Kyra Qairina.

1.3K 43 0
                                    

" You're my favourite teddybear, babygirl. "

"How can you be so pretty, Kyra Qairina? Urgh!" Ayden merungut sambil matanya fokus pada gambar Kyra yang dijadikan wallpaper telefonnya. Cantik. Tipu jika dia menafikan rasa cinta dan sayangnya terhadap Kyra. Namun, mengenangkan si kakak ipar yang masih mencintai Adrian, sepertinya dia tidak mempunyai peluang untuk memiliki gadis itu.

Dia sudah jatuh cinta terhadap Kyra sejak Adrian belum berkahwin dengan Kyra. Demi abang yang disayangi, dia korbankan cintanya terhadap Kyra supaya kakak iparnya dapat hidup bahagia dengan Adrian. Namun, penentuan Allah lebih baik.

Ayden mencapai cawan yang berisi kopi panas. Air kopi itu ditiup sedikit sebelum dihirup secara perlahan-lahan. Dia meletakkan cawan itu ke atas meja namun matanya masih menatap gambar Kyra Qairina. Terserlah kecantikan asli gadis itu. Tidak dinafikan, gadis itu sangat sesuai untuk ditakrifkan sebagai 'natural beauty' kerana rupa parasnya yang tidak memerlukan 'make-up' untuk mencantikkan wajahnya.

Wajahnya sudah cukup berseri tanpa apa-apa produk kecantikan. Fun fact, Kyra cakap dia tak suka pakai produk tu semua sebab membazir je beli. Orang zaman dulu mana guna produk-produk ternama macam ni tapi cantik je kulit diorang.

"Sayangnya, you bukan milik I..." Ayden mengeluh. Telefonnya diletakkan di atas meja. Tangannya menongkat dagu.

"Apa aku nak buat sekarang ni?"

Baru sahaja telefon diletak. Panggilan telefon dari abangnya menganggu. Hatinya terdetik untuk menjawab panggilan dari abangnya yang tidak pernah dia akui. Ya, Harriz Ayreez. Macam mana lelaki itu dapat nombor telefon dia? Malas nak dipersoalkan.

"Hello," Ayden memulakan bicara.

"Aku nak bagitahu kau something. You should know about this."

"Maaf tapi aku tak berminat nak tahu, sekian." Ayden menjauhkan telefon dari telinganya namun sebaris nama yang disebut Harriz menyebabkan telefonnya dirapatkan ke telinga semula.

Ayden menarik nafas sebelum menghela perlahan.

"Datang rumah aku."

"Aku kat luar rumah kau, Ayden." Wtf? Bapak laju jantan ni. Memang tindakan berani mati dia ni sangat-sangat mengundang maut. Dia lupa kot Ayden ada pelbagai jenis senjata yang boleh dia gunakan bila-bila masa saja dia mahukan.

Ayden menuju ke pintu rumahnya untuk membuka pintu.

Dia kembali ke arah sofa dan melabuhkan punggung. Harriz mengikutinya sehingga ke sofa lalu dia juga turut duduk di situ.

"Go ahead."

"Nama sebenar Kyra bukan Kyra Qairina binti Anuar."

"Pastu?"

"Tengku Nur Kyra Qairina Tengku Amsyar. Anak tunggal kepada Tengku Amsyar Tengku Hafiz dan Tengku Julia Tengku Fairuz. Kau kenal Tengku Amsyar? Pemilik syarikat tersohor di Malaysia dan-"

"Stop it. Kau merapu apa ni? Sejak bila pulak Kyra anak Tengku Amsyar? Dia cuma gadis biasa je. Kau jangan nak buat rumours bukan-bukan boleh tak? Aku takkan percaya semua benda bodoh yang kau nak cakap." Ayden memotong. Buat lawak apa pulak jantan ni? Tiba tiba cakap Kyra tu kerabat tengku bagai. Fikir diorang tengah berlakon drama ke?

"Aku ada bukti, Ayden. Boleh dengar dulu tak apa aku nak cakap?" Ayden merengus sebelum memandang ke arah lain.

"Ehem. So basically, Kyra ni kerabat tengku yang dah dipisahkan semasa umur dia beberapa bulan. Mungkin juga masa baru lahir. Punca utama tak dapat aku cari tapi aku dapat tahu sesuatu tentang dia. Anuar dan Hasnah yang kebetulan ada dekat tempat yang sama Tengku Amsyar ada dengan Tengku Julia, telah ambil Kyra dari tangan diorang dan jaga sehingga Kyra kahwin dengan Adrian."

Adrian's Babygirl ©️Where stories live. Discover now