[7] miss

141 26 7
                                    

" WOI, tak rindu aku ke? " Haikal menyapa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" WOI, tak rindu aku ke? " Haikal menyapa.

Arissa yang baru mahu memilih makanan sedikit terkejut.

" Ish, awak ni! Kalau orang lain dengar mati saya. Awak tahu tak awak tu ramai peminat? "

" So? Kau jealous ke? " usik Haikal sambil memilih makanan.

Mujur waktu jam dua petang seperti ini tidak ramai pelajar di kafe. Dia yang kebuluran terus ke kafe selepas diberitahu oleh rakan sekelasnya bahawa kelasnya dibatalkan.

Tidak sangka pula boleh berjumpa dengan Arissa yang turut mahu membeli makanan tengahari.

" Tolong sikit. Tak teringin saya nak jealous. Annoying lagi ada tau! " bisik Arissa keras sebelum melangkah ke kaunter pembayaran.

" Eh, tunggu! " arah Haikal menyebabkan Arissa terhenti.

Haikal pantas mengambil makanannya dan mengikuti langkah Arissa sambil berbisik, " Kau ni tunggulah dulu suami kau ni. "

Mata Arissa terbeliak besar namun dia hanya menahan marah sebelum lantas ke meja kaunter,
" Berapa pakcik? "

" Adik punya RM6, " Pakcik Karim , tauke Karim's Cafe menjawab sambil membungkus makanan Arissa.

Haikal meletakkan pinggannya sebelum bersuara,
" Sekali, pakcik. "

Arissa terkejut mendengar kata-kata Haikal. Mamat poyo ni yang keluarkan dompet. Maknanya dia nak bayar. Jadi dia nak belanja aku ke?

" Sekali? Kalau sekali RM12. Wah. Ada apa-apa ke ni Kal? " Pakcik Karim yang sememangnya mengenali Haikal mengusik.

" Sekali-sekala buat baik, pakcik, " Haikal berkata sambil tersenyum.

Arissa hanya mendiamkan diri dan mengambil bungkusan nasi lemaknya dan menuju ke bahagian rak roti untuk mengambil plastik.

" Sekali-sekala nak buat baik dekat isteri, kan... " bisik Haikal di telinga Arissa sebelum Haikal melangkah pergi untuk membeli air.

Arissa dapat merasakan mukanya merah padam saat itu. 'Eiii...! Saja aje tau mamat ni nak usik aku!'

• time skip

" Nak beli apa lagi? " tanya Mira selepas mereka selesai membeli Nasi Ayam.

" Emm... Nak beli my favourite coklat kejap, " ujar Arissa sebelum melangkah ke kedai yang berada di hujung sekali.

Kedai itu sememangnya popular dan ramai pelajar berkerumun di situ. Arissa sudah terjengket-jengket cuba memastikan posisi coklat limited edition kegemarannya.

" Kau nak beli coklat ke? " tegur Haikal yang entah sejak bila sudah berada di sebelahnya.

" Dah tu takkan nak beli rantai basikal pula, " perli Arissa.

" Kau pergi ke dinner hari ni? " tanya Haikal.

" Pergi. Awak? "

" Aku nak pergi tapi aku nak isteri aku bawakan makanan untuk aku, " ujar Haikal.

Arissa membuat muka meluat, " Siapa isteri awak? "

" Nak aku pekik dekat sini ke jawapan soalan kau tu? " ugut Haikal sambil tersengih jahat.

" Fine! Awak nak makan apa? "

Haikal merampas bungkusan Nasi Ayam milik Arissa.

" Aku nak Nasi Ayam kau ni. Aku malas nak bersesak dengan budak-budak tak cukup umur. "

Terbeliak mata Arissa, " That's mine! "

" Jumpa nanti, wifey, " Haikal berbisik jahat sebelum melangkah pergi.

Arissa yang mahu mengejar Haikal dan mencekik lelaki itu terhenti apabila bahunya dicuit.

Ternyata Mira yang mencuitnya, " Dah beli ke belum Rissa? "

" Err... Malaslah nak beli coklat. Eh, teman pergi gerai Nasi Ayam tadi balik. "

" Eh, tadikan dah beli? Mana Nasi Ayam tadi? " tanya Mira apabila tangan Arissa kosong.

" Ada gorilla ambil. Dah jom cepat. Nanti habis pula! " Arissa menarik tangan Mira yang sudah berkerut itu.

Gorilla?

Gorilla?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
force marriageWhere stories live. Discover now