I | 11

1.8K 184 17
                                    

HARI pertama menumpang di rumah Aunty Khalida taklah sekekok yang Rian bayangkan.

Tak. Yang bantu mengurangkan rasa kekoknya bukan Akief macam yang mommy dia harapkan. Sebaliknya Echa, adik nombor dua Akief merangkap anak bongsu Puan Khalida tu.

Rian sendiri tak tahu apa yang dia buat (dan dia rasa dia tak buat apa-apa), tapi Echa bagaikan dah suka sangat kat dia. Dari airport sampaikan dah membawa ke rumah, Echa tak lari dari sisi Rian. Macam-macam soalan yang Rian dapat daripada budak 11 tahun tu, dan kebanyakannya soalan tentang diri Rian sendiri. Jadi, tak susah mana pun Rian nak jawab.

Atau mungkin juga keluarga Puan Khalida dah bincang awal-awal dan buat keputusan untuk letakkan tugas 'accompany Rian' pada Echa.

Tak tahu mana satu antara dua andaian dia tu yang lebih tepat sebenarnya, tapi sebab nak sedapkan hati dan positifkan diri sendiri, Rian anggap ajelah budak Echa tu memang dah tersuka kat dia dan disebabkan tu Echa setia je menempel di sebelahnya.

Dan Rian sebenarnya sangat bersyukur sebab Echa is a very curious 11 years old, yang ada banyak soalan. Sekurang-kurangnya Rian tak pening kepala cari topik untuk mulakan perbualan bila satu topik habis. Jujurnya dia memang lembab hal-hal nak bersosial dengan orang baru macam ni, jadinya soalan Echa yang tak putus-putus sejak tadi memang sangat dia alu-alukan.

"Oh. Sebab tu la waktu kawan-kawan Along datang beraya tahun lepas akak tak ada juga," balas Echa lepas Rian bagitahu yang dia dan Puan Diana pulang ke tempat daddy-nya bertugas setiap kali cuti sekolah. Termasuklah cuti hari raya sekali walaupun grandparents sebelah mommy dan daddy ada je kat Tanah Melayu ni.

"Lagipun akak baru kenal diaorang tahun lepas." Rian membalas balik.

"But you're close to them nevertheless. Selama ni kawan-kawan Along mana ada perempuan. Kecuali ex-girlfriends dia, of course. And honestly, ex-girlfriends Along tak boleh kira sebab diaorang temporary. Paling lama pun tiga bulan."

Rian ketawa kecil. Tak tahu nak kagum ke nak rasa pelik dengar Echa rileks je bercakap tentang topik melibatkan ex-girlfriends Akief. Tak sangka pula perangai Akief yang satu tu, adik dia pun tahu.

"So, antara abang berenam tu siapa yang paling rapat dengan Kak Rian?"

Oh, tricky question. Rian rasa dia tak pernah ditanya soalan ni sepanjang dia kenal mamat berenam tu.

"Kak Rian rasa semua sama je?" Dia jawab agak tak yakin. "I mean there are certain times Kak Rian rasa akak lagi banyak habiskan masa dengan K-oi but then I realized dengan yang lain-lain pun sama je."

"Abang K-oi is such a gentleman."

Respon Echa buat Rian tersenyum. Ini kalau K-oi dengar ada yang puji dia, memang boleh terbang sampai langit mamat seorang tu. K-oi tu pantang kena puji sikit, dia terus rasa dunia ni dia yang punya.

"He is. He has a very caring nature."

"Yep. Dan dia tak segan nak tunjuk yang dia kisah." Echa membalas lagi. "Bukan macam Along. Along is such a tsundere."

Oh? That's new. Rian rasa dia tak pernah lagi dengar sesiapa bercakap macam ni tentang Akief.

"Is he?"

"A'ah. Sebab tu semua perempuan suka kat dia. Dia buat macam dia tak kisah tapi sebenarnya dia ambil tahu tentang semua benda. And then he take care of something in a subtle way. That's how all those girls goes whoaaa and fall for him. Terpengaruh dengan banyak sangat drama." Cara Echa bercakap tentang tu menjadikan Rian terasa macam Echa pula yang jauh lebih matang berbanding dia sendiri. Selamba je budak ni.

UndefinedWhere stories live. Discover now