[19] sorry

110 15 4
                                    

" Korang, janganlah macam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Korang, janganlah macam ni. Aku minta maaf. " ucap Arissa namun ucapannya itu langsung tidak disambut oleh seorang pun rakannya itu.

Sejak pulang ke bilik tadi semuanya melekat di meja studi dan berlagak tekun menyelesaikan kerja masing-masing termasuklah Zila yang biasanya masa lapangnya hanya tidur saja.

Lebih teruk semuanya menyumbat telinga dengan earphone masing-masing.

Ira lagi dahsyat, dengan headphone di kepala, kepalanya turut terangguk-angguk mengikut rentak lagu.

" Rin, aku minta maaf... " Arissa memegang bahu Rin namun dia menepis tangan Arissa. Arissa tersentap apabila Run dengan dingin menepis tangannya.

Arissa beralih kepada Liya. Dia turut memegang lembut bahu Liya, " Liya..."

" Zila, kenapa I rasa bahu I ni macam berat? You letak batu ka? " tanya Liya tiba-tiba kepada Zila yang berada di sebelahnya.

" Tak lahh... You rasa berat sebab ada tangan penipu dekat bahu tu. " jawab Zila selamba.

Arissa tiba-tiba menjadi hilang sabar. Dengan rasa bengang dia menarik earphone di telinga Ira.

" Weh, kau kenapa?! " tengking Rin sambil menolak kasar kerusinya sampai tergolek kerusinya itu.

" Aku tahu korang marah. Memang aku tipu korang. Tapi tak boleh ke korang dengar explanation aku? Janganlah buat aku macam tunggul. " rayu Arissa.

" Oh, kami buat you macam tunggul? Habis selama ni kami kena tipu dengan you hidup-hidup bukan setakat macam tunggul tapi dah macam batu tepi jalan. Tak ada yang peduli. " marah Liya.

" Memang aku bodoh tak sedar yang selama ni dia borak pasal kau aja. Aku cuma fikir seronok dapat borak dengan dia. Seronokkan dapat mempermainkan kawan sendiri? " perli Zila sinis dengan mata berkaca jelas mempamerkan kekecewaan hatinya.

Air mata Arissa tiba-tiba menitis, " Aku tak pernah terfikir pun nak mempermainkan kau. Ikutkan aku memang nak cerita tapi risiko dia terlalu tinggi. "

" Kitorangkan kawan Rissa. Kenapa kau tak boleh percayakan kitorang? " soal Ira pula serius.

" Hal ni terlalu peribadi. Rissa tak ada pilihan lain selain simpan aje rahsia ni. " jelasnya.

" Apatah lagi Kal pun minta aku rahsiakan. Dia suami aku. Aku kena patuh dengan arahan dia. " jelas Arissa lagi dengan tegas.

Keempat-empat rakannya tidak berkata apa-apa namun kelihatan terkesan dengan kata-kata Arissa itu apatah lagi apabila Arissa mengakui mereka ialah rakan yang paling dipercayainya.

" Aku tahu kalau korang masih tak boleh terima maaf aku ni. Aku tahu memang sakit bila kita kena tipu hidup-hidup. "

" Tapi kalau korang still tak boleh maafkan aku. Aku faham. Tak apalah. Aku boleh minta tukar bilik kalau korang nak. "

" Stay dekat bilik kosong pun aku tak kisah kalau korang tak nak tengok muka aku. Kita pun bukannya lama lagi dekat sini. "

Arissa sudah melangkah mahu meninggalkan ruangan belajar itu namun tiba-tiba Ira bersuara, " Betul ke kami ni macam permata bagi Rissa? "

Arissa tersenyum sebelum mengangguk, " Permata yang tiada penggantinya. Terlalu bernilai. "

" Tapi Rissa sekarang dah jadi isteri orang. Kami semua ni masih lagi budak-budak mentah. Siapalah kami nak berkawan dengan isteri orang macam Rissa. " tambah Zila.

Arissa tersenyum. Air matanya jatuh lagi. Pantas dia mendapatkan Liya dan memeluk rakannya itu, " Status isteri tak bermakna Rissa tak boleh kawan dengan korang. Korang tetap kawan terbaik Rissa . Aku sayang korang sangat-sangat. "

Tiba-tiba Arissa merasakan ada tangan lain pula menyentuh bahunya. Rin sudah mendekatinya, " Aku minta maaf marah kau tadi. "

Zila pula menepuk bahu Arissa " Aku minta maaf sebab selalu goda laki kau. "

Arissa ketawa kecil. Dia memandang Liya pula. " I tak ada salah apa kat you. Tapi I terimalah maaf you tu. "

Mereka semua ketawa sebelum semuanya saling berpelukan.

Rakan-rakannya itu sangat berharga baginya. Mungkin lepas ini tiada lagi rakan-rakan seperti mereka.

Walaupun pelbagai perangai tapi jauh dalam sudut hati mereka sebenarnya saling menyayangi antara satu sama lain.

Walaupun pelbagai perangai tapi jauh dalam sudut hati mereka sebenarnya saling menyayangi antara satu sama lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
force marriageWhere stories live. Discover now