I | 15

714 83 3
                                    

"RIAN! Do you know we missed you so much?"

Chait! Rian ukir senyum 'ye la tu'. Masuk je dalam kelas pagi tu terus disambut dengan welcoming speech daripada DH yang sangatlah touching tu. Ceh! Pandailah je mamat ni. Rindulah sangat kan.

"Kau jangan fikir aku tak tahu maksud di sebalik ucapan kau tu, DH," balas Rian diikuti jelingan tajam. Beg galas diletakkan ke atas meja sebelum dia duduk di tempat duduknya.

DH tergelak. Bergabung dengan ketawa Syuk dan K-oi.

"Kau ni! Aku nak touching sikit, kau tak percaya."

Rian mencebik. Ye sangatlah rindu. Maka cuma rindu sebab tak de lubuk nak copy homework. Macamlah tak kenal sikap dia orang tu.

"So, what's up?" tanya Rian sambil pandang Syuk, DH dan K-oi silih-berganti. Awal pagi lagi jadi tak banyak sangat orang dalam kelas. Apek dan Jun macam biasa tengah bertugas. Akief pula....

Seketika Rian toleh tempat kosong di sebelahnya. Akief tak datang lagi.

"Tak ada apa yang up. Sekolah macam biasa je. Tambah stres lagi sekarang ni sebab semua cikgu tengah berebut nak buat kelas tambahan."

"Tu je ke benda paling up yang terjadi sepanjang aku tak ada? Tak ada yang lagi up?" duga Rian. Sengaja bergurau.

"Kau nak dengar benda paling up masa kau tak de?" Laju K-oi membalas.

"Akief rindu gila kat kau. Sampaikan sepanjang minggu kau tak de dia moody memanjang," beritahu K-oi. Sempat lagi menyiku DH di sebelahnya, minta support.

"Betul. Dia rindu tahap super saiyan dengan kau," tambah DH yang laju je mengerti isyarat dihantar K-oi.

Spontan Rian menjegilkan mata. Dengan riak muka jelas tak percaya.

"Kau ni kalau nak menipu pun agaklah juga kan. Itu benda paling up ke atau kau sengaja nak up kemarahan aku?"

Syuk tergelak dengan reaksi Rian itu. Sebenarnya dah dapat agak respon daripada gadis itu. Rian tu manalah nak percaya kalau dia orang bagitahu benda-benda macam tu. Paling pun mesti dia akan cakap benda tu tak masuk akal.

"Inilah masalah orang perempuan ni. Kalau kita cakap, dia tak nak percaya. Sedangkan kita cakap benda betul," omel K-oi bersendirian. Serupa gaya mak-mak tengah berleter je.

"Betullah sangat kan." Macamlah Rian nak percaya cakap dia.

"Huk aloh, dia ni! Tak percaya pula. Kau tanyalah Akief sendiri karang."

Rian buat muka tak bereaksi. Malas nak layan K-oi yang semacam sengaja nak mengenakan dia itu. Entah kenapa entah. Agaknya sepanjang Rian tak ada ni, adalah kut fius dalam kepala K-oi yang terbakar. Sampaikan awal pagi lagi dah sibuk nak rencana gosip pasal Akief rindu Rian segala.

Kerana tak dilayankan oleh Rian, topik itu tamat di situ je. Rian diam mengeluarkan buku-bukunya dari dalam beg. Sambil mengatur bukunya di atas meja, telinga masih sempat mendengar butir-butir perbualan Syuk, DH dan K-oi yang berkisarkan tentang perlawanan bola sepak malam tadi.

"Rian!"

Tiba-tiba suara itu kedengaran. Membuatkan jantung Rian hampir melompat ke anak tekak.

Apa tak terkejutnya? Tengah Rian syok kemas buku di atas meja sambil fokus dengan perbualan rakan-rakan bertiganya, dengan tak semena-mena suara itu kedengaran. Tanpa apa-apa isyarat pula tu. Gila tak terkejut!

Rian pandang Akief yang baru sampai tu dengan pandangan membunuh.

"Kau agak-agaklah kalau nak seru nama aku pun! Sikit lagi aku kena heart attack tahu tak?" marahnya.

UndefinedWhere stories live. Discover now