" You're my favourite teddybear, babygirl. "
"Good morning, honey," ucap Amelia sambil memandang ke arah Adrian yang baru bangun dari tidur. Amelia menghirup kopi yang dibancuhnya tadi sambil melihat pemandangan kondominium milik Adrian. Dulunya, Kyra duduk di rumah ini, sebilik dengan Adrian. Namun semuanya telah menjadi hak milik Amelia dalam sekelip mata.
Amelia mengukirkan senyuman sinis. Kyra tidak sepatutnya berada di tempat ini. Kyra tidak sepatutnya mengganggu hubungan dia dan Adrian. Entah dari mana datangnya, tidak sedar diri hanya seorang gadis miskin, tetapi jatuh cinta dengan lelaki kaya. Sudahnya, berharap pula akan hidup bahagia bersama lelaki itu. Drama apa yang dimainkan ini?
"Jangan harap kau boleh menakluki semua harta dan hati Adrian, Kyra. Kau miskin, Adrian patutnya bersama aku. Kami setaraf," ujar Amelia. Telefon dilekapkan ke telinga, ingin mendengar tangisan seorang gadis miskin bernama Kyra Qairina sambil menikmati pemandangan tubuh sasa Adrian yang sedang terbaring. Tidur pun hensem.
Kyra yang mendengarnya berasa sebak di dada. Ingin diluahkan tangisannya tetapi sedaya upaya dia menahan. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan wanita asing ini.
"Dah lah, Kyra. Cukup lah berharap. Adrian taknak kau," tuturnya lagi. Nada sinis sengaja ditunjukkan untuk menggerunkan gadis muda itu.
"Kau ingat kau boleh bahagia dengan Adrian ke? Aku akan hancurkan hidup kau lah, setan!" marah Kyra. Serentak dengan itu, dia membaling telefon kuat lalu wajahnya diraup. Dia mengusutkan rambutnya. Tidak kisah kerana fikirannya lebih kusut ketika ini.
"You fikir apa, sayang?" soal Adrian apabila melihat Amelia sedang termenung sambil mengukirkan senyuman yang agak seram dari tadi. Amelia tersentak. Lantas dia menoleh lalu mendekati suaminya. Dia memeluk tubuh Adrian erat.
"Nothing, baby. Hm, i miss you," rengek Amelia manja.
"Ya, sayang. I ada ni. I'm all yours okay." Adrian membelai lembut wajah Amelia. Wajah yang dirinduinya setiap saat ketika bersama Kyra Qairina. Walaupun tubuh badannya terlihat selesa dengan Kyra, namun fikirannya pasti akan menuju kepada Amelia. Sayangnya pada Amelia tidak dapat dinafikan.
"Lama sangat you 'curang' dengan I, hm," kata Amelia lagi. Adrian tergelak. Ya, di sudut pandangan orang lain, Kyra yang dicurangi. Namun sebenarnya, Amelia yang dicurangi. Adrian tidak curang. Cuma dia bersama dengan Kyra atas satu motif. Walaupun terpaksa 'curang' selama beberapa bulan, namun demi rancangan mereka, dia turutkan jua. Sumpah, dia sangat merindui Amelia.
Setiap kali bersama Kyra Qairina, Adrian pasti ingat akan Amelia. Walaupun jauh, namun mereka sentiasa terikat. Amelia merupakan satu-satunya isteri yang dia sayang dan ibu kepada anak-anaknya nanti.
"You pergi lah mandi sayang, busuk."
"Busuk-busuk pun you sayang kan, hm," balas Adrian. Amelia hanya tergelak kecil sebelum sambung menikmati kopinya.
***
Kyra duduk di atas katil bersaiz Queen di salah sebuah bilik sambil termenung. Kakinya dipeluk erat. Ayden pagi-pagi lagi sudah keluar atas urusan kerjanya. Kyra masih lagi tidak dapat menerima kenyataan bahawa Adrian curang terhadapnya. Teringat akan setiap perkataan yang muncul dari bibir manis itu. Dia rindu akan setiap sentuhan Adrian, setiap kata-kata dan segala yang dibuat oleh Adrian. Sungguh dia mengaku, dia inginkan Adrian semula.
"Adrian, kenapa awak tipu saya?" Suzy dipeluknya erat. Teman yang tidak pernah bersikap 'duit syiling' terhadapnya. Satu-satunya yang dia percaya. Walaupun Suzy bukan manusia, tapi dia menganggap Suzy sebagai kawan karibnya yang akan dia jaga dengan baik. Hanya Suzy yang menjadi tempat dia meluahkan segalanya. Hanya Suzy yang mampu menghilangkan kesedihannya.
YOU ARE READING
Adrian's Babygirl ©️
RomanceI am his doll, and he was my darkest fairytale. Realiti lebih menyakitkan. Dan perkara itu terbukti apabila Kyra Qairina dipaksa untuk hidup sebagai seorang pelacur. Pertemuannya dengan Ayden seperti menberi peluang untuk dia keluar dari tempat itu...