sorry, baby

2.9K 78 0
                                    

" You're my favourite teddybear, babygirl. "

"Good morning, baby," ucap Haziq, kawan Adrian yang selalu datang melepak di rumah Adrian.

"Geli sial," balas Adrian. Riak wajahnya dingin seperti selalu. Haziq mengambil tempat di sebelah sahabatnya itu.

"Game bola jom?" ajak Haziq. Adrian hanya meng 'hm' kan sahaja.

"Ajak Ayden nak?"

"Tak payah. Menyemak je kalau dia ada," tolak Adrian. Dia memang tidak suka untuk bermain game dengan adiknya itu. Kalau kalah, merajuk. Sumpah childish.

"Alah, kau ni. Benci tul ada member tak supportive macam kau. Kesian Ayden. Dahlah baru balik misi semalam. Dia paling banyak luka kot."

"Oh, kesian dia. Aku tak kesian? Aku yang lawan jantan tu sampai hancur kepala dia tau. Macam lah aku tak cedera langsung?" soal Adrian dengan nada merajuk. I don't know why but sumpah comel dia buat macam tu, okey.

Haziq mencebik. Meluat pun ada dengan jantan ni. Dia hanya mengabaikan Adrian lalu mengeluarkan telefonnya untuk menelefon Ayden. Nak ajak main game pun kena call, sebab member tengah ada dekat heaven ( katil ) rumah dia.

Weh, Ay. Main game jom. Rumah Ad." Kedengaran suara berkata-kata dari orang di sana dan kemudian dibalas oleh Haziq. Haziq menutup telefon dan kembali fokus kepada game nya yang akan bermula.

"Asal?" soal Adrian.

"On the way nak jumpa awek," balas Haziq.

"Awek? Raisya ke?"

"Entah. Adik kau, tanya aku lak." Haziq sambung bermain game. Adrian cuma mendiamkan diri. Sejak bila adik aku pandai main awek awek ni?

"Adrian, focus lah gila!" marah Haziq. Dia boleh mengelamun. Fikir awek ke apa?

"Ha ye."

"Adrian."

Adrian segera menoleh apabila mendengar Kyra memanggil namanya.

"Yes, baby?" pipi Kyra berona merah menahan rasa malu kerana digelar sebegitu di hadapan kawan Adrian. Haziq pula hanya beriak selamba seperti tiada apa yang berlaku.

"Mana maggi saya?" soal Kyra dengan suara serak. Mahu saja dia menangis apabila melihat maggi yang sudah siap dimasaknya telah hilang ketika dia meletakkan mangkuk maggi tersebut di atas meja dan naik ke biliknya untuk menunaikan solat.

"Maggi? Maggi apa?" soal Adrian polos. Baru bangun tidur tiba-tiba maggi.

"Magii saya mana? Saya letak atas meja makan tadi!" Kyra mula memberontak. Nadanya juga seperti ingin menangis. Serious lah, sebab maggi je?

"Kau dah kenapa sampai nak nangis bagai? Cengeng gila. Maggi kau dah masuk tekak orang la kot. Kau tanya la manusia lain dalam rumah ni. Memang ada aku seorang jeke yang kau tanya aku ni?" kata Adrian.

"Awak tipu! Saya dah tanya semua orang tapi diorang kata diorang tak tahu! Awak seorang je yang ada! Awak makan maggi saya kan?" marah Kyra.

"Ha ye aku makan maggi kau, puas?"

"Awak jahat! Benci awak!" jerit Kyra sebelum berlari masuk ke dalam bilik. Adrian hanya mengabaikan gadis itu. Memang anak si-

"Oi, pergi lah pujuk awek kau tu. Blah blah," arah Haziq.

"Alah, kejap je tu. Biasalah perempuan nak attention," balas Adrian pula. Dia meneruskan permainan videonya sehingga alat kawalan it yang dipegangnya telah dirampas oleh seseorang di belakang.

"Kau pergi pujuk sekarang!" marah orang tersebut. Ayreena rupanya. Patutlah garang semacam.

"Tak lawak lah, babi!" jerit Adrian lalu cuba untuk merampas semula alat kawalannya itu. Haziq hanya membiarkan pergaduhan antara dua beradik itu.

Adrian's Babygirl ©️Where stories live. Discover now