[22] saranghae

91 15 0
                                    

Arissa membuka matanya perlahan-lahan apabila terdengar namanya dipanggil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arissa membuka matanya perlahan-lahan apabila terdengar namanya dipanggil. Rupanya Liya yang mengejutkannya.

" Apa dia, Liya? Aku tak larat nak bangun. " ujar Arissa sambil menarik selimutnya apabila terasa dingin pagi itu menggigit kulitnya.

" Tu, ada delivery untuk you dekat luar tu. " beritahu Liya.

Mata Arissa terbuka luas. Dia menoleh memandang Liya, " Delivery? "

" Baik you pergi ambil sebelum Mamu kencing pula kat situ. " ujar Rin pula yang baru kembali dari tandas.

Mamu di sini merujuk kepada kucing jantan bulu kembang comel yang kerap muncul di aras mereka.

Entah apalah nama kucing itu sebenarnya namun apabila sampai pada Rin, terus diletaknya nama 'Mamu'! Ada seekor lagi kucing betina diletaknya nama 'Chombi'.

" Ira tersadung benda tu tadi masa keluar. Dahlah tengah mamai. Nasib baik tak tersungkur ke lantai pagi-pagi buta ni. " beritahu Ira pula yang muncul.

" Baik you pergi ambil cepat. I nak kejut Zila. Payah betul budak tu nak bangun! " rungut Liya sebelum meninggalkan Arissa.

Arissa turun dari katil dan menuju ke arah pintu di bahagian tempat tidur rakannya kerana pintu di bahagian tempat tidurnya dan Ryu sudah rosak dan tidak boleh diguna.

Selalu sangat kena hempas penangan angin agaknya. Maklumlah bilik mereka terletak di tengah-tengah blok jadi angin memang selalu akan terus memasuki bilik mereka.

Ada bilik budak lelaki dekat blok C3 lagi parah. Pintu tercabut lepas tu hilang. Dahsyat....

Terbeliak matanya tatkala melihat sedozen air susu pisang di hadapan biliknya itu beserta dengan sepucuk surat.

" Fuyyyooo! Beli sedozen air tin nampak. " tegur Fira, penghuni bilik sebelah yang juga baru kembali dari tandas.

Arissa hanya tersengih kerana tidak mampu menjawab apa-apa. Selepas Fira sudah melangkah masuk ke dalam biliknya, dia membuka surat itu.

' Ini ganti air semalam. Hope sayang tak marah abang lagi. Selamat menjamu selera dan all the best for our exam ni. Buat yang terbaik okay? Love you ' - Your handsome husband.

P/s: Abang yang hantar sendiri air ni pukul empat pagi tadi. Nasib baik tak kena tangkap dengan guard. Hehe!'

Arissa tersenyum lebar membaca bait-bait kata di dalam surat itu. Tidak disangka suaminya itu seberani ini.

" Korang, air free untuk semua! " pekik Arissa sambil mengangkat sedozen air itu masuk ke dalam bilik.

" Korang, air free untuk semua! " pekik Arissa sambil mengangkat sedozen air itu masuk ke dalam bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
force marriageWhere stories live. Discover now