life must go on

1.3K 43 0
                                    

" You're my favourite teddybear, babygirl. "

"Selamat hari jadi, Kyra!" Aku tersentak ketika tiba tiba ruang tamu rumahku terang-benderang. Sebak di dada tika melihat ibu, ayah dan abang berada di sebuah meja kecil. Di atas meja tersebut ada kek dan pelbagai makanan lain. Aku melihat ke arah dinding pula. Kesan cat masih terlihat baru. Gabungan warna hitam dan putih, dua warna estetik. Juga merupakan warna kegemaranku. Mataku beralih pula kepada banner yang tergantung. 'Kyra Qairina Turns 10'

Ya Allah. Terharunya aku. Beg sekolah dicampak olehku ke arah sofa lalu aku berlari mendapatkan keluargaku. Aku memeluk mereka erat sambil menangis kerana terharu. Fitri hanya melihat ke arah kami dengan senyuman manisnya.

Aku tidak menyangka keluargaku akan membuat kejutan sebegini pada hari jadiku. Sungguh aku terharu dan amat bahagia.

***

"Arghh!"

"Kyra! Are you okay?" Fitri mendapatkanku yang terbaring di atas tanah. Lututku yang berdarah aku pegang sambil merenung ke arah wajah Fitri. Entah kenapa, aku tidak terasa mahu menangis walaupun perit yang amat sedang kurasakan di permukaan lututku sekarang.

Fitri mengangkatku masuk ke dalam rumah. Dia meletakkan aku di sofa sebelum pergi ke arah kabinet. First Aid Kit dikeluarkan lalu dibawa mendekati aku. Dia duduk di tepi aku yang sedang menahan kesakitan.

"Tahan sikit ya, sayang. Abang nak balut luka Kyra ni. Kyra goodgirl, kan?" pujuk Fitri. Aku tersenyum melihat seberapa prihatinnya Fitri terhadap diriku. Walaupun umurku sudah mencecah 13 tahun, namun Fitri selalu melayaniku seperti seorang gadis kecil bersekolah rendah.

"Hah, dah. Kan abang dah cakap tak sakit. Bagus adik abang ni." Fitri menarik aku ke dalam pelukannya. Walaupun agak kekok namun aku tetap membalas perbuatannya itu.

"Fitri!" tengking ayah yang entah dari mana memecah kesunyian di antara kami. Pelukan kami terlerai.

"Kyra, masuk bilik sekarang." Aku hanya akur. Aku amat tidak faham. Mengapa ayah selalu marah apabila Fitri bermesraan denganku sedangkan hubungan kami sekadar adik-beradik kandung?

Aku sempat mendengar ayah menengking Fitri ketika aku sedang berjalan ke tingkat atas.

"Kamu jangan ingat ayah dan ibu tak ada di rumah, kamu boleh ambil kesempatan ke atas budak tu. Jaga batas dengan Kyra, Fitri," kata ayah serius. Fitri mengangguk sebelum turut naik ke biliknya. Aku bingung. Jaga batas apa? Takkan nak rawat luka adik sendiri pun tak boleh? Setakat peluk pun takkan tak boleh?

***

"Hey, dah bangun?" Aku membuka mata perlahan apabila telingaku menangkap suara yang sangat aku kenali.

"Ayden?"

"Good morning, Kyra Qairina. Macam mana hari ni?" soal Ayden dengan senyuman di bibirnya.

"Macam mana apa? Saya belum mulakan hari pun lagi," kataku. Ayden tergelak. Dia mengusap rambutku sebelum mencium dahiku mesra. Aku mengukirkan senyuman pahit. Ayden baik, romantik, setia. Kenapa aku tak jatuh cinta dengan dia saja dulu? Macam mana aku boleh terminat dengan abangnya yang perangai macam sial tu? Sepatutnya aku berhubungan dengan Ayden bukan dengan Adrian.

Ya, aku baru sedar. Ayden pasti ada tatkala aku sedang menghadapi masalah. Ketika pertama kali ingin lari dari hotel pelacur itu, Ayden yang menolong aku. Begitu juga dengan hari-hari yang lain. Ayden sentiasa menjadi penyelamatku. Namun, kenapa lelaki beku itu yang menjadi pilihanku?

Kenapa aku jatuh cinta kepada Adrian dan tidak kepada Ayden? Ahh, pening!

"Nak breakfast?"

"Ermm," rengekku sebelum kembali membaringkan tubuh di atas katil bersaiz King itu. Bukan senang ya nak naik atas katil ni. Dah lah saiz aku kecil macam budak tadika. Memang bila nak naik tu kena lompat lah cerita dia.

Adrian's Babygirl ©️Where stories live. Discover now