" You're my favourite teddybear, babygirl. "
' Kyra Qairina's Pov '"Adrian, apa yang awak dah buat dekat saya?!" jerkah aku sebaik sahaja membuka mata. Sungguh aku terkejut selepas melihat Adrian yang tidak berbaju dengan diri aku yang tidur sekatil dengan lelaki itu. Geli!
"Apa? Aku tak buat apa pun."
Air mataku mula bertakung. Jahatnya dia. Dia menafikan perkara yang sudah terang di hadapan mata. Berapa ramai perempuan sudah dia lakukan begini?
"Awak tipu," balasku dingin.
"Kyra. Okey, dengar sini. Ya, kita tidur sekatil tapi tak ada apa-apa yang terjadi antara kita. Trust me. Tengok lah badan kau, masih berbaju. Bawah kau ada sakit? Tak. Means kita tak buat apa-apa semalam. Cuma aku yang tak pakai baju sebab aku tak suka tidur berbaju," terang Adrian.
Malangnya, penerangan dia tidak cukup untuk menyakinkan diriku. Kalau lah diciptakan alat untuk mengetahui diri masih berdara atau tidak, sudah lama aku gunakan.
Lelaki semua sama.
"Menangislah dulu. Aku ada kerja."
Lelaki itu meninggalkan aku yang sedang menangis teresak-esak. Jahat. Ya, dia sangat jahat. Aku berasa menyesal kerana menganggap dia ialah lelaki yang baik cuma sikapnya tidak mencerminkan dalamannya. Sekarang baru aku tahu sikapnya yang sebenar. Tengku Adrian Damien, lelaki munafik.
Aku mencapai telefon pintar berjenama Realme 5i milikku yang berada di atas katil. Aku menuruni katil itu sebelum melangkah ke arah pintu. Aku mahu keluar. Ya, mahu keluar dari rumah ini. Aku ingin melarikan diri. Tidak sanggup lagi aku duduk di rumah ini.
Adrian keji. Jahat. Kejam. Munafik. Segalanya!
Malang sungguh nasibku, terserempak pula bersama Ayreena di tangga. Aku mengukirkan senyuman palsu kepadanya. Dia membalas senyumanku sebelum melangkah ke bilik Adrian. Kami berpisah di tangga itu. Alhamdulillah, selalunya Ayreena akan menyoalku seperti detective conan. Nasib hari ini aku tidak disoal. Kalau tak, pasti kantoi.
Aku meneruskan langkah untuk ke pintu utama. Malang nasibku buat kali kedua, Ayden ternampak susuk tubuhku yang ingin membuka pintu rumah itu lalu diriku diseru olehnya. Aku menoleh. Senyuman cuba kuukir.
"Kau nak pergi mana?" soal Ayden. Otakku ligat berfikir alasan yang boleh ku beri. Tetapi seakan tidak berfungsi pula otakku saat ini.
"Err..."
"Kau nak keluar ke?" soal Ayden. Laju aku mengiyakan. Bantai saja, janji logik.
"Ouh, nak aku hantarkan?"
"Eh, tak apa. Saya naik bas je."
"Betul ke? Or kalau kau tak comfortable dengan aku, naik lah dengan Ray or Abang Firaz. Takpun Ayreena."
Ini yang aku suka dengan diri Ayden. Selalu sahaja aku berkata dia dan Adrian lain. Ya, memang sangat lain. Ayden terlalu baik manakala Adrian tidak ubah seperti iblis. Aku lebih selesa bersama Ayden daripada Adrian. Jujur, Ayden sudahku anggap seperti abang kandungku sendiri. Perlakuan Ayden dan Ayreena tidak ubah seperti kami adik-beradik.
Cuma, Adrian. Ya, Adrian. Takkan pernah aku berhenti mengucapkan kenyataan yang satu ini. Adrian lelaki munafik.
"Tak apa, Ayden. Saya boleh je pergi sendiri," tolakku lagi. Bukan tidak kenal dengan Ayden. Selagi tidak setuju, selagi itu dia akan memaksa.
"Are you sure?"
"Yes, i am. Dah lah, Ayden. Saya boleh jaga diri. Janganlah risau sangat. Tak mati pun saya kalau awak tak ada," aku cuba bergurau di hujung ayat. Gurauan yang betul-betul aku maksudkan untuk menyakinkannya.
"Hm, cepat balik. Jangan lambat," ucapnya seraya meluru ke arahku. Tubuhku dipeluk sebelum dia mencium rambutku. Dahiku juga dikucupnya. Sempat dia mengusutkan rambutku sebelum melepaskan pelukan. Perbuatannya, seperti seorang abang. Ini yang aku suka.
Aku sangat menginginkan abang walaupun aku sudah mempunyai abang. Tetapi abang seperti Fitri siapa sahaja yang mahu? Jika betul dia abangku, pasti dia akan membantah keputusan ayah untuk menjual aku di kelab malam. Tapi sebaliknya yang terjadi. Dia juga bersubahat dengan ibu dan ayah untuk menjualku. Adakah aku sudah tidak diperlukan lagi di dalam keluarga itu?
"Kyra, termenung apa?" teguran dari Ayden menyentakkan diriku. Segera aku menggeleng sebelum keluar dari rumah itu. Senyumanku beri supaya pengawal yang menjaga rumah Adrian itu tidak syak dengan perbuatanku itu.
***
"Memang hidup korang ni nak makan gaji buta ke, sial?! Bila aku amanahkan sesuatu tu, buat lah elok-elok! Ni tak, boleh lagi senyum macam tak ada apa-apa jadi. Eh, kau tengok sikit jam pukul berapa sekarang. 1 pagi! And, Kyra tak ada dekat rumah. Gila ke sial? Anak dara orang tu!" jerkah Adrian sebaik sahaja mengetahui Kyra tiada di rumah itu.
Dia berpeluk tubuh sambil menahan rasa amarah. Suasana di ruang tamu itu tegang akibat jerkahan Adrian sebentar tadi. Ray, Firaz, Jason, Ayden, Ayreena, serta dua orang lagi pengawal yang turut berada di situ hanya mendiamkan diri.
"Pukul berapa dia keluar tadi?" soal Adrian tiba-tiba.
"Baru je. Maybe around 12.50," balas Ayden pula.
"Masih sempat ni." Ayden mengerut kening. Apa yang sempat?
"Why?"
"Perhentian bas dari rumah banglo aku berada dalam jarak lebih kurang 1km. Kalau dia keluar 12.50, 1.10 macamtu baru dia akan sampai ke perhentian bas. Nak kena tunggu bas lagi. Bermakna Kyra masih dalam perjalanan ke perhentian bas tersebut. Tetapi, kalau kita gerak sekarang. Kita akan sempat untuk kejar dia sebab dia berjalan manakala kita guna kereta."
"So?"
"Aku akan pergi cari dia."
"Lepastu kitorang macam mana?" soal Ayden.
"Duduk rumah masak nasi," sindir Adrian. Geram dia dengan manusia di dalam rumah itu. Tak pernah berfikir menggunakan akal. Hidup cuma tahu menyusahkan orang sahaja.
***
Aku mengelap peluh di dahi. Sabar Kyra, sikit lagi. Aku berhenti apabila menjumpai sebuah kerusi batu. Aku melabuhkan punggung sebelum mengeluarkan air mineral dari beg milikku.Sedang aku meneguk air berperisa asli itu, bunyi kereta seseorang memasuki gegendang telingaku. Terdengar pula bunyi anjing yang menyalak seperti menandakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Aku menelan liur. Dahi sudah berpeluh. Jantungku sudah berdegup kencang.
Aura seorang lelaki yang sedang mendekatiku sudah cukup membuatkan hatiku berporak-peranda. Ya Allah, selamatkan aku!
Mati. Mati aku kali ini. Mati!
"Kyra Qairina binti Anuar."
Confused. Aku pening mahu berasa apa. Bahagia kerana gerangan di belakangku ini ialah seseorang yang aku kenal atau menangis kerana gerangan tersebut bakal menghancurkan hidupku?
"Babygirl."
YOU ARE READING
Adrian's Babygirl ©️
RomanceI am his doll, and he was my darkest fairytale. Realiti lebih menyakitkan. Dan perkara itu terbukti apabila Kyra Qairina dipaksa untuk hidup sebagai seorang pelacur. Pertemuannya dengan Ayden seperti menberi peluang untuk dia keluar dari tempat itu...