" Mama, kenapa tak beritahu yang dia akan sambung belajar dekat Hanlim Multi Arts University? " soal Haikal.
" Kamu tak pernah tanya, " jawab Puan Hanis selamba.
Haikal mengeluh, " Mama dengan papa memang sengaja aje, kan? "
Puan Hanis tersenyum, " Memang itu salah satu sebabnya tapi sebab utama ialah papa kamu memang selalu sangat mimpikan orang tua Rissa. Kesian papa selalu tidur tak lena. Sejak kamu dah bernikah dengan Rissa barulah papa boleh lena
tidur. "Haikal mendengus, " Alasan aje tu. "
" Nanti lepas kamu berdua habis study baru kita buat majlis besar-besaran ya? Bolehlah kita ajak saudara-mara, kawan-kawan papa, kawan-kawan kamu dan Rissa... " cadang ibunya.
" Alaaa, tak payah nak buat pun tak apa. Membazir aje pun. Entah-entah bukan bertahan lama pun hubungan kami ni. Dah kahwin pun bukan ada rasa apa pun, " ujar Haikal tidak puas hati.
Puan Hanis mengeluh, " Kal, janganlah cakap macam tu. Kamu terima ajelah Rissa sebagai isteri kamu. Walau apapun kamu kata, kamu tetap dah sah sebagai suami dia. Mama harap bolehlah kamu belajar cintakan dia. "
" Mama juga harap setahun kamu berdua belajar di sana, bukan sahaja dapat ilmu, tetapi erti cinta. " Sambung wanita itu lagi.
YOU ARE READING
force marriage
Teen Fiction❝ aku tak cintakan kau dan aku taknak kau cintakan aku, faham? ❞ -ˋˏ [ completed, malay ] ˎˊ starteu: 1/3/22 end: 1/3/22 ©miryenyu was @/mehme08 book cover by @-LVANLYEA