Prolog

3.7K 241 36
                                    

| Januari 2004 |

"NEWS ALERT! News alert!" Suara penuh teruja K-oi berjaya menarik perhatian kawan-kawannya. Terus lima kepala menoleh ke arahnya yang baru je lepas sprint dari bilik guru semata-mata sebab nak sampaikan berita paling penting ni. Pentinglah sangat!

Well, mengikut akal cerdik K-oi berita ni memang penting. Hal-hal macam ni memang sepatutnya dia dan rakan-rakannya yang dapat info terlebih dahulu.

Dan kalau tengok gayanya, dia memang dah berjaya tarik perhatian kawan-kawannya. Jun dan Apek yang sedang berbual entah apa-apa menghentikan perbualan mereka. Syuk yang tengah sibuk dengan gajet di tangan pun dah letak tepi dulu benda alah tu. DH dan Akief yang tadinya sibuk mengusik budak perempuan kelas sebelah, lupa terus pada budak yang diusik mereka.

K-oi menarik nafas. Ambil masa sebelum menyampaikan berita dia yang kononnya penting sangat tu. Tapi sebelum tu dia kena bernafas dengan normal dulu. Semput pula rasanya lepas buat larian solo tadi. Siapa suruh teruja sangat.

"This better be good." Apek bersuara memberi amaran. Matanya memandang penuh curiga ke arah K-oi. Entah apa lagilah yang budak ni terujakan sangat. K-oi ni susah sikit nak percaya.

"Ada budak baru."

Pemberitahuan K-oi dibalas dengan cebikan bibir. Serentak oleh kelima-lima mereka.

"Oh? Kemon guys, excited la sikit. Bila kali terakhir kita Nampak muka baru kat sekolah kita ni? Ni asyik muka sama je sejak form one sampai sekarang." K-oi masih bersuara teruja walaupun reaksi kawan-kawannya yang lain hambar semacam. Dia mengambil tempat di sebelah Jun tapi tak sempat lagi punggungnya mencecah bangku, lehernya sudah dipaut oleh Jun yang sememangnya hobinya kacau K-oi tu.

"Ni mesti kau teruja lebih-lebih sebab budak baru tu awek kan." Jun serkap jarang.

Dengar perkataan awek, DH pula yang terpanggil buat mata bersinar-sinar.

"Awek? Lawa tak?" DH buat gaya eksaited. Serius mukanya sudah berubah kepada wajah kasanova kelas pertama.

K-oi angguk. Lebar senyumannya.

"Comel gila. Mata dia bulat. Kulit putih. Hidung pun cantik terletak. Pipi dia pula mulus dan nampak comel je. Rasa nak cubit. Oh even her eyebrows, bro! Her eyebrows look like an art." Sempat juga K-oi bagi penerangan panjang lebar walaupun kepala dia tengah kena lock oleh Jun.

"Pervert!" Jun ketuk kepala K-oi tanpa belas kasihan. "Kau scan anak dara orang berapa lama hah sampaikan kening dia pun kau boleh teliti sekali?"

"Ack! Sakitlah mangkuk!" K-oi terjerit kesakitan.

Tapi tak dilayan pun aduannya, sebaliknya satu lagi ketukan singgah di kepalanya. Pun dari Jun jugak.

"Serius budak tu comel! Aku tak tipu." K-oi angkat tangan, buat gaya bersumpah.

Apek mengecilkan matanya yang sebenarnya tak payah kecilkan pun dah sedia kecil tu.

"Kau ni bukan boleh percaya. Mana-mana awek senyum sikit kau kau pun kau cakap comel," kutuknya selamba.

Syuk gelak. Bersahut dengan ketawa DH dan Akief yang setuju sangat dengan kenyataan Apek tadi.

"Korang tak percaya? Okey, korang tunggulah budak tu masuk kejap lagi. Kita tengok mata siapa yang tak berkelip nanti. Siapa yang setuju budak tu comel, sila belanja aku piza seorang sekotak." K-oi membuat tawaran. Sempat lagi tu tengah-tengah struggle bergelut dengan Jun.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Masing-masing berbalas isyarat mata sendiri. Perasan kejap diri masing-masing ada kuasa telepati. Padahal dalam kepala diaorang waktu tu memang satu benda je, si K-oi ni bukan boleh percaya sangat.

"Deal!" Akief yang terlebih dahulu memberi persetujuan. DH yang duduk di sebelahnya mengangkat tangan, silently bersetuju dan tanda dia ikut sama dengan tawaran itu.

"Tapi kalau tak, kau kena nyanyi kat tengah padang dengan tak pakai baju. Lagu 'Rasa Sayang'." Jun bagi cadangan lain sambil akhirnya melepaskan leher K-oi.

Serentak mereka semua ketawa mendengar cadangan Jun yang tak masuk akal tu. Masing-masing ketawa besar tahap tak ingat siap bertepuk tangan kecuali K-oi yang tengah buat muka cuak.

"Mana aci macam tu," bantah K-oi.

"Aci tak aci, I'm in." Syuk buat gaya cool.

"Aku pun." Diikuti Apek.

Kelima-lima mereka pandang K-oi dengan pandangan kitaorang-yakin-kau-akan-nyanyi-tengah-padang-so-sila-bersedia.

K-oi mengeluh sambil ketap bibir sendiri. Ingatkan cadangan dia tadi dah ditahap professional yang tak ada orang boleh lawan. Sudahnya dia juga yang jadi mangsanya! Aiyoo... nasib badan agaknya dirinya selalu je jadi mangsa buli geng troublemaker ni!

°

UndefinedWhere stories live. Discover now