I | 10

1.6K 170 12
                                    

"TAK lawaklah, mom." Rian menuturkan bersahaja dengan mulut mengunyah chicken nugget. Puan Diana yang tengah sibuk berperang menghadap dapur ketika itu, cepat aje menangkap sesuatu yang tak kena dengan sebutan tak berapa nak lurus anak daranya. Dan sebaik menyedari Rian menjawab dengan mulut penuh makanan, Puan Diana berpaling lalu menjentik perlahan dahi anaknya.

"Ah!"

"Swallow your food before you start talking, Ariana. Apa perangai macam ni?"

Ops! Laju-laju Rian menekup mulutnya dengan tapak tangan. Matanya dah terkelip-kelip minta simpati mommynya. On her defense, Rian sumpah dia tak sengaja. Biasalah, tengah rileks kat rumah macam ni kadang-kadang terlupa nak behave.

"Mommy la buat lawak dengan muka serius." Rian tarik muncung. Kali ini bercakap dengan mulut yang dah clear dan tak penuh dengan makanan lagi dah.

"That's because I'm serious and not joking." Puan Diana membalas selamba. Dia dah berpusing balik menghadap kualinya di atas dapur, tak sempat menangkap reaksi dramatik anak daranya.

Reaksi dramatik Rian tu termasuklah terlepas chicken nugget dari tangan kanannya, matanya yang dah bulat merenung belakang kepala mommynya, rahang bawah terbuka beberapa darjah dan postur duduknya yang dah tegak macam kena sumpahan tak boleh bergerak.

"Mommy." Rian merengek. Yang keluar daripada mulutnya sepatah tu saja tapi yang tertinggal kat hujung lidah ni banyak ayat sebenarnya. Mommy, tolong tarik balik apa yang mommy bagitahu tadi. Mommy, please tell me you're joking. Mommy, apa salah Rian? Mommy, tolonglah jangan buat macam ni. No mommy, no.

Yes. Dramatic, indeed.

Masalahnya sekarang ni, Rian baru je diberitahu oleh mommynya yang Puan Diana nak terbang ke tempat daddy Rian. Which is thousand miles away dari Tanah Melayu. Well, Rian takkan terkejut macam ni kalau Puan Diana tak dengan jelasnya beritahu, "Mommy is going alone," yang bermakna Rian akan ditinggalkan kat sini.

And here comes masalah nombor dua iaitu apabila Puan Diana dengan terujanya bagitahu Puan Khalida dan suami dah setuju untuk babysit Rian sepanjang tempoh Puan Diana tak ada kat sini.

Now. Rian ada hak untuk jadi dramatik kan?

"But how can you leave me alone with strangers, mom?" Rian merengek lagi apabila rengekan sepatahnya tadi dibuat tak dengar je oleh Puan Diana.

Serius chicken nuggets yang dia seronok ngap sejak tadi dah tak nampak menyelerakan dah di matanya. Hilang selera macam ni.

"Technically, they are not really strangers anymore. Kan kita dah kenal dia orang tempoh hari? Lagipun Rian kawan dengan Akief. For sure he can help to make it less awkward for you, doesn't he?"

Rian menekup dahinya sendiri. Rasa nak kena migrain tiba-tiba. Sure, dia kawan Akief. Tapi mommy tahu tak besar bezanya kawan duduk sebelah dalam kelas dengan kena duduk sebumbung dengan mamat tu untuk tempoh seminggu lebih?

"And come on, we know Aunty Khalida and families will treat you just fine." Puan Diana menambah lagi. Dia berpusing, dengan chicken nuggets yang baru diangkat dari kuali.

Rian diam je tengok mommynya top-up bilangan chicken nuggets-nya yang tadi dah tinggal separuh dalam pinggan. And no! No amount of chicken nuggets will be enough to bribe Rian. Rian tetap rasa nak protes keputusan mommynya yang satu ini.

"Mommy, Rian tak mau tinggal seorang." Nada suaranya masih sama. Merengek, tagih simpati. "How about you bring me along, mom? Easier right?"

UndefinedWhere stories live. Discover now