[8] sulk

146 25 6
                                    

Arissa menjeling tajam ke arah Haikal yang duduk di hadapannya dan sedang enak menikmati Nasi Ayam 'percuma'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arissa menjeling tajam ke arah Haikal yang duduk di hadapannya dan sedang enak menikmati Nasi Ayam 'percuma'.

Dahlah ambil Nasi Ayam orang. Dalam banyak-banyak tempat ni macam mana dia boleh tersesat depan aku juga dia nak duduk?!

" Aku tahu muka aku memang handsome masa tengah makan, " ujar Haikal tanpa memandang Arissa.

Arissa mengetap bibir menahan geram. Dia memandang sekeliling. Rakan-rakan sekelasnya semua sedang leka berborak sesama mereka. Kenapalah tak ada sorang pun nak ajak mamat ni berborak sama?

" Dahlah curi Nasi Ayam orang. Tak malu, " ujar Arissa perlahan sambil menyuap Nasi kosong tambah telur yang dibelinya.

Nasi Ayam idamannya itu sudah habis sewaktu dia kembali untuk membeli lagi jadi terpaksalah nasi tambah telur menu makan malamnya hari ini.

Haikal memandang Arissa yang beriak sedih itu. Dia mengeluarkan sebungkus plastik dari begnya dan dihulurkan kepada Arissa.

" Apa ni? " soal Arissa.

" Jangan banyak bunyi lagi. Makan. "

Arissa membuka plastik itu dan alangkah terkejutnya melihat beberapa paket coklat kegemarannya di dalam plastik itu.

Memang coklat itu mahu dibelinya tadi namun coklat itu juga habis. Mana tak sentap bila dua-dua makanan favourite lesap begitu saja gara-gara lelaki ini.

" Awak beli untuk saya? " tanya Arissa terharu dan teruja melihat coklat kegemarannya itu.

" Takkan aku nak beli untuk isteri Pakcik Karim pula, " ujar Haikal yang cuba berlagak macho sambil menyisip air teh o aisnya.

" Thank you, hubby! " bisik Arissa yang teruja sebelum menikmati coklat itu dengan penuh berselera.

Haikal tersedak mendengar kata-kata Arissa itu.

•••

PANTASNYA semester dua tiba tanpa Arissa duga. Rasa macam baru semalam aje dia mendaftarkan diri di sini.

Sekarang dah masuk semester kedua juga semester akhir dia di sini. Diam tak diam sudah enam bulan dia di sini.

Peperiksaan juga sudah selesai dijalankan dan bakal diumumkan keputusannya beberapa bulan akan datang.

Terkejut Arissa apabila tiba-tiba bahunya dipaut seseorang yang membantunya keluar dari kelompok pelajar yang sesak itu. Ternyata orang itu Haikal.

" Kal, apa awak buat ni? Matilah saya kalau ada orang nampak! " bisik Arissa keras pantas meleraikan pelukan Haikal.

" Alaa... Tak ada orang perasanlah. Semua tengah sibuk dengan result masing-masing, " jawab Haikal namun tiba-tiba dia menarik tangan gadis itu.

" Ey... Ey! Awak nak bawa saya pergi mana? "

Haikal tidak menjawab sebaliknya terus menarik tangan Arissa namun pegangannya itu direndahkan agar tiada siapa yang melihat. Haikal terus menarik Arissa sehinggalah mereka berada di sebuah tempat yang agak sunyi berdekatan tasik.

" Kenapa awak bawa saya ke sini? " tanya Arissa curiga apabila Haikal mula duduk di hadapan tasik itu.

Perlahan-lahan Arissa menurut. Dia ni ada niat tak baik dekat aku ke apa? Entah-entah nak tikam aku tak?

" Aku nak tanya result kau ajelah. Sambil-sambil tu saje aje nak bawa kau ambil angin. Aku jarang nampak kau keluar joging ke petang-petang. Kau joging atas katil ke? " tanya Haikal.

Arissa mengetap bibir apabila telahan Haikal itu hampir tepat mengenai hidungnya, " Mana ada! Adalah kadang-kadang tu! Awak aje tak perasan. "

Haikal hanya ketawa sinis, " Apa-apalah. Sekarang ni aku nak tanya result kau berapa? "

" Kenapa nak sibuk? " tanya Arissa tidak berpuas hati.

" Sebab aku laki kau. Cepatlah cakap! " gesa Haikal.

Arissa mengetap bibir lagi menahan geram. Nasiblah sini tak ada orang. Karang ada kenyang makan beg galas.

" 3.91 aje. "

" Wooo... Pandai juga kau ya? Tengok muka macam bengap sikit, " ujar Haikal selamba.

" Eh, eh! Kurang asamnya mulut. Tahulah kau pandai. Entah-entah baru first time dapat result bagus. "

" Lantaklah first time ke second. "

 "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
force marriageWhere stories live. Discover now