Mujur sempat Arissa pulang ke bilik sebelum Ira berangkat pulang.
Disebabkan rahsianya juga sudah bocor dengan rakan-rakan sekelasnya terpaksalah dia dan Haikal menerangkan dari A sehingga Z apa yang terjadi sebenarnya.
Dahsyat juga dia kena maki dengan rakan-rakan sekelasnya itu. Bukanlah makian dari segi yang boleh mencetuskan pergaduhan tapi lebih kepada kata-kata tidak puas hati mereka kerana selama ini mereka tidak diberitahu perkara sebenar.
•••
Fariz : Gila tak sangka korang ni suami isteri.
Hanif : Selama ni suka bergaduh aje macam anjing dengan kucing.
Mia: Rissa, I rasa nak pijak you okay!
Mira : Hati kau keras, Rissa.
Rifah: Terkejut beruk aku bila tau korang rupanya suami isteri!
Fira : Dah kahwin bukan reti nak cerita!
Sarah : Ni yang rasa nak maki dan cerca orang ni!
Alia : Jahatlah you dua orang! Tipu dengan kitaorang!
Mimi : Korang dah terpengaruh cerita Korea banyak sangatlah ni!
•••
Walaupun pelbagai ugutan dan makian diterima namun Arissa dan Haikal bersyukur apabila rakan-rakan mereka itu menerima secara terbuka alasan mereka dan memahami situasi mereka selepas mendengar penerangannya.
•••
Satu demi satu rakan-rakan universiti Arissa rakan sekelas mahupun rakan sebilik berangkat pulang kembali ke pangkuan masing-masing.
Berjurai-jurai air mata mengalir menghantar pemergian mereka.
Salaman dan pelukan erat menjadi perkara wajib untuk menggambarkan rasa sedih mereka untuk berpisah.
Arissa menjadi orang terakhir yang pulang antara rakan sebiliknya kerana mama dan papa Haikal mengalami masalah semasa dalam perjalanan.
" Sedih lagi ke? " tegur Haikal ketika dia dan Arissa sama-sama memasukkan barang-barang di dalam bonet kereta papa Haikal.
" Sedihlah. Saya sorang aje yang tinggal. Satu demi satu saya tengok kawan-kawan saya tinggalkan saya. " cerita Arissa sedih.
" Tapi abang kan ada? " Haikal menggenggam tangan Arissa.
Arissa perlahan-lahan mengukir senyuman,
" Yalah. "" Ehem! Jangan nak sweet-sweet sangat dekat bonet ni. Pergi ambil barang lagi kalau ada. " tegur Puan Hanis menyebabkan Haikal melepaskan pegangan tangan manakala Arissa tersenyum malu dengan muka yang merah.
" Errr... Barang Kal dah tak ada. Barang Rissa? " Haikal cuba mengubah topik.
" Errr... Ada lagi sikit tu. Sekali lagi bawa, habislah. " beritahu Arissa.
" Hmm... pergi tolong Rissa, Kal. Kita nak kena cepat ni. " arah Tuan Hairil.
Haikal menurut dan mengekori Arissa kembali ke bloknya. Tinggal bagasi beroda Arissa dan anak patung beruangnya saja di situ.
" Biar abang bawa beg ni. " Haikal sudah mengambil bagasi itu dari tangan Arissa.
" Eh, tak apalah! Rissa boleh bawa. " ujar Arissa.
" Habis, takkan nak oppa bawa teddy bear tu pula. Jatuhlah maruah suami Rissa ni. " bisik Haikal.
Arissa tergelak, " Yalah... jom! "
" Ini langkah terakhir kita sebelum masuk dalam kereta. Shall we? " Haikal tiba-tiba menghulurkan lengannya minta dirangkul oleh Arissa.
" Nak pegang tangan ke? " tanya Arissa tidak yakin.
Haikal mengangguk, " Ala-ala dekat red carpet gitu. Lagipun orang dah tak ramai pun ni. Cepatlah. "
Arissa akhirnya merangkul juga tangannya dengan tangan Haikal sebelum mereka mula melangkah menuju ke kereta kembali.
Walau ada mata yang memandang hairan tapi kini Arissa sudah tidak kisah.
Dia bahagia dengan apa dilaluinya dan dimilikinya sekarang. Dia jatuh cinta dengan kehidupannya di universiti ini yang sudah banyak mengajarnya tentang pelbagai perkara yang mungkin tidak akan dia perolehi di tempat lain.
sudah habishhh
apa anda rasa dengan cerita ini?
;D
terima kasih kerana sudi baca hingga chapter last ini🤍🤍🤍
YOU ARE READING
force marriage
Teen Fiction❝ aku tak cintakan kau dan aku taknak kau cintakan aku, faham? ❞ -ˋˏ [ completed, malay ] ˎˊ starteu: 1/3/22 end: 1/3/22 ©miryenyu was @/mehme08 book cover by @-LVANLYEA