I | 05

1.6K 186 19
                                    

LETAK je bungkusan Hershey's Kisses atas meja, terus je budak Rian tu menarik sengih. Kepala, yang sejak tadi menunduk sebab tengah khusyuk baca flash cards yang tengah serabut atas meja, diangkat perlahan-lahan sebelum matanya terkelip-kelip memandang Akief. Kalau nak dibandingkan dengan anime Jepun, mata yang sedang memang Akief sekarang ni mesti dah nampak kesan blink-blink.

"Untuk aku ke?" tanyanya tapi tangan dah terlebih dahulu capai bungkusan coklat atas meja dan dipeluk rapat ke dada.

"A'ah la. Habis kau fikir aku letak depan kau sebab nak suruh kau buat hiasan meja?" Sarkastik Akief membalas. Beg galasnya dah park atas meja sendiri sebelum dia tarik kerusinya untuk duduk.

"Whoaaa!" Panjang meleret suara Rian. Sama meleret dengan senyuman di bibirnya. Sukalah tu dapat makanan free. Makanan free wei, siapa je tak nak. Tambah-tambah pula dah memang makanan faveret budak Rian ni.

"Thank you, Kief. I know no matter how much of a trash you are, you always stick to your words and I respect you for that." Laju je mulut Rian mengeluarkan kata. Itupun sempat lagi menyelit untuk ingatkan Akief tentang dia punya exclusive-title-given-by-Rian 'trash'.

"Kau memang tak sah kalau sehari tak trash-kan aku kan?" Akief menjeling geram. Kononnya nak menghantar pandangan tajam ke sebelah tapi sebaik Akief pandang je budak Rian tu tengah tersenyum suka dengan coklat di tangan, tak jadi Akief nak geram.

She is just a child. Akief ingatkan diri sendiri. You see, Rian is just a child yang senyum setaman sebab dapat coklat. So, Akief rasa tak relevan untuk dia nak marahkan budak ni pun.

Lagipun apalah sangat title trash tu kan. Akief dah biasa. Tak pa, besok-besok bila senyum Rian dah tak kembang setaman macam sekarang ni, tahulah Akief nak balas dendam dan kenakan balik budak ni.

"Yang tu fakta. Kau tak boleh deny." Sempat lagi Rian membalas walaupun ketika itu tangannya tengah busy. Bukan busy apapun, cuma tengah ligat membuka bungkusan coklat yang dia dah letak balik atas meja.

Huff! Sekali lagi Akief ingatkan diri sendiri untuk balas dendam esok-esok je.

Akief diam seketika. Pandang sekilas ke arah budak-budak lain dalam kelas ketika itu, situasi bising yang dah jadi benda biasa setiap kali cikgu lambat masuk. Hari ini hari Isnin, hari pertama untuk minggu baharu. Jadi normallah cikgu terlambat sikit masuk mengajar.

Hilang minat dengan situasi sekeliling, Akief kembali menghala pandang ke arah Rian di sebelahnya. Budak tu sejak tadi sibuk dengan over-exaggerate-reaction untuk coklat yang dah selamat masuk dalam mulut. Jangan tertipu. Reaksi lebih-lebih tu adalah perangkap supaya orang lebih kerap bagi makanan percuma kat dia.

"Kau suka sampai macam tu sekali?"

"Yepppp." Rian membalas pantas. Sempat lagi tunjuk senyuman kembang setaman dia kepada Akief sebelum mula sibukkan diri dengan flash cards di tangan. Benda yang dia sibukkan tadi, sebelum Akief sampai. Kalau tadi Rian agak stres nak menghafal segala poin yang tertulis kat flash cards tu, sekarang dah tak berapa stres sangat sebab sambil-sambil hafal mulutnya tengah sibuk kunyah coklat.

Akief sebenarnya tak nak ganggu Rian, sebab dia tahu budak tu tengah dalam misi penting nak copy semua poin dalam flash cards masuk dalam memori. Tapi Akief bosan tak ada teman nak berborak.

Meja depan diaorang masih lagi kosong tanpa kelibat Jun dan Syuk, yang dia tahu pagi Isnin macam ni memang akan masuk agak lewat sebab masing-masing ada sesi briefing tugasan masing-masing. Dan Akief malas nak menyampuk ke meja 'jiran' diaorang sebab dia dengar sipi-sipi Apek tengah sibuk bagi 'lecture' kat K-oi dan DH sebab tak turun exercise Ahad lepas.

UndefinedWhere stories live. Discover now