanya mendiam diri memandang ke arah tasik itu sebelum Arissa tiba-tiba berkata,
" Kalau mummy dan daddy saya ada lagi entah apa agaknya reaksi diorang ya? "
Haikal terdiam.
" Awak untung, Kal. Awak masih ada orang tua. Walaupun mereka sayang saya juga tapi mereka bukan keluarga kandung saya. Tetap akan ada perbezaan di situ, " suara Arissa tiba-tiba berubah sebak.
" Saya selalu tertanya-tanya, apa reaksi diorang ya bila tengok saya sekarang? Bila tengok kawan-kawan berusaha keras, saya pun buat benda yang sama. Tapi mereka buat itu semua untuk buat orang tua diorang bangga. Saya pula? Berusaha keras tanpa ada sesiapa untuk saya kongsikan. Papa dan mama memang ada sebagai ibu dan bapa angkat tapi saya yakin mereka akan lebih bangga kalau anak kandung mereka sendiri yang dapat. "
Haikal menjadi tersentuh hati mendengar kata-kata gadis itu.
Mungkin atas dasar kasihan, spontan tangannya perlahan-lahan membawa Arissa ke dalam dakapannya. Agak mengejutkan gadis itu langsung tidak menolak malah sebaliknya terus menangis di dalam pelukannya.
Tahulah dia bahawa Arissa sudah lama memerlukan seseorang untuknya meluahkan rasa.
Selama ini dia lihat gadis itu kuat. Tidak dia sangka bahawa di dalam hati gadis itu menyimpan 1001 rasa yang tidak pernah dia ketahui.
Tiba-tiba hujan turun. Alangkah kuatnya kilat yang menyambar. Arissa dengan cepatnya mempereratkan lagi pelukannya terhadap Haikal.
Lelaki itu dapat merasakan sesuatu yang dia tidak pernah rasa sebelum ini.
•••
" GUYS, I want each of you masuk group girls. Girls ada six group so each of you get into each group. I dah serik nak bagi you all satu group. Gerak sekarang! " arah Cikgu Mayra tegas.
Pelajar-pelajar lelaki dengan muka seposen gara-gara kena marah lambat-lambat bangun dan memilih kumpulan. Salah mereka jua ketika tugasan sebelum ini mereka buat sambil lewa sehingga menaikkan darah pensyarah mereka. Nasiblah.
" The Loonitzy, may I join you girls? "
Arissa mengangkat muka tatkala Haikal menegur.
Rakan satu kumpulannya yang diberi nama The Loonitzy dan dianggotai oleh Arissa, Rifah, Mira, Sarah dan Mia turut terkejut namun lebih kepada terkejut gembira.
" Boleh! Boleh! " setuju Mira.
" Duduklah! " pelawa Sarah.
" Alaaa! Aku baru nak join group diorang, " ujar Fariz tidak berpuas hati.
" Weh, Kal! Aku dah chop Loonitzy, " Hanif pula menyampuk.
" Eh, eh! Jangan nak bergaduh. Haikal yang datang dulu. So kitorang pilih dia, " Mia membuat keputusan membuatkan Fariz dan Hanif beredar dengan hampa.
Mereka tahu bahawa pelajar lelaki berebut mahu sekumpulan dengan mereka kerana kumpulan mereka berjaya menjadi kumpulan terbaik pada tugasan lepas.
Pasti mereka menyangka jika berada bersama kumpulan ini pasti mereka juga mudah untuk menang selepas ini.
" Haikal, any idea tambahan?" tanya Sarah meminta pendapat selepas diberi penerangan oleh Cikgu Mayra bahawa mereka perlu membuat presentation dengan mempromosi barang atau perkhidmatan hasil syarikat mereka.
" Err... Aku ikut korang ajelah. " ujar Haikal sambil tersenyum.
" Teacher suruh buat video sekali, kan? " tanya Mira.
" Tak apa. I'll handle it. " celah Arissa.
" Okay. Rissa memang terrer bab-bab komputer ni. Jadi... "
" Aku tolong kau. " sampuk Haikal tiba-tiba menghentikan kata-kata Mira.
Arissa berkerut kening tidak berpuas hati. Sibuklah dia ni!
" Betul kau boleh? " tanya Rifah.
Haikal mengangguk, " Tak lelakilah kalau tak tahu bab-bab komputer! "
YOU ARE READING
force marriage
Teen Fiction❝ aku tak cintakan kau dan aku taknak kau cintakan aku, faham? ❞ -ˋˏ [ completed, malay ] ˎˊ starteu: 1/3/22 end: 1/3/22 ©miryenyu was @/mehme08 book cover by @-LVANLYEA