[21] flirt

114 16 0
                                    

" ALAAA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" ALAAA... Janganlah marah sangat! Nasib baik saya dapat cover tau. Kalau sampai kantoi tak ke naya? Ingat tau kita ni nak final exam. "

" Roommates awak tahu boleh cover lagi. Kalau classmate ni bukan tak boleh percaya tapi risiko dia lebih tinggi sebab classmates ni lagi ramai. " pujuk Haikal dari hujung talian.

" Yalah tapi awak buat macam tu tadi malu saya tau! " ujar Arissa tidak puas hati.

" Masa tu spontan ajelah. Saya tak tahu nak cover macam mana dah. Jadi terpaksalah saya buat macam tu. "

" Yalah tu. Habis kempunan saya nak air tin tau! " Arissa mencebik sambil bermain-main dengan penyepit baju di ampaian.

" Okay. Lepas ni saya belikan awak sedozen air tin tu, ya? " pujuk Haikal lagi.

" Dahlah. Sampai habis exam saya tak nak jumpa awak! " rajuk Arissa.

" Alaaa... Janganlah macam ni! Saya mana boleh hidup tanpa tengok muka isteri saya ni. Rindu 3 juta peratus tau! "

" Hah, pandailah tu nak mengayat! Tak ada. Sampai habis exam, saya nak buat peraturan kita tak boleh jumpa. Call pun tak boleh. Apa-apa hal Whatsapp, message or text only. Faham? " Arissa membuat keputusan.

" Takkan awak marah sangat sampai macam ni. Saya minta maaf dah kan? "

" Ini bukan soal tadi tu. Tapi kita ni kan nak exam. Kalau kita asyik habis masa berjumpa, bergayut macam ni bilanya nak study. Lagi beberapa hari kita nak exam lepas tu kita habis universiti boleh jumpa hari-hari, kan? " jelas Arissa.

" Haaah, kan? Tiap-tiap pagi nampak muka awak dulu. Wah, seronoknya! Boleh dapat morning kiss tak? " Sekali-sekala tak apa kan mengambil kesempatan.

Arissa ketawa kecil, " Eee... Gatal! Dahlah. Ingat peraturan ni tau. Saya nak fokus belajar. Awak tu lainlah cerita. Memang dah tersedia lebih bijak bestari. "

" Well. Nama pun husband. Kenalah lebih dari isteri. Hmm... Yalah. Tapi saya nak buat satu permintaan boleh sebelum kita dikuarantinkan tak boleh bergayut dan berjumpa lagi? "

" Apa dia? "

" Can you... Call me... Abang? "

Wajah Arissa tiba-tiba terasa panas, " Hah? "

" Errr... Saya teringin nak dengar awak panggil saya 'Abang'. Yalah. Macam other married couple buat. " Ujar Haikal malu-malu.

Arissa tersenyum, " Yalah.... Abang. "

" Wahhh! Bahagianya saya dengar! Ini yang semangat nak study ni! " Haikal jelas bernada teruja dari hujung talian.

Arissa ketawa, " Hah, puas dah kan? Sekarang abang pergi study, ya? Saya pun nak study ni! "

" Okay! Bye, sayang. "

Arissa tersenyum malu, " bye , abang."

Arissa memerhatikan telefon sebelum ketawa kecil sendiri. Namun tiba-tiba kedengaran suara orang berdehem yang kuat dari dalam bilik.

Apabila Arissa menoleh, rakan-rakan sebiliknya sedang berdiri di tingkap dari dalam bilik sambil menghadapnya.

" Oi, orang kat luar! " tegur Liya.

" Tak reti-reti masuk dalam kaa? " tegur Zila pula.

" Bukan main lama bercinta. " Rin pula menyampuk.

" Exam minggu depan aje ni. " Ira pula menyambung.

Arissa tergelak melihat kawan-kawannya itu, " Yalah! Orang nak masuk dah ni! "

Arissa tergelak melihat kawan-kawannya itu, " Yalah! Orang nak masuk dah ni! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
force marriageWhere stories live. Discover now