I | 17

659 81 2
                                    

HARI Khamis yang panas. Lebih kurang dua bulan sebelum 'tsunami' SPM melanda para pelajar tingkatan lima.

Di bilik diskusi yang merupakan port rasmi mereka bertujuh, Jun sedang bergelut dengan latih tubi Matematik Tambahan.

K-oi terlena di atas sofa dengan mukanya tertutup oleh buku Sejarah yang tadi dibacanya.

Akief khusyuk di hadapan komputer di dalam bilik yang sama.

Syuk dan DH sedang berjalan seiring menuju ke bilik tersebut dengan tangan penuh snek yang dibeli di kantin sekolah tadi.

Apek tekun membaca majalah sukan yang baru dibelinya pagi tadi. Sesekali dia memandang jam di pergelangan tangan sebelum kembali menyelak majalah di tangannya itu.

Dan Rian baru saja keluar dari kereta mommy-nya. Dengan earphone yang menutup kedua-dua belah telinga, langkah diatur tak toleh kiri kanan langsung. Laju je melangkah menuju ke destinasi utama.

Bilik di mana rakan-rakannya yang enam orang itu sedang berada ketika itu. Ikutkan perancangan, mereka ada study group hari ini. Dah nak dekat SPM ni, kononnya nak kurangkanlah sikit melepak tak ada urusan macam biasa. Itu yang buat aktiviti ilmiah sikit.

"We're back!" DH dan Syuk muncul di pintu bilik diskusi itu.

"Assalamualaikum," perli Jun. Dia ni bab perli-memerli memang laju je, terutama kalau sasarannya ialah Syuk.

DH tarik sengih. Tahu sasaran bukan dirinya. Lantas aiskrim dan snek makanan ringan diletakkan di atas meja bulat di tengah bilik.

"Waalaikumsalam." Syuk membalas tanpa rasa bersalah. Laju je kerusi di sebelah Jun ditarik.

"Panas gila kut kat luar tu. Dah mengalahkan tengah duduk kat Gurun Sahara," komen Syuk lantas m

"Memanglah panas. Kita kan duduk kat Malaysia." Jun tutup bukunya lantas mengambil sebungkus aiskrim tanpa dijemput. Balasan kata-katanya yang spesies tak berperasaan dan saja menganjeng itu membuatkan Syuk mencebik.

"Komen tak agak-agaklah tu. Haish!" Syuk mengacah mahu menumbuk Jun.

Tapi Jun rileks je buat tak kisah. Yang penting dia dapat makan aiskrim. Dari tadi lagi rasa kering je tekak. Tambah-tambah pulak kena menghadap kerja Matematik Tambahan yang merumitkan kepala tu. Taubat!

"Coke ada tak?" Akief bersuara sekaligus bertindak menghalang perang mulut daripada terjadi antara budak berdua tu disebabkan isu 'cuaca panas' tadi. Akief faham sangat dah perangai kawan-kawannya ni. Isu cuaca macam tu pun boleh jadi perang mulut yang kalau dah bermula, entah bila nak habisnya.

"Ada. Gila tak ingat coke kau." Syuk balas lalu mengambil sebotol coke yang masih sejuk di hadapannya. Dilemparkan terus kepada Akief lalu disambut kemas oleh pemuda itu.

"Rian nampak kau minum bicarbonate drink gerenti panjang ceramah dia," komen Apek. Majalah yang dibaca sejak tadi diletak tepi.

"Cakap pasal dia, mananya budak tu tak muncul-muncul lagi?"

"She's on the—" Tak sempat Apek menghabiskan jawapannya, pintu bilik terkuak dari luar. Muncul Rian dengan senyum ceria seindah suria.

"Assalamualaikum boys! Aku datang ni," tegurnya penuh ceria. Masuk sahaja ke dalam bilik itu, terus dia mendekati Apek yang duduk di atas sofa, dekat dengan K-oi yang tengah tidur tak ingat dunia tu.

"Waalaikumussalam, saudari Ariana," balas Jun, kononnya formal. Kerusinya dipusingkan menghadap Rian. "Aku sebenarnya makin tak faham dengan konsep hidup budak seorang ni. Orang lain semuanya tengah stres sebab SPM dah makin dekat tapi Rian ni aku nampak makin hari makin ceria je."

UndefinedWhere stories live. Discover now