[16] again

104 17 0
                                    

Sebaik saja tiba di biliknya, Arissa terus merebahkan badan di katilnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik saja tiba di biliknya, Arissa terus merebahkan badan di katilnya. Rakan-rakan sebiliknya yang sedang membuat hal masing-masing memandang pelik melihat Arissa yang hanya senyap itu.

" Awal balik, Rissa? " tegur Liya sambil duduk di katil sebelah Arissa.

" I penat. Rissa nak tidur. " Arissa membelakangi Liya.

" Eh, tak nak pergi toilet dulu ke? " tanya Rin dari katil atas.

" Mengantuk sangat masa buat business tadi ni, " Arissa memberi alasan dan langsung tidak bergerak lagi.

Liya dan Rin kemudiannya membiarkan saja Arissa apabila memutuskan mungkin rakan mereka itu benar-benar penat dan mengantuk. Mereka kembali membuat tugasan masing-masing.

Yalah, malam-malam buat tugasan dekat perpustakaan yang sejuk macam tu siapa tak mengantuk?

Diam-diam Arissa sebenarnya sedang berendam air mata. Sejak Zila bercerita tentang keakrabannya dengan Haikal, Arissa jadi cemburu.

Apatah lagi melihat Haikal sendiri tersenyum manis dan ceria di hadapan Zila. Sedangkan Haikal tidak pernah tersenyum seperti itu di hadapannya.

Arissa sendiri akhirnya terpaksa akui bahawa rasa cemburu itu membuktikan dia sebenarnya sudah jatuh cinta terhadap lelaki yang merupakan suaminya yang sah itu.

Namun apakan daya, Haikal sendiri sudah melarangnya jatuh cinta terhadapnya. Dia memang berhak untuk mencintai perempuan lain.

Hampir setahun di universiti ini, hampir setiap hari Arissa dan Haikal akan bersua muka. Arissa sendiri akui dalam tempoh ini dia semakin banyak mengenali sisi berbeza suaminya itu walaupun sejak kecil sudah sebumbung.

Walaupun setiap pertemuannya dengan Arissa bukanlah satu pertemuan yang meninggalkan memori indah namun setiap kali dia menemui lelaki itu dia akan berasa gembira dan bersemangat untuk melalui hari-harinya.

Jika Haikal benar-benar mahu serius dengan Zila, Arissa tidak rela melihatnya maka lebih baik jika dia yang mengundur diri.

•••

" Kau nak pergi library lagi ka malam ni? " tanya Zila.

" Haah. Ada group discussion. " jawab Arissa.

Walaupun dia cemburukan Zila yang mendapat perhatian Haikal namun dia tidak menyalahkan Zila kerana dia tidak tahu apa-apa tentang status sebenar mereka jadi tidak adil untuk dia menghukum Zila pula.

" Nanti kitorang nak pergi MM. Kau nak ikut? " tanya Liya.

" Emm... Tak apalah. Aku takut habis lambat kang. " ujar Arissa sambil menggalas beg.

" Hmm... tak apalah kalau macam tu. Pergi elok-elok yaa! "

•••

Malam ini ternyata Arissa bertentang mata lagi dengan Haikal. Panas hatinya tatkala melihat lelaki itu betul-betul berada di sebelah mejanya bersama-sama Fariz, Syafiq dan Hanif.

Semak betullah!

" Kita pindah meja lain tak boleh ke? " bisik Arissa.

" Kenapa pula? Okaylah meja sini. Ini aje kosong dekat sini. Tempat lain tu bising. " ujar Mira.

Arissa mendiamkan diri. Fokusnya benar-benar terganggu apabila menyedari mata Haikal sedang merenungnya.

Hish, mamat ni! Kalau dah kena korek biji mata tu nanti baru ada akal. Memang dasar mata keranjang.

Akhirnya perbincangan mereka tamat jua. Kebetulan sewaktu Arissa dan rakan-rakannya mahu pulang, empat rakan lelaki mereka itu juga sudah selesai menyelesaikan tugasan mereka.

Mereka semua berjalan pulang ke blok masing-masing bersama-sama kecuali Haikal yang katanya mahu membeli sesuatu di Mini Market.

Namun Arissa yang teringat bahawa rakan-rakan sebiliknya ada memberitahu mahu ke Mini Market lantas sedar yang Haikal sebenarnya mahu menemui Zila.

Dah berjanjilah tu!

" Kau ni aku tengok dari dulu macam tak suka je dengan Haikal tu. Kenapa hah? " tanya Fariz.

Kini cuma tinggal Arissa, Syafiq, Hanif dan Fariz saja selepas menghantar rakan mereka yang lain di blok yang lebih hadapan.

" Aku cuma tak suka dia tanpa sebab. Tak perlu sebab pun kalau kita nak benci seseorang tu. " jawab Arissa ringkas.

" Ke kau suka dia ni? Haaa... " Syafiq mengusik.

" Eh, tolonglah! Geli aku. "

" Haha... Yalah tu. Okaylah, jumpa esok! " mereka pun beredar .

" Bye! " Arissa melambai ke arah mereka sebelum melangkah ke bloknya.

Sebaik saja Arissa mahu mendaki tangga, tiba-tiba tangannya ditarik seseorang sebelum dia diheret keluar dari bloknya.

Namun Arissa pantas mengenali identiti orang tersebut.

" Kal! Awak buat... " mulut Arissa kemudiannya ditekup oleh Haikal menyebabkan suaranya tidak lagi kedengaran sebaliknya dia hanya meronta mahu melepaskan diri.

Arissa ditarik sehingga ke makmal komputer yang terletak di hadapan bloknya.

Arissa ditarik sehingga ke makmal komputer yang terletak di hadapan bloknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
force marriageWhere stories live. Discover now