" You're my favourite teddybear, babygirl. "
Kyra tersentak dengan bunyi tembakan secara tiba-tiba itu. Arahan Harriz untuk menunduk dia patuhi dengan segera. Tidak memikirkan apapun, dia hanya berharap dirinya dan bayi yang dikandungnya ini selamat. Keadaan kafe itu sedikit kucar-kacir selepas peluru dilepaskan sebentar tadi. Semua pelanggan segera keluar dari kafe untuk melihat kejadian di hadapan kafe tersebut.
Kyra kekal bersembunyi di sebalik kaunter. Takut diapa-apakan. Dia tidak mempunyai keberanian untuk pergi melihat apa yang sedang berlaku. Kejadian silam menggamit memorinya. Dia benci dengan bunyi tembakan. Bunyi yang mampu meragut nyawa seorang manusia.
Setelah beberapa minit berlalu, Kyra memberanikan diri untuk bangun. Keadaan kafe kembali seperti sediakala. Seperti tiada apa yang berlaku. Namun, Harriz Ayreez telah hilang dari radar! Ke manakah dia? Kyra cuba mencari Harriz di segenap pelosok kafe itu namun bayang lelaki itu sudah tiada.
"Kyra." Pantas Kyra menoleh mendengar suara yang menyeru namanya. Kak Iqa.
"Kyra cari apa kat sini?" soal Kak Iqa. Pelik juga dia melihat Kyra yang sepatutnya berada di kaunter, sedang berada di belakang kafe, tempat mereka mengumpul sisa-sisa makanan.
"Kak, akak nampak tak lelaki yang nak order tadi?"
Kak Iqa mengerut kening.
"Lelaki mana pula ni, Kyra?"
"Yang tengah cakap dengan Kyra tadi tu. Dekat depan tu," jelas Kyra. Namun hampa setelah Kak Iqa menjawab dengan gelengan. Kyra mengeluh. Apa rahsia Adrian yang ingin Harriz beritahu padanya tadi? Siapa yang melepaskan tembakan sebentar tadi? Ah, pening!
"Kyra okay?"
"Okay kak. Kyra nak sambung kerja," pamit Kyra. Dia menuju ke arah kaunter semula. Pelik. Semua yang terjadi sebentar tadi bagaikan mimpinya sahaja. Harriz tidak datang ke sini kah?
"Fuh, nasib! Kau memang gila, Ayden!" marah Harriz. Geram dia apabila Ayden mengganggu masanya dengan Kyra tadi. Ya, Ayden yang melepaskan tembakan. Dia tidak tahu bagaimana caranya untuk menghalang Harriz dari memberitahu Kyra sesuatu yang tidak patut gadis itu ketahui selain berbuat begitu. Meskipun dia tahu sangat bahaya untuk dia melakukan perkara sebegitu di tempat terbuka.
Pulau Pinang Pulau Mutiara. Destinasi yang menjadi tempat persembunyian Kyra Qairina. Hampir empat bulan dia mencari keberadaan Kyra, kini Kyra sudah dapat dikesan. Hampir berputus asa juga untuk mencari gadis itu.
"Diamlah. Kau jangan cuba nak cakap apa-apa dekat Kyra pasal Adrian. Kalau kau buat jugak, kau tahu lah nasib kau nanti," ugut Ayden.
Harriz tergelak.
"Kau ugut aku? Kau lupa ke? Aku anak pertama yang bapak kau buat. So, tak reti hormat abang sendiri? Kau ingat kau siapa nak ugut aku, Ay?"
"Kau bukan abang aku dan aku takkan pernah mengaku kau abang aku. Faham?" sambung Ayden. Dia benci betul dengan Harriz yang gila kuasa itu. Mentang-mentang sulung.
"Satu lagi. Kau pun tahu padahnya kalau kau cuba buat sesuatu yang effect kat Adrian. Either your life will be taken or you will live without arms or legs. Jangan. Cabar. Adrian," ugut Ayden lagi. Kali ini nadanya sedikit keras membuktikan dia benar-benar serius dengan apa yang diutarakannya sebentar tadi.
"Baiklah, Encik Ayden. Boleh benarkan saya pergi sekarang?" Harriz memerli dengan senyuman sinis. Ayden merenung tepat ke dalam anak mata Harriz yang berwarna Hazel itu. Dia benci melihat sepasang mata Hazel itu. Sama seperti kelopak mata milik satu-satunya wanita yang sangat dibenci oleh Ayden.
YOU ARE READING
Adrian's Babygirl ©️
RomanceI am his doll, and he was my darkest fairytale. Realiti lebih menyakitkan. Dan perkara itu terbukti apabila Kyra Qairina dipaksa untuk hidup sebagai seorang pelacur. Pertemuannya dengan Ayden seperti menberi peluang untuk dia keluar dari tempat itu...