epilog

2.3K 63 1
                                    

"You're my favourite teddybear, babygirl."

April

"Adrian, termenung apa?" Adrian tersentak tatkala bahunya dipegang seseorang. Ustaz Nazri selaku Amer. Adrian menggeleng sebelum menghadiahkan sebaris senyuman kepada Ustaz itu.

"Jom makan, Ad." Adrian mengangguk seraya mengikuti langkah Ustaz Nazri menuju ke arah suatu bilik yang disediakan di dalam masjid tersebut. Mereka mendekati dua kumpulan lelaki yang sedang duduk membentuk bulatan di atas lantai. Adrian memasuki salah satu bulatan itu dan duduk di sebelah mereka.

Mereka mula menjamu selera dengan makanan yang terhidang di dalam talam itu. Satu talam, share 5 orang.

"Adrian okey?" soal Ustaz Nazri tiba-tiba.

"Hah, kau okey tak Adrian? Masa solat subuh tadi aku dah perasan muka kau lain macam. Lagi-lagi masa Halqah Tajwid pagi tadi, perlahan je suara dia baca surah. Macam tak bersemangat," tegur Farhan. Dia memang sudah perasan dengan wajah Adrian yang seperti tidak bermaya itu.

"Adrian ada masalah ke? Kalau ada masalah, share lah dengan kami. Kita keluar jemaah ni, dah jadi macam satu keluarga. Empat puluh hari kita tinggal di masjid ni, untuk kita berdakwah kepada orang. Takkan kamu nak dakwah orang dengan muka macam cekodok ni?" sambung Ustaz Nazri.

Adrian hanya menggeleng lalu menghadiahkan senyuman manis kepada Ustaz Nazri dan Farhan.

"Hm baiklah kalau Adrian tak mahu cerita dengan kami. Tapi sebaiknya, ceritalah dengan Allah. InsyaAllah, ada feedback yang baik," nasihat Ustaz Nazri.

"Ya, baik Ustaz." Adrian mengangguk lalu sambung menikmati juadah yang disediakan. MasyaAllah, makanan dah sedap. Bila makan beramai-ramai macam ni, tambah sedap.

Setelah menjamu selera, kini masanya untuk mereka semua berehat. Adrian mengambil iPhone miliknya lalu dia membaringkan tubuh di atas karpet masjid itu. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, Farhan datang menegurnya.

"Ad, kau betul ke okay ni? Aku tak boleh percaya lah. Muka kau nampak lain sangat tau. Kalau kau malu nak cerita dengan Ustaz Nazri, cerita lah dengan aku. Aku kan kawan kau?" kata Farhan cuba memujuk. Adrian menatap wajah lelaki yang baru lima hari dia kenali itu.

"Aku bukan apa, Paan. Aku teringat dekat bekas isteri aku." Adrian mengubah kedudukannya dari baring lalu duduk menghadap Farhan yang sedang berdiri.

"Lah, kau pernah kahwin ke? Kira duda lah ni? Tak bagitahu pun!" Farhan mengambil tempat di sebelah Adrian. Dia sudah bersemangat mahu mendengar cerita kehidupan Adrian itu.

"Ya, pernah. Hm, macam mana nak cakap eh. Aku bukan nak buka aib sendiri, tapi sejujurnya. Dulu aku bukan orang baik. Aku tak jaga solat. Hidup aku dah macam kafir. Bunuh orang tu dah jadi hobi aku. Tapi lepas aku jumpa dia, aku kurangkan bunuh orang. Aku lebihkan masa dengan dia. Tapi atas faktor dendam, aku cerai dengan dia. Tapi serious, niat aku memang nak kahwin semula dengan dia. Aku nak settle kan dendam aku tapi aku tak boleh sebab aku sayangkan dia. Sejujurnya, lepas semua yang terjadi aku dah rasa nak berubah. Tapi, hm-"

"Aku faham, Ad. Tak apa, tak payah teruskan." Farhan memeluk tubuh Adrian yang sudah teresak-esak menghamburkan tangisan.

"Kau nak dia balik? Kenapa tak cari?"

"Aku tak boleh, Paan. Last aku jumpa dia empat tahun lepas. Aku rindu dia, paan. Dia first love aku," rintih Adrian. Dia teringat segala perbuatannya terhadap Kyra.

Dia mahukan gadis itu walaupun dia terpaksa melepaskannya kerana dia mahu Kyra bebas darinya.

"Patutlah haritu aku nampak gambar kau dengan perempuan dalam telefon kau. Tapi aku tak tahu pula tu isteri kau. Aku expect girlfriend. Macam ni lah, kau cuba cari dulu, Ad. Mana lah tahu ada sinar dalam kisah cinta kau ni. Mana lah tahu jodoh korang kuat," nasihat Farhan.

Adrian's Babygirl ©️Where stories live. Discover now