señora

3.3K 87 0
                                    

"You're my favourite teddybear, babygirl."

"Apa awak buat ni?! Ingat saya ni barang ke?!" Sebaik sahaja Adrian menjejakkan kaki ke dalam rumah, dia ditengking oleh Kyra yang datang dari arah dapur.

"Adrian, apa motif awak beli saya?!"

"Tak payah lah jerit bukannya aku dekat London pun sekarang ni."

Adrian membuka tali lehernya lalu butang atas kemejanya dibuka. Jam tangan dan stoking yang dipakainya juga dibuka. Baru sahaja dia ingin membaringkan tubuh di atas sofa empuk miliknya, ada tangan yang menghalangnya.

"Apa masalah kau ni, Kyra?!" suara Adrian sudah naik seoktaf. Sungguh dia sakit hati jika dia mahu tidur tapi ada yang menganggu. Apabila ditengking oleh gadis itu, makin berapi dirinya.

Wajah marah Kyra dijelingnya tajam. Agak kesian pun ada dengan budak ni tapi dia start dulu, why not kita teruskan?

Dia ingat dia tu siapa nak tengking-tengking aku? Amboi, rumah ni dah jadi konsert pergaduhan ke?

"Saya ni perempuan simpanan awak je kan?"

PANG!

Serentak dengan itu, pipi Kyra menjadi mangsa tamparan Adrian. Kyra memegang pipinya yang terasa berdenyut-denyut.

"Kau ni memang cari nahas kan, Kyra?"

"Kenapa? Saya cakap benda betul, kan? Selalunya dalam wattpad macam tu lah, hero tu beli dia lepas tu dijadikan perempuan simpanan. Kena layan nafsu lelaki tu bila perlu. Kesiannya!" luah Kyra.

Adrian menarik kasar rambut perempuan itu lalu ditolak tubuh Kyra ke sofa secara kasar.

"Kalau kau taknak benda yang kau cakap tadi tu terjadi, then jangan cari pasal."

Adrian bangun lalu menuju ke biliknya. Kyra hanya memandang kosong langkah Adrian. Sungguh dia tidak berasa apa-apa kerana sudah terbiasa begini. Ini lah hidupnya. Diseksa dan diseksa.

Sangkanya selepas dia keluar dari hotel haram haritu, dia akan terselamat. Tapi lain pula yang berlaku ketika dia berada di rumah milik jejaka bernama Adrian ini.

Lebih baik jika dia merempat di jalanan dari tinggal di rumah lelaki munafik ini.

"Kyra, kenapa nangis?" suara dari belakang membuatkan Kyra tersentak. Air mata yang tersisa di pipinya dilap sebelum dia mengukirkan senyuman manis kepada jejaka itu. Ayden.

Ayden bagaikan malaikat dan Adrian bagaikan iblis. Mereka hanya berkongsi darah yang sama, tapi bukan sifat yang sama.

Walaupun Ayden agak kasar dengan orang lain, tetapi apabila dengan Kyra lembut sahaja caranya.

"Tak ada apa."

"Adrian dera kau lagi?" Kyra mendiamkan diri. Tidak mengiyakan atau menafikan. Cuma diam tidak berkutik. Dia tahu bahawa Ayden sudah tahu tentang apa yang Adrian lakukan padanya.

Banyak kali juga Ayden sudah menasihati lelaki itu tetapi sudah nama pun abang, mana mungkin patuh pada adik-beradik yang lain.

"Sorry, Kyra. Sebab aku, kau jadi mangsa dera. Ada sebab dia buat semua ni. Trust me, dia cakap dengan perempuan pun tak. Apatah lagi nak dera anak dara orang," kata Ayden. Kyra senyum kecil lalu mengangguk walaupun hatinya masih sakit dengan segala perbuatan jejaka bernama Adrian Damien itu.

"Okeylah, Kyra. Aku ada kerja sikit. Aku pergi dulu, ya?"

"Okey. Take care, Ayden."

"You too. Sabar ya dengan Adrian tu."

Adrian's Babygirl ©️Where stories live. Discover now