cousin

1.1K 39 0
                                    

" You're my favourite teddybear, babygirl. "

Ayden memberhentikan keretanya di hadapan sebuah banglo. Kyra terpegun melihat kemewahan bangunan tersebut. Kalau tengok, memang tak nampak macam rumah. Tapi macam company! Tinggi gila mat!

"Ni ke?" soal Kyra. Ayden mengangguk seraya mendekati Kyra lalu menarik tangannya menuju ke dalam rumah itu. Langkahnya terhenti apabila dia ditahan oleh seorang pengawal yang mungkin ditugaskan untuk menjaga banglo tersebut.

"Encik ni siapa?" soalnya.

"Saya Ayden. Dan ini Kyra. Kami nak berjumpa dengan-"

"Tengku tiada. Encik dan Cik sila balik," potong pengawal itu. Heh, baruanya. Bukan nak dengar penjelasan orang dulu.

"Saya Tengku Ayden Darrien. Ini pula Tengku Nur Kyra Qairina, anak kandung kepada Tengku Amsyar dan Tengku Julia," terang Ayden. Masa ni baru kena guna kuasa dan pangkat. Sekaligus nak flex pangkat yang kita ada. Kalau dia tak bagi masuk juga, memang aku potong kepala dia buat kari.

"Tengku Kyra? Ya Allah, tengku! Betul ke ni Tengku Kyra? Anak Tengku Amsyar dengan Tengku Julia?"

"Kau nak aku bagi ic dia baru nak percaya ke?" Ayden bercakap dengan niat bergurau. Tak mungkinlah dia nak bagi ic sebab dalam ic Kyra tertera 'Kyra Qairina binti Anuar' bukannya 'Tengku Nur Kyra Qairina Tengku Amsyar'.

Namun, dia percaya bahawa pengawal itu akan mempercayainya. Kerana, tiada siapa yang tahu nama sebenar Kyra Qairina melainkan Anuar, Tengku Amsyar, pengawal itu dan Hajah Liah, bekas orang gaji di istana cinta Tengku Amsyar dan Tengku Julia itu.

"Boleh kami masuk tak?" soal Kyra lembut. Dia memang tiada niat nak berkasar dengan sesiapa. Lagi-lagi dalam keadaan dirinya yang bakal menjadi ibu kepada seorang bayi. Maka, dia ingin menjaga akhlak dan tutur bahasanya supaya anaknya dapat mengikuti sifatnya itu.

Kyra dan Ayden memasuki banglo itu setelah diizinkan oleh pengawal tersebut. Kyra terkejut saat melihat keindahan rumah itu dari dalam. Dari luar tadi pun sudah cantik, inikan pula di dalam. Rumah yang berkonsepkan landskap inggeris itu menggamit hati Kyra. Dia perasan akan sesuatu yang sering kali dia jumpa sewaktu berpusing di dalam rumah itu, memerhati setiap sudut dan perabot.

"Mama mesti suka bunga," desis Kyra. Dia dapat melihat rumah yang dihiasi dengan bunga di sekitar rumah itu.

"Baru sekarang nak cari?" Kyra berpaling mencari suara yang didengarinya itu. Namun dia berasa pelik kerana tiada sesiapa di sana selain dia dan Ayden. Ayden yang cakap? Tak mungkin! Ayden awal-awal lagi dah larikan diri pergi kat sudut pameran yang mempamerkan anugerah-anugerah yang telah diterima oleh Tengku Amsyar dan Tengku Julia.

'Firasat aku je kot,' Kyra positif.

"Baru nak ingat kau ada mak bapak ke?" soal suara itu lagi. Kyra tidak dapat menafikan lagi. Sekarang memang dia tidak berkhayal. Suara itu memang benar!

Namun, di mana?

Apabila terasa beberapa titisan air seperti hujan di atas kepala, barulah Kyra mendongak ke atas. Dia memandang seorang lelaki berwajah kacak yang sedang meminum cappucino ice yang baru diambilnya dari peti ais. Patutlah air menitik.

"Who are you?" soal Kyra. Tidak pernah pula dia melihat lelaki ini.

Lelaki itu menuruni tangga dengan cermat menuju ke arah Kyra. Ayden mendekati mereka.

"Kau siapa?" soal Ayden, agak kasar. Biasalah lelaki.

"Kau tak kenal aku, Ay?" soal lelaki itu. Ayden mengerut kening. macam mana lelaki ni tahu nama dia? ada nametag ke kat baju?

"Tak, kau siapa?" soal Ayden. pelik.

"Cis. Cuba ingat balik, refresh, refresh." Ayden memerah otak. Cuba mengingati lelaki itu. Namun usahanya gagal membuahkan hasil. Otaknya tidak dapat memproses.

"Tak ingat."

"Serious tak ingat?" Lelaki itu menyoal lagi. Kyra yang mendengar perbualan mereka sudah mencebik geram. Stress.

"Eh jap. Kau-" Ayden menunjuk ke arah lelaki itu. Tepat ke arah jantungnya.

"Ya aku lah tu."

"Siapa, Ayden?" tanya Kyra.

"Tengku Nik Arkhan. Sepupu kau." Kyra memandang Ayden tidak percaya. Sepupu? Tak. Dia mana ada ahli keluarga lain selain ibu dan bapanya. Ayden menipu!

flashback*

"Lepastu, Kyra tak ada adik beradik lain ke?"

"Hmm. Kyra ada makcik. Makcik tu umur baru 30 lebih, muda lagi. Cantik orangnya. Entah apa kurangnya dia, kena tinggal dengan laki dia masa tengah mengandung. Lepastu dia lahirkan anak dia sorang sorang," jelas Anuar. Dia menghela nafas perlahan apabila teringat akan nasib wanita muda itu. Kasihan.

"Makcik dia tak boleh jaga dia ke?" soal Ayden ingin tahu. Betul juga. Kenapa bukan makcik dia je yang jaga dia?

"Ha itulah ceritanya. Makcik dia tu dengan keluarga Kyra ni tak ngam! Tengku Amsyar takut masa depan anak dia hancur pulak kalau dia bagi Kyra dekat perempuan tu. Mana lah tahu, dia berdendam dengan Tengku Amsyar dengan Tengku Julia ke.." Anuar bercerita. Ayden masih tekun mendengar kisah hidup seorang Tengku Nur Kyra Qairina.

Gadis berpangkat tinggi yang perlu hidup dalam golongan rakyat yang tidak berduit, kemudian dijual kepada tauke kelab malam, seterusnya, dirogol oleh lelaki yang tidak sampai beberapa kali pun dijumpainya, malah diangkut menjadi isteri, akhir sekali ditinggalkan dalam keadaan sedang mengandungkan anak lelaki itu. Ya Tuhan, sungguh berat ujian yang Kyra hadapi.

"Apa nama makcik tu? Dengan anak dia?"

"Makcik dia Tengku Amirah, adik Tengku Amsyar. Anak Tengku Amirah pulak, Tengku Nik Arkhan."

end flashback*

"Macam mana dia kenal awak?"

"Aku datang rumah ni semalam, ternampak dia. Tapi aku tak tegur sebab aku tengah fokus dengan barang barang dalam rumah kau. Masa tu baru aku nampak gambar Tengku Nik Arkhan ni dalam family photo yang di-edit. Gambar tu kelihatan baru jugak, mungkin beberapa tahun lepas. Kalau kau nak tahu, dalam family photo tu ada kau, mama kau dan ayah kau serta mak dia jugak tau. Nampak sangat di-edit," jelas Ayden.

"Beberapa tahun lepas? Kejap. Ni rumah siapa sebenarnya?"

"Rumah mak bapak kau lah." Kyra pelik. Tetapi sesaat sahaja sebelum dia membeliakkan mata seperti baru teringat sesuatu.

"Maknanya, mak ayah saya masih hidup? Kalau bukan mereka yang edit gambar tu, siapa lagi?" Kyra tersenyum bahagia. Akhirnya dia berpeluang juga untuk melihat ibu dan ayah kandungnya. Tengku Nik Arkhan menghampiri sepupunya itu.

"Kyra, mama dengan papa you memang hidup lagi. Cuma kat mana diorang je yang kita tak tahu." Kyra mengeluh setelah mendengar kata-kata Tengku Nik Arkhan.

"Ayden, saya nak jumpa mak ayah saya. Tolonglah." Pelbagai fikiran negatif wujud di mindanya. Adakah dia sempat berjumpa dengan mereka berdua sebelum ajal mereka menjemput?

Tengku Nik Arkhan menarik Kyra ke dalam pelukan. Simpati dirasakan ketika melihat gadis yang sedang mengandung itu teresak-esak menangis.

"Kau ni, bukan nak pujuk bini sendiri," ujar Tengku Nik Arkhan. Amboi, bang. Dah tau bini orang, yang peluk tadi tu tak apa pulak?

"Bila masa dia bini aku?"

"Lah, pastu bini siapa pulak kau bawa ni? Kau jangan nanti aku yang kena potong dengan laki dia. Ke, dia-"

"Laki saya outstation seminggu. Dia tak boleh nak teman saya. Jadi dia suruh adik dia temankan," tipu Kyra. Baik tipu sebelum lelaki tu buat tanggapan bukan-bukan. Ayden faham akan mata Kyra yang tidak sanggup menipu. Cara dia melihat Tengku Nik Arkhan seolah-olah ingin meluahkan segala perbuatan Adrian terhadapnya.

"Abang budak ni laki you Kyra?" soal Tengku Nik Arkhan tidak percaya.

"Ya, kenapa awak kenal ke?" soal Kyra.

"Tengku Adrian? Laki model famous tu kan? Amelia Aryana," ujar Tengku Nik Arkhan. Shit. Dia tahu pulak. Naya.

Adrian's Babygirl ©️Where stories live. Discover now