II | 23

766 103 6
                                    

"OR may be not." Jawapan itu diberi tak sampai setengah saat selepas soalan diajukan. Membuatkan Eugene terus tergelak kuat.

"Eugene, it's raining. You're not that desperate to scouted me there and force me to be outside in this cold weather, don't you?"

Seorang gadis muncul di muka pintu usai soalan diajukan. Serabai dengan seluar tidur bercorak Doraemon dan baju T-shirt besar bertulis I Love Myself. Messy bun-nya tengah tunggu masa je nak terburai dengan sebatang pen yang disematkan di tengah gumpalan rambut yang turut sama serabai macam pakaian di tubuhnya. Kakinya pula tersarung selipar bulu berkepala Doraemon. Dan akhir sekali, sebatang lagi pen yang diselitkan di belakang telinga.

"Oh my God." Gadis itu menekup mulut sendiri melihat reaksi Eugene yang sedang tersengih-sengih itu. "You really are that desperate?"

"Ariana." Eugene merengek. "Just this once, please?"

Rian mengecilkan mata.

"Don't you know that I hate going out on my day off? And not to mention, on this rainy day where the road would be wet and dirty and messy and—"

"I'll drive you there. And I'll prepare an umbrella, or raincoat or whatever to make sure not even a raindrop can hurt you," ujar Eugene. Penuh yakin. Bakul kertas yang dibawanya ditunjukkan kepada Rian.

"And... coffee," tambah Eugene lagi. "Unlimited supply of coffee for this entire week. Whatever, whenever you want it."

Rian menghela nafas lalu tergelak kecil. Kepalanya tergeleng perlahan. Unbelieveable betullah minah saleh seorang ni.

"That's bribery. Which one of your seniors that have taught you to use this trick on me?" Rian acah serius.

Eugene hanya tersengih. Terkelip-kelip matanya memandang pintu bilik itu apabila Rian kembali menghilang semula di sebalik pintu bilik tidurnya yang separa terbuka.

"Is that a yes?" Dia meminta kepastian.

Tiga saat, Rian muncul semula dengan tuala tersidai di bahu.

"Promise me it will be done in two hours."

Eugene laju mengangguk dengan senyuman lebar terukir di bibir.

Rian membetulkan letak tudung di atas kepala. Seketika dia menghembus nafas lega apabila discussion itu tamat juga dalam tempoh kurang dari dua jam seperti yang dirancangkan. Lepas ni, nak balik rumah dan sambung tidur. Serius itu priority utama ketika ini.

Dia mengeluarkan tangan daripada poket jaket lantas mencapai gelas kertas berisi coklat yang dah suam-suam kuku di atas meja. Bolehlah lagi nak menghangatkan tangannya yang tengah sejuk. Agaknya sebab Rian berdarah Malaysia sejati, itu yang tubuhnya tak dapat juga nak terbiasa dengan cuaca sejuk walaupun dah bertahun duduk kat bumi asing. Dah membesar sambil merasa musim sejuk yang bersilih ganti kat negara orang tapi masih juga menggigil walaupun setakat hujan musim luruh yang menimpa.

Melihat jam yang dah bergerak hampir lima minit, Rian berdiri lantas berkira-kira untuk mengorak langkah. Nak bergerak untuk menunggu Eugene di ruang lobi fakulti je. Tadi minah seorang tu janji akan jemput kat lobi, tapi sebelum tu Eugene ada benda nak kena settle dengan students mereka yang hadir discussion hari itu.

Hoodies ditarik untuk menutup kepala yang dilitupi tudung. Namun baru dua langkah, telefon bimbit di dalam poket jaketnya bergetar membuatkan langkah Rian terhenti seketika.

Abang Arriz.

"Bro!" Sapa Rian selamba.

"Sis, I ingatkan you lupa jalan balik je. Rupanya cara nak ucap salam pun you dah lupa juga eh?"

UndefinedWhere stories live. Discover now