" HABIS!!! " Arissa memeluk Rin sebaik saja dia bangkit dari tempat duduknya. Kebetulan tempat duduk Rin berdekatan dengannya ketika peperiksaan berlangsung. Jadi dapatlah dia peneman.
" Tapi soalan tadi tu susah sangatlah. Aku takut tak dapat score. " Rin meluahkan kegusaran hatinya.
" Kau dah berhempas-pulas study sampai nak termuntah-muntah, kan? Kita dah usaha. " pesan Arissa.
" Hmm... Yalah. Eh, kau nak jumpa classmates kan? Jangan balik lambat. Ira tu mak bapak dia dah datang ." beritahu Rin.
" Oh, haah! Hmm... Tak lama kot. Tak apa. Tak apa. Nanti aku cuba balik cepat. " Jawab Arissa.
" Okay. Jumpa kat bilik yaa... " ujar Rin sebelum berlalu pergi mendapatkan Liya yang tempat duduknya agak jauh dari mereka walaupun tempat peperiksaannya sama.
Arissa memanjangkan kepala mencari rakan sekelasnya iaitu Mira dan Mia yang juga memiliki tempat peperiksaan yang sama tetapi berbeza bahagian.
Dari kejauhan dia sudah ternampak Mia dan Mira bersama-sama beberapa orang rakan sekelas mereka.
" Mia! " Panggil Arissa sambil mengangkat tangan kerana kedudukan mereka agak jauh dan pelajar di dalam dewan ini pula masih lagi ramai apatah lagi dengan adegan jejak kasih dan acara bersalaman serta mengucap selamat tinggal di sana sini.
Mia menoleh apabila namanya dipanggil. Sebaik terlihat Arissa, dia turut mengangkat tangan tanda menyahut panggilan Arissa namun tiba-tiba dia lihat Arissa ditarik pergi oleh seseorang.
" Aik, kenapa tiba-tiba hilang Rissa ni? Tadi dia ada. " ujar Mia.
" Eh, tu dekat pintu sana tu Rissa, kan? Siapa tarik dia tu? " Mira sudah mula mengecilkan mata cuba mengenali orang yang menarik Arissa.
" Macam Haikal aje. " ujar Fira pula.
" Hah? Haikal? Ya ka? " ulang Alia tidak percaya.
" Kenapa Haikal tarik Arissa? "
" Hoi, korang tengok apa? " tanya Fariz yang baru tiba di hadapan dewan itu kerana tempat peperiksaannya agak jauh dari rakan-rakan lain.
" Haah. Bukan main khusyuk nampak. " balas Aisha yang tiba kemudiannya sambil diikuti Mimi.
" Kitorang nampak Haikal tarik Rissa pergi. Tadi dia beria-ia panggil aku tapi tiba-tiba dia blah macam tu aje bila Kal tarik dia. " cerita Mia.
" Hah? Kal tarik Arissa? Dia nak buat apa dengan Rissa? " Tanya Syafiq bersungguh-sungguh.
" Kau tak payah nak overactinglah, Fiq. Sepak kang. " Fira sudah menyua belakang tapak tangannya. Syafiq sudah mencebik.
" Jom tengok nak? " Ajak Sarah.
YOU ARE READING
force marriage
Teen Fiction❝ aku tak cintakan kau dan aku taknak kau cintakan aku, faham? ❞ -ˋˏ [ completed, malay ] ˎˊ starteu: 1/3/22 end: 1/3/22 ©miryenyu was @/mehme08 book cover by @-LVANLYEA