never come back

1.6K 54 0
                                    

" You're my favourite teddybear, babygirl. "

Kyra menoleh ke arah kanan. Seorang lelaki yang sedang fokus bermain telefon di dalam kereta itu menarik perhatiannya. Dia dapat mengenalpasti gerangan yang memakai kaca mata itu. Tapi belum sempat dia ingin menegur, lampu isyarat telah menunjukkan warna hijau. Dia mengekori lelaki itu hingga ke perkarangan sebuah banglo besar yang berwarna putih dan hitam.

"Ray, please tengok saya. Please," ujar Kyra walaupun dia sendiri tahu Ray tidak akan mendengar kata-katanya. Dia hanya mampu melihat perbuatan Ray dari dalam keretanya. Kereta milik Kyra pun dia parkirkan agak jauh dari banglo tersebut.

Yang pelik, Ray tidak keluar dari kereta itu. Muncul seorang lelaki menuju ke arah kereta yang Ray pandu lalu memasuki kereta itu. Harriz?

Itu tidak mengejutkannya. Yang lagi mengejutkan dia ialah seorang wanita yang agak berusia namun masih terlihat muda. Siapa pula tu?

Kyra sambung mengekori kereta itu sehingga mereka tiba di sebuah cafe yang agak ramai. Sedaya-upaya dia mengejar langkah mereka supaya tidak terlepas. Kyra mengambil tempat di sebuah meja yang tidak terlalu jauh dari meja yang diduduki oleh Harriz, Ray dan wanita itu.

"Macam mana? Jumpa?" soal wanita itu kepada Harriz. Harriz hanya menggeleng seraya meraup wajahnya.

"Harriz rasa Adrian dah jumpa diorang awal dari kita," ujar Harriz. Wanita itu mengeluh perlahan.

"Mama nak minta maaf dekat Tengku Amsyar dan Tengku Julia. Banyak sangat salah mama dekat diorang berdua," ujar wanita itu. Harriz mengusap belakang tubuh wanita itu. Kyra tekun melihat. Mentafsir perbualan mereka berdua. Kiranya, wanita tu kenal dengan mak ayah dia?

"Ma, stop okay? Bukan salah mama. Semua ni salah papa. Kalau bukan sebab papa dengki dengan Tengku Amsyar, mesti benda ni semua tak akan jadi. Mesti angan-angan mama untuk satukan Adrian dan anak Tengku Amsyar tu berhasil...Harriz, tolong mama cari diorang..." Wanita itu menyambung. Riak wajahnya jelas mempamerkan kesedihan yang dirasai.

Kyra terkejut. Perempuan ni, mak Adrian?

"Puan Sri Adella, Ray dapat info bahawa Tengku simpan Tengku Amsyar dan Tengku Julia di suatu tempat yang tak jauh dari banglo milik Tengku. Mungkin kerana ia dapat memudahkan Tengku untuk kerap berjumpa dengan mereka," ujar Ray profesional. Haish, untung betul siapa dapat Ray. Dahlah hensem, educated.

Wanita yang digelar Puan Sri Adella itu mempamerkan riak terkejut. Dia memandang wajah Harriz seolah-olah memberikan isyarat. Harriz hanya mengangguk lalu memberikan isyarat supaya Ray menjaga Puan Sri Adella sebelum dia bergerak keluar dari cafe itu.

Setelah Harriz pergi, Kyra turut bangun dan ingin keluar dari cafe itu tetapi langkahnya terhenti tatkala dia mendengar namanya diseru. Oh my god! Ray nampak dia?

"Ya?" soalnya.

"Señora! Lamanya tak jumpa, sinilah!" panggil Ray. Kyra teragak-agak ingin mendekati mereka. Lebih-lebih lagi apabila dirinya direnung dengan tajam oleh Puan Sri Adella seolah-olah menyimpan dendam terhadapnya. Setelah dia mendekati mereka, dia melabuhkan punggung di sisi Puan Sri Adella setelah mendapat keizinan darinya.

"Ray tahu señora dah dengar semuanya." Alamak. Malu lah pulak. Kyra cuba beriak selamba, cover malu.

"Ma-mana ada."

"Eleh, nafikan pulak. Señora, tahu tak ni siapa?" soal Ray, jari telunjuknya dihala kepada Puan Sri Adella yang hanya diam sejak tadi.

"Err, maaf tapi saya tak kenal. Puan siapa?" soal Kyra teragak-agak.

"Puan Sri Adella. Ibu kandung Tengku."

"Wait, perempuan ni kenal Adrian?" soal Puan Sri Adella tiba-tiba bersuara setelah hanya diam dari tadi.

Adrian's Babygirl ©️Where stories live. Discover now