" EH, awak! Berhenti!! " Arissa memukul tangan Haikal yang sedang menarik tangannya namun Haikal langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu melepaskan pegangannya dan terus mengheret Arissa.
Arissa menyentap kuat tangannya apabila Haikal akhirnya berhenti mengheretnya.
" Ish, awak ni kenapa heret-heret saya tiba-tiba macam tu? Orang pandang tahu tak? " bebel Arissa.
Memang tadi banyak mata memandang adegan tangannya digenggam erat oleh Haikal dan diheret laju.
" Biarlah orang pandang. " balas Haikal selamba.
" Awak ni, kan... Saya tadi tengah nak jumpa kawan-kawan kita tau. Awak boleh main tarik macam tu aje tadi. Tak ada signal tak ada apa! Kalau diorang nampak habis kita! "
" Dah habis dah bebel? " tanya Haikal malas.
Arissa mencebik, " Awak nak apa? Lepas ni memang kita nak balik sama pun, kan? Apa-apa hal bincang lepas nilah. "
Haikal tersenyum kemudian tiba-tiba dia menarik Arissa dan memeluk gadis itu ke dalam dakapannya.
" Abang rindu sangat dengan Rissa. Dua minggu susah nak tengok muka. Susah nak dengar suara. Sayang tak rindu ke dengan abang? Sampai hati sayang marah-marah abang pula. "
Hilang marah Arissa tiba-tiba apabila berada di dalam dakapan suaminya.
Arissa tersenyum mendengar kata-kata Haikal sebelum dia turut membalas pelukan suaminya itu.
" Alaaa... merajuk pula abang ni. Rissa pun rindukan abang. Tapi abang janganlah sedih. Lepas ni hari-hari abang boleh tengok muka Rissa. Boleh dengar suara Rissa. "
Haikal melepaskan pelukannya. Dia mencuit hidung Arissa sebelum menggenggam tangan isterinya itu, " Lepas ni bolehlah kita hidup macam pasangan suami isteri lain, kan? "
" SUAMI ISTERI?! "
Arissa dan Haikal yang terkejut dengan sergahan itu pantas menoleh dan melepaskan pegangan tangan mereka.
Terbeliak mata mereka berdua melihat rakan-rakan kelas mereka hanya kurang lima meter saja dari mereka.
" Se... Sejak bila korang... Dekat situ? " tanya Haikal tergagap-gagap.
•••
" Kau dah kahwin, Kal? " Soal Fariz tidak percaya.
" Dengan Arissa? " soal Hanif pula dengan riak serupa.
" Korang suami isteri? " tanya Mia bingung.
" Sejak bila weh? " tanya Sarah pula dengan muka berkerut.
" Biar betul korang. " Mira pula mencelah.
" Dahsyatnya korang. " ujar Fira dengan gaya tidak berperasaan.
" You orang ni tipu-tipu ka betul-betul? " tanya Alia masih tidak mengerti.
" Korang main-main aje, kan? " tanya Sarah tidak yakin.
" Wooo... Drama apakah ini? " ujar Rifah dengan muka kagum.
•••
Arissa dan Haikal saling berpandangan.
Mereka tahu yang tiada gunanya lagi menyimpan tembelang yang sudah pecah.
Arissa mengeluh sebelum berkata, " Korang semua, kami minta maaf. "
Arissa mengerling Haikal, " Ya. Kami dah kahwin. Sejak sebelum masuk universiti lagi sebenarnya. "
" APA?!!! "
YOU ARE READING
force marriage
Teen Fiction❝ aku tak cintakan kau dan aku taknak kau cintakan aku, faham? ❞ -ˋˏ [ completed, malay ] ˎˊ starteu: 1/3/22 end: 1/3/22 ©miryenyu was @/mehme08 book cover by @-LVANLYEA