now, you're mine

4.2K 87 2
                                    

You're my favourite teddybear, babygirl."

Sudah tiga hari Kyra tinggal di rumah mewah milik Tengku Adrian Damien itu. Dan tiga hari jugalah dia cuba menyesuaikan diri dengan keadaan di rumah itu.

Walaupun hanya tiga hari, tapi dia sudah tahu masa Adrian dan Ayden akan pergi dan pulang dari kerja, rutin harian mereka dan sebagainya. Kerja apa? Itu masih menjadi tanda tanya buat Kyra.

Tak sanggup dia ingin tanya pada Adrian. Bukan dia tidak tahu tentang angin monsun barat daya si Adrian itu, banyak kali dia sudah menjadi mangsa.

Ditengking, dipukul, ditampar, itu semua sudah biasa bagi Kyra. Dia harus sedar, Adrian mengizinkan dia untuk menumpang dalam rumahnya ini semata-mata kerana Ayden! Ya. Hanya kerana Ayden. Kalau bukan sebab Ayden, tak ada lah Adrian nak suruh dia menumpang kat sini.

Adrian masih bersikap kasar terhadapnya walaupun saban kali sudah ditegur oleh Ayden. Tetapi bila berbicara dengan orang lain, boleh sahaja dia gelak gelak dan beriak biasa. Cuma dengan Kyra Qairina, seorang Tengku Adrian Damien terus bersikap kasar.

Walaupun kadang-kadang dia akan menjadi sedikit miang keladi, normal dan sebagainya tetapi masih saja dia dingin apabila bercakap dengan Kyra.

Kyra pun masih bingung. Apa salahnya sehingga Adrian bersikap sebegitu?

Dia langsung tidak berasa apa-apa sepanjang berada di sini. Cuma bahagia dan sedikit lega kerana terselamat. Bahagia kerana ada kawan baharunya, Ayreena Darissa dan selamat kerana Ayden.

Selagi Ayden dan Ayreena berada di sini, Kyra akan berasa selamat. Jika mereka sudah tidak tinggal di sini lagi, habislah.

Dia seperti sudah tahu apa yang akan jadi pada dirinya nanti. Takut! Ya, dengan Adrian.

"Termenung apa?" Kyra tersentak. Lamunannya terhenti seketika apabila ditegur seseorang. Ayreena. Kyra hanya mengukirkan senyuman kecil.

"Kau ni, buat terkejut aku je."

"Kau tu tengah fikir pasal apa sampai aku datang ni pun tak perasan?"

"Tak ada apa lah. Ni kenapa kau kat sini? Tak ada kelas ke harini?" Ayreena menggeleng.

"Aku MC."

"Kenapa?" Ayreena menunjukkan tangannya yang berbalut. Mata Kyra membulat.

"Kenapa ni?" soal Kyra risau.

"Rilek, rilek. Sikit je ni, accident semalam dengan abang Ad."

"Oh, Adrian macam mana?"

"Dia okey je."

"Memang tak careful betul si Adrian ni. Tahu lah tak sayang nyawa tapi at least fikir lah pasal nyawa adik sendiri," bebel Kyra sendirian. Ayreena yang melihat hanya gelak kecil.

Comel juga gadis kecil ini. Walaupun umur mereka sama tetapi Ayreena tampak lebih matang manakala Kyra pula masih seperti kanak-kanak.

Mungkin Kyra dibesarkan hanya di dalam rumah dan tidak berapa terdedah dengan aktiviti luar. Dia pun tidak banyak kawan. Sempat berkawan dengan Izzah sahaja, selepas itu dia tidak lagi belajar dan hanya duduk di rumah.

"Aku masuk dulu, ya? Nak solat asar. Takut tak sempat," kata Ayreena memecah kesunyian itu. Kyra hanya mengangguk.

***

"Err, bagi aku sikit je masa lagi. Aku janji aku akan langsaikan hutang kau. Percaya cakap aku," rayu Anuar. Dia memandang wajah Adrian yang tampak dingin.

Adrian mencapai sebuah kerusi lalu duduk di hadapannya. Vape diletakkan di bibir lalu disedut perlahan.

"You know what, dah berbulan aku lepaskan kau sebab percaya dengan janji bodoh kau tu. Berapa lama lagi aku kena tunggu, huh? Sampai aku mampus?" Adrian gelak sinis di hujung ayatnya itu. Anuar hanya mampu menunduk.

Adrian's Babygirl ©️Where stories live. Discover now