" You're my favourite teddybear, babygirl. "
"Kau marah aku?" Kyra tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri sambil membasuh pinggan mangkuk. Adrian memeluk pinggang Kyra dari belakang.
"Marah lah dulu, nanti bila dah sejuk roger." Adrian berlalu pergi dengan muka tak bersalahnya. Kyra tersentak. Sungguh dia tidak menyangka Adrian akan melakukan seperti itu. Ingatkan nak pujuk ke apa.
"Adrian, boleh tak kalau kita tak payah kahwin?"
Adrian mengerut kening seakan menahan perasaan marah.
"Asal?"
"Saya muda lagi lah, Adrian. Kalau awak tu tak apa lah umur dah 24. Saya ni?"
"Kau umur berapa?" soal Adrian ingin tahu. Sejak pertama kali gadis itu tinggal dengannya, tak pernah interview.
"19, hm."
Mata Adrian membulat. 19? Bapak muda. Budak kau angkut ni, Adrian.
"Oh." Adrian menunjukkan reaksi beku. Cuma meng'oh' kan sahaja. Yalah, benda dah jadi. Enjoy je lah.
"Kau nak batalkan perkahwinan ni hanya atas faktor umur?"
"Bukan tu saja. Banyak lagi sebab yang menghalang kita untuk kahwin."
"Sebab apa? Bagitahu aku." Kyra mengeluh. Bagaimana dia mahu memberitahu Adrian perkara itu?
"Saya..." Kyra masih teragak-agak. Adrian marah tak kalau aku cakap ni?
"Kau dah pernah main dengan jantan?"
"Eh, apa awak ni? Saya tak pernah jual diri saya kat lelaki selain awak, okey!" marah Kyra. Senang-senang dia je tuduh orang.
"I like it when you say 'selain awak'. Aku rasa macam aku ni hanya milik kau." Ah, sudah. Melalut apa jantan ni? Sihat tak dia ni?
"Dahlah, saya ada kerja." Kyra sambung mengemas dapur.
Adrian tidak membalas lalu pergi dengan muka bekunya. Susah betul nak faham mood seekor Adrian Damien. Kadang badmood, kadang elok. Setiap hari period. Hahaha.
***
"Ray, jom keluar nak? Saya nak beli barang basah sikit," ajak Kyra."Senora nak pergi mana?"
"Mall dekat-dekat sini pun okey jugak. Awak boleh bawak saya keluar tak?"
"Kejap, Ray tanya Tengku dulu. "
"Tak apa biar saya minta izin Adrian," ujar Kyra sebelum mencapai telefon bimbit miliknya.
abe Ad encem
K : Awak, saya nak keluar pergi mall dengan Ray kejap, boleh?
Tak sampai beberapa minit, Adrian sudah membalas. Laju betul. Nampak sangat tunggu Kyra chat.
A : Balik sebelum maghrib, or instead you will regret it.
Kyra mencebik. Yalah macam lah aku nak tidur dekat mall tu. Nak pergi beli barang je pun. Lagi satu, ingatkan nak suruh take care i love you ke apa. Ni bagi amaran adalah. Benci lah macam ni.
"Saya pergi bersiap dulu," Kyra meminta diri. Ray hanya mengangguk sebelum dia menuju ke kereta di luar rumah.
Boss
A : Jaga Kyra baik-baik. Apa-apa jadi dekat dia, aku bunuh kau. Make sure bawa dia balik sebelum maghrib. Jangan bagi dia bercakap dengan stranger even orang yang dia kenal. Musuh aku ada dekat semua tempat and aku tahu diorang mesti target Kyra. Ikut dia masuk setiap kedai. Tak payah makan dekat kedai, maid dekat rumah dah masak. Kalau aku sempat, aku jenguk dia dekat mall nanti. Cau.
YOU ARE READING
Adrian's Babygirl ©️
RomanceI am his doll, and he was my darkest fairytale. Realiti lebih menyakitkan. Dan perkara itu terbukti apabila Kyra Qairina dipaksa untuk hidup sebagai seorang pelacur. Pertemuannya dengan Ayden seperti menberi peluang untuk dia keluar dari tempat itu...