tell the truth

1.3K 44 1
                                    

" You're my favourite teddybear, babygirl. "

"Arghh!" jerit lelaki separuh umur itu apabila lengannya dihiris menggunakan pisau milik Adrian. Wanita disebelahnya turut sama menjerit, meraung dan juga menangis. Keadaan mereka yang lemah tidak memberi apa-apa kesan terhadap Adrian. Malah, dia lebih menyukai kesengsaraan mereka. Dia suka melihat kedua-dua pasangan suami isteri itu sengsara. Dia suka melihat mereka berada di bawah telapak kakinya.

"Adrian, tolong jangan buat kami macam ni lagi. Kami mohon maaf Adrian," rintih isteri lelaki itu pula. Adrian mendekatkan telinga di mulut wanita itu.

"Apadia tadi? Tak dengar lah."

Wanita itu teresak-esak menangis sambil mengulang ayatnya tadi.

"Maaf? Masa ayah aku minta maaf ada kau lepaskan dia? Ada kau kasihankan dia? Atau kau maafkan dia?!" Jerit Adrian sebelum menarik kuat rambut wanita tua itu.

"Adrian, kami ni dah tua Adrian. Cukup lah 3 tahun kau seksa kami macam ni. Kami tak sanggup lagi, Adrian. Bagi lah kami peluang untuk bertaubat, kami nak masuk syurga, Adrian," ujar wanita itu lagi. Esakannya semakin kuat menandakan dia benar-benar lemah ketika ini.

"Syurga? Pembunuh kejam macam kau orang ni nak masuk syurga? Jangan mimpi lah!" Dia meletakkan pisau di celah kangkang wanita tua itu sebelum menghiris peha wanita itu dengan perlahan. Sedikit sahaja, wanita itu sudah meraung. Adrian tidak menyambung. Dia mengeluarkan semula pisaunya dari bahagian itu. Dia ingin mereka berdua kena seksa sampai mati! Setimpal dengan perbuatan mereka terhadap ayah 20 tahun dulu!

"Syurga ya? Rasa dulu neraka aku, baru aku bagi 'syurga' dekat kau ya, mama." Adrian mengambil tangan wanita tua itu. Dia membuat bentuk hati menggunakan pisau pada lengan wanita itu. Raungan dan rintihan wanita itu tidak dia hiraukan sedikit pun. Apa lah sangat raungan yang sudah dia dengar selama 3 tahun ini berbanding rintihan dan rayuan ayah semasa diseksa dengan mereka!

"Nak masuk syurga? Biar aku masukkan kau, laki kau dan anak sial kau tu sekali dalam neraka ciptaan aku!" Membulat mata sang suami apabila anaknya disebut.

"Jangan! Adrian, aku rela kalau kau nak buat kami macam ni. Tapi jangan libatkan anak aku, Adrian! Dia satu-satunya anak yang kami ada! Selama 19 tahun dia hidup, tak pernah sekali pun aku berjumpa dengan anak kandung aku sendiri, Adrian! Aku merayu, Adrian!" rintih lelaki itu sekuat hati. Tangisannya tidak dapat dikawal. Nafasnya turun naik. Dia tidak kuat jika anaknya dilibatkan dalam hal sebegini. Gadis itu terlalu kecil untuk semua ini.

"Alah, kenapa? Baru rancak sikit bawak sundal tu sekali dalam hal ni," Adrian gelak jahat. Dia tidak kisah akan siapa pun. Yang dia tahu, dia ingin hancurkan seluruh darah daging mereka berdua ini.

"Dah lah, aku ada kerja. Esok jumpa lagi ya. Goodbye, papa, mama!" sindir Adrian sebelum mendekati wanita tua itu semula. Ada sesuatu yang ingin disampaikan. Khas untuk wanita tersebut.

"By the way, sedarlah ya. perkataan syurga tu terlalu suci dan bersih untuk orang hina dan kotor macam kau orang ni."

***
Empat bulan telah berlalu, perut Kyra Qairina semakin membesar. Lebih kurang sebulan lagi dia akan melahirkan anak di dalam perutnya itu. Kyra menghela nafas. Mampukah dia? Cukupkah duit yang dimilikinya sekarang untuk menampung kehidupan dia dan anaknya nanti?

Kyra tersentak dari lamunannya tatkala bahunya disentuh dari belakang.

"Kak Iqa, terkejut Kyra," ujar Kyra sebelum tergelak kecil. Wanita bernama Kak Iqa itu senyum kecil sebelum melabuhkan punggung di kerusi sebelah Kyra.

"Kyra okey? Dari tadi termenung je."

"Okey je kak, cuma penat sikit," ujar Kyra. Ya, dia penat dengan kehidupannya. Sekarang dia menyesal atas perbuatannya meninggalkan banglo milik Hanisah. Dia telah membuat keputusan untuk menyara hidupnya sendiri. Kini, dia tinggal di sebuah rumah sewa di Pulau Pinang. Ya, dia memilih untuk berada jauh sedikit dari keluarga Adrian kerana dia pasti, Ayden pasti akan mencarinya. Dia tidak mahu Ayden mendapat tahu keberadaannya.

Jadi dia datang ke Pulau Pinang, tempat kelahiran neneknya. Bukan senang untuk dia menyara hidupnya sendiri dengan pekerjaan yang tidak seberapa di kafe ini. Tapi dia bersyukur kerana dia masih mempunyai duit dan tidak pernah berhutang dengan siapa-siapa untuk membayar sewa rumah dan sebagainya.

"Due date bila?" soal Kak Iqa.

"Lama lagi kak. Ada lagi dua bulan."

Kak Iqa mengangguk faham. Dia menepuk belakang badan Kyra. Sejujurnya dia kasihan dengan Kyra, terlalu banyak perit yang ditanganinya. Tapi dia tetap kuat demi janin yang dikandung.

"Apa pun masalah yang Kyra hadapi, jangan terus berputus asa. Jangan pernah mengalah. Ada sebab Allah bagi ujian dekat kita. Apa yang perlu kita buat, kita berusaha tangani dan paling penting, jangan pernah lupa dengan Tuhan. Kyra jangan tinggal solat. Surah Al-Fatihah ayat 4, اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُﭤ , yang bermaksud 'Hanya kepada-Mu lah (ya Allah) kami menyembah dan hanya kepada-Mu lah (ya Allah) kami memohon pertolongan.' Selain tu, Kyra kena ingat juga. Kita ni perempuan. Islam. Wajib tutup aurat. Akak tak paksa Kyra pakai tudung. Tapi Kyra kena cuba pakai ya. Biasakan diri. Sampai bila Kyra nak tanggung dosa tunjuk aurat dekat yang bukan muhrim kan?" nasihat Kak Iqa panjang lebar.

Mata Kyra mula menitiskan air jernih. Dia memeluk Kak Iqa sambil menangis semahunya di bahu Kak Iqa. Ya Allah, terima kasih kerana Kau kurniakan wanita sebaik Kak Iqa untuk menjadi temanku di saat aku menghadapi masalah sebegini.

"Terima kasih, Kak Iqa. Kyra sayang akak," ujar Kyra.

"Sama-sama sayang. Kyra masih muda. Jangan sia-siakan hidup Kyra."

Kyra mengangguk seraya mengelap air matanya. Dia tersenyum melihat wajah Kak Iqa. Wajah putih bersih yang sangat baik. Wajah sesuci hatinya.

"Err-" Kyra menoleh apabila terdengar suara seseorang. Segera dia bangun dan mendekati pelanggan itu untuk mengambil pesanan darinya.

"Ya, encik?"

Lelaki itu mengangkat wajah. Matanya membulat melihat wajah yang cukup dia kenali sedang berada di hadapannya. Kyra mungkin tidak mengecam dirinya kerana dia mengenakan cermin mata hitam.

"Wait, you Kyra Qairina kan? Isteri Adrian?" Kyra tersentak apabila mendengar nama Adrian disebut. Lebih-lebih lagi tatkala dirinya dilabel sebagai isteri Adrian. Masa lalu memang indah. Tapi tanpa kita sedar, masa depan yang lebih indah menanti kita. Tapi bagaimana lelaki ini kenal dengan dia? Kawan Adrian kah?

"Ya, awak siapa?"

Lelaki itu membuka kaca mata hitamnya. Mata Kyra pula yang membulat. Harriz Ayreez! Abang tiri Adrian! Apa yang dia buat kat sini?

"Harriz Ayreez. Abang suami you," ujar lelaki itu sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Kyra. Acah macam first time kenal gitu. Padahal dah muak tengok muka dia. Dahlah nafsu kuda.

"Sorry, abang tiri je," Kyra membetulkan. Tak payah nak bangga sangat jadi abang Adrian. Meluat. Harriz mengangkat kening sebelah. Tiri?

"Wait, tiri? Who told you?"

"Adrian lah."

"Tch. I abang kandung dia. Ayden dengan Ayreena adik beradik tiri dia," terang lelaki itu. Membetulkan kesalahfahaman Kyra.

"Awak jangan nak tipu saya. Nama awak mula huruf H. Bukan huruf A!" marah Kyra. Dah tengah stres ni, ada pulak manusia yang tambah stres kan minda.

"I'm not lying. You sendiri yang bodoh, jangan nak salahkan I pulak. Cuba fikir. Ayden dengan Ayreena mula dengan Ay, tapi Adrian tak mula dengan Ay. Kenapa?"

"Mungkin mak bapak dia tak plan nak samakan nama Adrian Ay jugak. Mereka cuma plan nak bagi A je. Hah. Yang awak tu lagi sesat. Tiba tiba H. Lepastu mengaku abang kandung Adrian. At least Adrian mula dengan huruf A dan D. Sama macam Ayden dengan Ayreena!" Kyra tetap dengan pendiriannya. Degil ibu mengandung ni lain macam sikit. Fakta pun dia tak boleh terima.

"Kyra Qairina. You're not there masa mak bapak I nak bagi nama dekat anak-anak dia. So don't act like you know everything happened in my family. Understand?" Kyra terdiam. Betul juga. Bagaimanapun, Harriz masih bersangkut paut dengan keluarga Adrian. Dia yang tidak berkaitan ni pula yang nak melebih. Rasa malu mula menggunung.

"By the way, alang-alang I kat sini. I'm gonna tell you the truth about Adrian." Pantas kepala Kyra terangkat melihat wajah lelaki di hadapannya itu. Dahinya berkerut. Truth? Kebenaran apa pulak ni?

"Sebenarnya, Adrian tu..."

BANG!

Adrian's Babygirl ©️Where stories live. Discover now