[1] force

282 31 9
                                    

" Kahwin?! Dengan dia? " Soal lelaki di hadapan Arissa sambil menuding jari ke arahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Kahwin?! Dengan dia? " Soal lelaki di hadapan Arissa sambil menuding jari ke arahnya.

" Eee... tak naklah! " Balas Arissa.

" Ey, kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau? " marah lelaki itu sebelum kembali memandang papanya.

" Papa, apa semua ni? Kenapa Kal kena kahwin dengan Arissa tiba-tiba ni? Dalam waktu terdekat pulak tu! "

" Lagi beberapa bulan Arissa akan sambung belajar. Kamu pula akan.. "

" Shhh! Tak payahlah papa sebut. Kal fahamlah! "

" Jadi, papa tak nak nanti kamu berdua jatuh cinta dengan orang lain pula. Sebagai langkah keselamatan, baik papa nikahkan dulu. Jadi tak ada sebab untuk kamu berdua nak bercinta dengan orang lain. " terang Tuan Hairil.

" What?! Apa benda ni, pa? Tak ada ribut tak ada taufan kenapa kami mesti dijodohkan ni? Dengan Arissa pulak tu! " Haikal tak puas hati.

" Uncle, kenapa Rissa kena kahwin dengan Kal? Kalau Kal nak dijodohkan pun, Kal sepatutnya dijodohkan dengan pewaris mana-mana syarikat besar juga. Rissa cuma anak angkat keluarga ni je. " sampuk Arissa pula.

" Ada sebab kenapa kami ambil kamu sebagai anak angkat, Rissa. Bukan sekadar kerana kamu ialah anak kepada rakan baik kami dan sebagai rakan sepermainan Haikal, " Puan Hanis memegang lembut bahu Arissa.

" Maksudnya? " soal Arissa lagi.

Apa yang diterangkan kepadanya selama ini, tujuan dia diambil sebagai anak angkat dalam keluarga ini hanyalah sebagai teman untuk Haikal yang merupakan anak tunggal.

Dia juga pernah diceritakan bahawa hubungan arwah mummy daddy memang bersahabat baik dengan Tuan Hairil dan Puan Hanis.

Mummy daddynya meninggal dalam kemalangan sewaktu dia baru berusia 3 tahun. Selepas itu dia diambil sebagai anak angkat keluarga ini dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang sama seperti Haikal.

" Uncle harap kamu akan bertenang dengar penerangan kami ini, Rissa. " ujar Tuan Hairil lembut.

" Sebelum mummy dan daddy kamu kemalangan 15 tahun lalu, mereka ada berpesan kepada kami andai suatu masa nanti mereka tak sempat menjaga kamu, mereka minta kami yang jagakan kamu dan mereka berharap sangat yang Haikal boleh jadi suami kamu supaya dia boleh menjaga kamu sebagai pengganti kami andai kami tiada pula nanti."

Arissa terpempan mendengar penjelasan Tuan Hairil. Puan Hanis pula masih tetap mengusap bahunya bagi menenangkannya.

" Jadi kenapa Kal pula yang jadi mangsa dalam hal ni? Pa, Kal baru 19 tahun! I've a lot things to do but not to be a husband! " bangkang Haikal.

" Kal, papa minta maaf! Tapi papa terpaksa juga satukan kamu berdua secepat mungkin bagi mengelakkan kamu berdua jatuh cinta kepada orang lain pula. "

" This is nonsense! Biarlah kami cari pasangan hidup kami sendiri. Tak payahlah nak jodohkan kami sedangkan kami tak nak! "

" Kal, please! Lately, papa selalu sangat mimpikan arwah mummy dan daddy Rissa. Mungkin itu merupakan satu petunjuk yang kamu dan Rissa perlu disatukan segera. "

Haikal tergelak sinis, " Semua ni tak masuk akal, pa! Merepek. Tolonglah jangan jadi kuno sangat. "

Haikal kemudiannya mengangkat punggung dan melangkah ke muka pintu. Tuan Hairil memanggil anak tunggalnya itu, " Kal, nak pergi mana tu? "

" Kal nak keluar dari rumah ni. Orang dalam rumah ni semuanya nak menjahanamkan hidup Kal je! " Haikal sudah melangkah keluar dan menghempaskan pintu.

" Kal, jangan! Arghhhh! " Tuan Hairil tiba-tiba memegang bahagian kiri dadanya.

" Abang? Abang kenapa ni? " tanya Puan Hanis risau. Arissa terdiam di situ apabila tiba-tiba papa angkatnya itu rebah.

" Abang!! "

" Abang!! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
force marriageWhere stories live. Discover now