aurora

2.6K 101 0
                                    

   "You're my favourite teddybear, babygirl."

"Kita nak pergi mana ni? Awak jangan bawa saya pergi merata."

"Kau boleh diam tak? Dari tadi bising je. Ikut je lah aku bawa kau pergi mana," marah Adrian. Kyra hanya menjeling lelaki itu lalu berpeluk tubuh. Dia melihat ke luar tingkap. Cantik betul ciptaan ilahi walaupun sekarang malam.

Tiba-tiba, Adrian memberhentikan kereta secara mengejut.

"Hish, awak ni. Tak boleh perlahan sikit ke?!" marah Kyra. Adrian tidak membalas sebaliknya keluar dari kereta dan menuju ke bahagian penumpang.

Pintu dibahagian penumpang dibuka dan dia mencengkam lengan Kyra lalu menarik gadis itu keluar dengan kasar. Adrian menarik rambut Kyra sambil mengheretnya ke sebuah bilik.

Adrian mengunci pintu sebaik mereka berdua telah berada di dalam bilik itu. Kyra mula menangis dan menapak ke belakang apabila Adrian makin mendekati dirinya.

"Aw-awak nak buat apa ni? Jangan buat saya macam ni, please..." Kyra merayu. Adrian memeluk pinggang si gadis lalu menghidu bau rambut Kyra. Wangi. Sangat wangi membuatkan nafsu Adrian semakin membuak.

"Tak apa. Kau milik aku. Bila bila pun aku boleh rasa." Adrian keluar dari bilik itu sejurus menuturkan ayat itu.

Kyra mengeluh lega selepas kelibat Adrian tidak lagi kelihatan. Nasib. Sikit lagi aku jadi mangsa dia.

Baru Kyra mahu mencari jalan untuk keluar dari rumah itu, Adrian kembali masuk dengan sebuah pinggan yang berisikan kek di tangan.

"Aku jumpa kek ni atas meja. Makan," arah Adrian bersuara tegas. Kyra teragak-agak mencapai pinggan yang diberikan oleh Adrian itu. Takut. Dia trauma dengan lelaki itu.

"Aku ada kerja. Kau jaga diri elok-elok. Ada bodyguard akan pantau kau. Jangan berani nak larikan diri dari rumah ni. Faham?" Kyra cepat-cepat mengangguk. Dia menghabiskan kek secepat mungkin lalu meletakkan pinggan itu di tepi.

Dia baring di atas katil. Sekarang ini, di mana Ayden? Kenapa lelaki tu tak bagi aku jumpa Ayden? Kenapa?

Kyra keluar dari bilik dan mencari dapur untuk membasuh pinggan tadi. Tapi sekarang ni, dia tersesat dalam rumah banglo yang tak ubah macam istana ini. Walaupun dia telah membuat short house tour tadi tapi masih saja dia lupa akan segenap ruang dalam rumah itu.

Akhirnya, jumpa juga! Rasa macam nak buat solat sunat dua rakaat sebab dah jumpa dapur. Lelaki ni pun bukan nak bagi aku tour dulu rumah ni. Kan dah sesat dalam rumah besar ni.

Selesai mencuci pinggan, Kyra mencari tandas. Nasib baik tandas cuma bersebelahan dengan dapur. Tak payah dia pakai GPS semata-mata nak cari tandas dalam rumah ni.

Bapok. Tandas pun bukan main lawa. Ah, sudah. Buang hajat dulu Kyra baru tour rumah ni.

***
Mata Kyra tidak berkelip melihat kelibat seorang jejaka yang sedang bermain dengan kucing berbulu oren. Senyuman dia, auch! Tergoda weh! Untunglah ye kau kucing comel. Dengan kau dia senyum. Dengan aku ni tak pernah sekali pun aku tengok dia senyum. Senyum jahat adalah.

"Kau tengok aku macam nak terkeluar mata tu kenapa?" soal Adrian dengan suara garaunya. Kyra tersentak.

"Eh, tak ada apa lah. Saya naik dulu." Kyra meminta izin. Segera dia menaiki tangga ingin menuju ke biliknya tetapi bilik di sebelah biliknya itu lebih menarik perhatian.

Dia memasuki bilik itu lalu pintu ditutup rapat. Wow, cantiknya. Bilik bertemakan warna hitam dan merah. Serious lawa gila. Kyra mendekati meja yang berada di dalam bilik itu.

Ada beberapa fail dan kertas. Mungkin milik si jejaka. Dia ternampak gambar lelaki itu pada sebuah kertas. Segera dia membaca namanya. Tengku Adrian Damien.

Mata Kyra terbeliak. Tengku?! Seriously, tengku?! Weh, aku dengan kerabat diraja sekarang ni weh! Agak-agak kalau aku tinggal dengan dia kat sini viral tak? Masuk berita tak? Masuk tv tak? Mak ayah dengan abang akan tahu tak?

"Adrian rupanya nama dia." Kyra terangguk-angguk. Dia melihat nombor kad pengenalan pada kertas itu. 24 tahun. Eh, 24?! Umur dia 24?! Weh, tuanya!

Ehem, tak ada lah tua mana. Tapi 24 tu tua lah jugak kalau nak dibandingkan dengan aku yang 19 ni. Sedar diri masih remaja. Belum matang. Tapi ada aku kesah?

Birthday? 0306. Oh yeah sama bulan dengan aku. Tepuk sikit!

"Kau buat apa dalam bilik aku?" Badan Kyra kejung. Kertas yang dipegangnya jatuh ke atas lantai. Mati. Mati. Mati!

"Err, Adrian..." Kyra menoleh. Dia tersengih kecil. Cemasnya cuba dikawal.

"Adrian?"

"Err, nama awak Adrian kan?"

"Kau ambil barang aku?"

"Eh, tak!" Adrian mendekati Kyra. Baru sahaja dia ingin mencapai kertas di belakang Kyra, bunyi kucing mengiau menghentikan perbuatannya.

Kyra melihat kucing itu. Oh, kucing tadi. Oyen! Awak lah penyelamat saya, terima kasih oyenku!

Adrian tunduk lalu mendukung kucing comel itu.

"Anak papa nak apa ni, hm?" Kyra membuat muka geli. Papa?

Ingatkan perempuan je yang suka kucing. Rupanya lelaki pun sama.

"Err, awak bermanja lah dengan oyen dulu. Saya nak masuk bilik saya," Kyra mencari jalan untuk melarikan diri.

"Oyen?" Kening lelaki itu berkerut. Kyra mengangguk.

"Tak ada nama lain ke? So childish." Kyra menjeling lelaki itu. Childish dia kata? Dah nama pun kucing warna oren mesti lah orang panggil oyen. Takkan nak panggil kelabu pulak? Gila ke?

"Her name is Aurora," kata Adrian lalu menggomol kucing oren itu. Hm. Bahagianya kalau dia gomol aku macam tu. Eh, dah gila agaknya kau ni, Kyra.

"Her?"

"Yeap." Kucing betina. Hm, rasa cemburu pula tengok kucing tu dapat kasih sayang dari Adrian.

"Kenapa tengok aku macam tu? Jealous?" Kyra tersentak. Segera dia menggeleng.

"Tak apa. Lebih dari ni kau dapat."

Yaallah, gatalnya pakcik tua ni! Tak sedar diri tua betul!

Adrian's Babygirl ©️Where stories live. Discover now