"You're my favourite teddybear, babygirl."
Sudah dua minggu berlalu. Kini hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Mungkin orang lain menunggu. Tapi tidak Kyra. Sangkaannya, Adrian cuma melamarnya dan pertunangan mereka telah selesai. Tetapi tidak kerana Hanisah mahu mengadakan majlis. Nak buat macam mana, dah bakal mak mertua. Turutkan saja.
Dia masih terkejut dengan pertunangan yang tiba-tiba ini. Belum campur lagi dengan tarikh perkahwinan mereka yang merupakan tarikh lahirnya.
Dia keliru mahu berasa sedih atau bahagia pada hari tersebut. Semasa majlis pertunangannya pun, dia cuma mendiamkan diri sahaja walaupun banyak soalan yang disoal oleh tetamu-tetamu yang hadir.
Semua soalan dijawab oleh Adrian dan Hanisah. Paling banyak dijawab oleh Hanisah pastinya kerana Adrian tidak suka melayan makcik bawang. Takut jadi pakcik tomato.
Cuma Kyra bersuara apabila suatu soalan dilontarkan oleh salah seorang wanita yang merupakan jiran Hanisah.
"Kamu tak malu ke Adrian, pilih perempuan miskin macam dia ni?" sindir wanita berumur 40-an itu. Kyra mengetap bibir. Haih, makcik ni. Tak padan dengan tua. Mulut macam si-
"Kenapa nak malu? Ad kahwin dengan manusia jugak bukan dengan anjing." Hah, ambik kau. Gedik sangat kan judge orang miskin.
"Satu lagi, mana makcik tahu Kyra miskin? Makcik ada dekat tepi dia ke masa dia lahir dulu? Makcik tinggal serumah dengan dia ke? Makcik nampak dia mengemis tepi jalan ke?" Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan kepada wanita itu. Terdiam terus dia. Tula, tadi berani sangat.
Kyra hanya mendiamkan diri. Tak berdaya nak melawan sebab dia sedar diri dia tiada kuasa. Yalah, apa yang dikatakan makcik itu pun ada betulnya juga. Dia miskin dan menumpang dalam rumah Adrian. Pasti Ad malu. Walaupun Adrian menafikannya di bibir, tapi siapa tahu dalam hatinya bagaimana?
"Baby lapar tak?" soal Adrian tiba-tiba. Kyra menggeleng walaupun dia sememangnya sudah terliur dengan makanan di atas meja. Adrian hanya menganggukkan kepala sejurus menarik tangan gadis itu ke arah meja makan.
Kyra tersentak. Perlu ke tanya lapar ke tak kalau nak paksa makan? Stres aku jantan ni.
"Makan. Kau ada gastrik." Speechless. Mana Adrian tahu?! Dia ni ahli nujum rasanya. Kyra hanya menerima suapan Adrian ke mulutnya. Nasib disuap pakai sudu. Dahlah Kyra makan rakus. Satgi patah tangan Adrian kena gigit.
"Nak air apa?"
"Mana-mana pun okey je." Mana-mana. Okay itu satu bahaya untuk para lelaki kerana mana-mana bermaksud dia mahukan sesuatu tetapi dia tidak mahu meluahkannya. Jadi, kita haruslah bijak.
Antara jus oren dan jus epal yang berada di situ, air mineral yang disediakan menjadi pilihan Adrian. Tak usah ditanya, memang air tersebut akan menjadi pilihan Kyra.
Kyra ingin mencapai botol air yang dihulurkan Adrian tetapi dihalang oleh lelaki itu. Adrian mengambil tempat di sebelah Kyra sebelum menuang air ke dalam mulut kekasihnya itu.
Adrian sambung menyuap Kyra sehingga dirinya puas. Bukan Kyra puas, dia yang puas.
"Jom."
"Pergi mana?" soal Kyra apabila lengannya ditarik dengan tiba-tiba. Tanda Adrian menyuruhnya untuk berdiri.
"Balik lah. Nak buat apa lagi kat sini?"
"Apa awak ni? Ni majlis kita lah, Ad. Kita kena ada sampai majlis berakhir," tegur Kyra. Ikut senang hati bapak dia je nak blah. Stress.
Adrian mendengus. Dia kembali mengambil tempat di sebelah Kyra. Mukanya dingin. Marah?
"Adrian, awak kenapa?"
YOU ARE READING
Adrian's Babygirl ©️
RomanceI am his doll, and he was my darkest fairytale. Realiti lebih menyakitkan. Dan perkara itu terbukti apabila Kyra Qairina dipaksa untuk hidup sebagai seorang pelacur. Pertemuannya dengan Ayden seperti menberi peluang untuk dia keluar dari tempat itu...