I | 18

786 98 15
                                    

RIAN menghela nafas berat memandang buku yang bersusun di hadapannya. Seriuslah otak rasa dah tepu asyik menghadap buku. Inipun tengah pilih nak buat latih tubi untuk subjek apa petang ni.

Tangan baru nak menyentuh buku rujukan setebal dua inci itu apabila tiba-tiba telinganya menangkap deringan telefon bimbit. Dengan dahi berkerut, dia melangkah mendekati katil. Telefon bimbit yang dibiarkan di atas katil itu dicapai lantas menekan punat hijau tanpa melihat nama pemanggil.

"Helo." Malas aje nadanya. Siapa ajelah yang call waktu macam ni pun. Ahad pula tu.

"Rian!" Suara Jun. Nada happening, macam biasa.

Automatik senyuman Rian terukir.

"Ya saya!" Rian balas dengan nada sama.

"Kau kat mana ni?"

"Rumahlah, of course. Mana lagi aku nak pergi." Dalam pada menjawab itu, Rian masih dapat menangkap beberapa suara yang dikenalinya di sekeliling Jun pada ketika itu. Suara Syuk, Apek, DH dan K-oi. Semua ada, kecuali Akief.

Yes, kecuali Akief. Ayat tu macam dah biasa sejak dua menjak ni.

"Kau boleh keluar tak? Kalau boleh, meh la join kita orang lepak."

Mata itu membulat. Sila ditarik di atas katil. Hailah, sahabat-sahabatku. Biar betul dia orang ni.

"Lepak? Korang bukan dah tangguhkan semua kegiatan lepak sampai habis SPM ke?"

Jun kedengarannya menyampaikan sesuatu kepada yang lain membuatkan ketawa mereka kedengaran jelas di telinga Rian.

"Alah... rilekslah. Ni namanya cheat day. Release tension sikit. Karang lepas jawab SPM, gred entah ke mana. Kita pula yang jadi gila belajar karang. Tak ke haru?" Selamba Jun jawab dengan nada cukup meyakinkan. Jun kan memang paling terer bab mempengaruhi orang.

"Haru tak haru, aku memang tak dapat nak join."

"Huk aloh kau ni! Jangan stres sangat belajar boleh tak, cik kak?"

"Bukannya soal stress belajarlah, mangkuk!" Ambik kau! Dah tak pasal naik pangkat jadi mangkuk.

"Hari ni mommy aku ada tetamu nak datang. Itu yang aku kena duduk rumah tu."

"Ohhh." Dan suara Jun sekali lagi hilang seketika. Maknanya dia sedang memberitahu informasi itu kepada rakan-rakan yang lain.

"Tak apalah kalau macam tu. Selamat melayan tetamulah, ya?"

Rian gelak dengan ucapan Jun. Selamat melayan tetamulah sangat. "Ye, ye. Selamat, selamat."

Gelak. Jun kalau dah gelak, lawak sekecil hama pun dia gelak nak pecah perut.

"Enjoy your time with the guest."

Rian mencebik. Tak tahu juga siapa tetamu mommy. Tapi dah mommy suruh duduk rumah, kita ikut perintah ajelah.

"You too. Enjoy your times, boys."

"Berlima ajelah jawabnya." Sempat lagi Jun merungut. Masih sempat didengari Rian.

"Siapa lagi takdak?" Sengaja Rian menduga.

"The very the one, our-missing-casanova," ujar Jun pantas. "Dah ajak dah tapi dia pun cakap dia dah ada plan lain hari ni."

"Plan dengan Shasha la tu. Apa lagi." Dengar suara K-oi menyampuk.

Rian mengukir senyuman. Nak juga menyampuklah budak seorang tu.

UndefinedWhere stories live. Discover now